Bab 61

34 5 0
                                    

            DHANIYAH memandang sekeliling tempat itu. Terus sahaja dia berasa seram sejuk apabila kawasan yang dilaluinya itu sangat sunyi tanpa sosok tubuh orang lain.

"Mana you nak bawa i ni, Luke?" Soal Dhaniyah dengan nada takut.

"I nak bawa you jumpa sorang perempuan ni. Dia ada dalam bilik. Jangan risau i takkan buat benda buruk dekat you" Pujuk lelaki itu apabila melihat wajah wanita itu sudah mula gelisah. Tak biasa dengan keadaan begini agaknya.

Langkah kaki berhenti sebaik sahaja tiba di satu bilik. Dhaniyah juga turut berhenti. Lelaki dihadapannya membuka pintu bilik itu lalu menoleh ke belakang.

"Jom masuk" Ajak lelaki itu.

"Tak boleh ke i tunggu sini aje. Kita bincang dekat sini. Tak manis lah kalau kita masuk berdua dalam bilik macam tu" Tolak Dhaniyah. Memang tak lah dua nak duduk berdua dengan lelaki itu walaupun sekadar berborak hal penting.

"Mana ada kita berdua. Sekejap eh. Kim!!" Panggil suara garau itu menbuatkan Dhaniyah menjongketkan keningnya. Dengan serta merta seorang wanita muncul di hadapan pintu bilik.

"Masuk lah" Ajak wanita itu membuatkan Dhaniyah menganguk perlahan. Lega rasanya bila ada orang lain selain mereka berdua.

Dhaniyah melangkah masuk ke dalam bilik itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di dalam bilik itu.

"So apa yang you nak cakap? Apa yang penting sangat sampai kita kena cakap dekat tempat tersorok macam ni?" Soal Dhaniyah dengan nada ingin tahu. Luke menghelakan nafas berat.

"Tunggu situ kejap" Kata Luke. Kaki panjang itu melangkah ke arah bilik air. Dhaniyah masih setia menunggu. Seketika dia menghulurkan senyuman manis ke arah Kim namun wanita itu sekadar membalas senyuman tawar.

"Kenapa ni? You okay tak?" Soal Dhaniyah apabila melihat wajah wanita itu hanya murung.

"Ah nothing. I okay je. I demam sikit" Balas Kim acuh tak acuh. Dhaniyah sekadar menganguk faham sebelum matanya tertumpu ke arah sosok tubuh yang baru keluar dari bilik air itu.

"Nah" Satu kotak kecil dihulurkan kearah Dhaniyah. Dhaniyah masih terpinga pinga. Lambat lambat dia mencapai juga huluran kotak tersebut.

"Apa ni?" Soal Dhaniyah. Luke sudah mengeluh berat

"Janji dengan i yang you akan kawan emosi you lepas je tengok isi kandungan dalam tu. Jangan panik. I ada dengan you. You kene ingat tu" Kata Luke dengan nada berat. Dhaniyah menangguk faham. Cepat cepat dia menbuka kotak itu.

"Apa ni? Pregnancy test siapa?" Soal Dhaniyah apabila dia melihat banyak pregnancy test dengan result yang positif. Dia masih keliru. Untuk apa lelaki ini memberikannya kesemua pregnancy test ini?

"Itu Kim punya" Balas suara garau itu menbuatkan Dhaniyah masih terpinga pinga. Apa kene mengena dia dengan kim? Kenapa? Kalau kim mengandung dia kena buat majlis besar besaran ke?

"I tak faham. Kenapa kalau dia mengandung sekalipun? Ada kaitan dengan i ke?" Soal Dhaniyah apabila dia masih tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh lelaki yang berada dihadapannya itu.

"Memanglah takde kaitan dengan you, Dhaniyah" Jelas Luke membuat Dhaniyah mengehelakan nafas lega. Entah mengapa rasa takutnya tadi hilang serta merta.

"Tapi ini ada kaitan dengan suami you" Kata kata itu membuatkan wajah Dhaniyah berubah. Terbeliak matanya mendengar kata kata yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.

"Suami i?" Soal Dhaniyah meminta kepastian. Sukar untuk ditelan apabila lelaki itu mengaitkan suaminya dengan kehamilan wanita yang berada di hadapannya itu. Kim

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 8 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her last happinessWhere stories live. Discover now