Bab 23

44 1 0
                                    

            PINTU rumah dibuka sebelum kaki panjang itu melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan sosok wanita dibelakangnya. Mereka baru sahaja pulang dari rumah Dato Norman selepas makan malam bersama di sana.

"Kenyangnya, rasa mengantuk lah pulak lepas dah makan tadi" Dhaniyah tersenyum lebar apabila perutnya sudah kenyang. Dia menguap sekali lagi. Memang dari dalam kereta dia merasa mengantuk. Memandangkan mereka lepak di rumah Dato Norman itu sehingga pukul 11.30 malam. Lelaki di sebelahnya itu sudah menjeling ke arah isterinya itu.

"Tutup lah mulut tu kalau menguap. Tau tak berlumba lumba syaitan masuk dalam mulut kau tu kalau tak tutup. Silap silap nanti jadi ratu iblis" Sindir Tengku Aydeen. Dari tadi lagi dia perhati wanita itu yang asyik menguap tapi tidak menutup mulutnya. Dhaniyah hanya mengerling ke lelaki itu.

"Ye lah ye lah, next time i tutup. Tak payah lah kutuk" Balas Dhaniyah sambil membuat mimik muka merajuk.

"Cakap sikit merajuk. Aku tegur bukannya kutuk. Kalau tak bagi ayat sentap, kau memang susah nak dengar cakap"  Bukan nak cakap apa lah tapi wanita ini tersangatlah keras kepala. Jadi nak tak nak kena cakap jahat jahat. Kalau cakap baik baik tak makan saman. hamik kau!

"Diam lah. Malas nak layan you" Menyampah dia melayan lelaki ini.

"Tak nak layan sudah. Aku takde mintak kau layan aku pun. Dah sekarang baik kau masuk bilik air lepas tu mandi. Jangan tidur selagi tak mandi" Arah Tengku Aydeen membuatkan wanita itu menggelengkan kepalanya lalu menarik matanya ke bawah seperti sedang mengejek.

"Werkk tak nak tak nak" Ejek Dhaniyah. Melihat perangai degil wanita itu membuatkan Tengku Aydeen sudah mengetap rahangnya. 'Kau main main dengan aku pulak eh?' Dengan pantas Tengku Aydeen menangkap tangan wanita itu untuk membawamya ke bilik air.

"Kau cabar aku eh, Dhaniyah. Nak jadi budak budak sangat kan? Sini aku mandikan kau. Budak budak kalau nak mandi kene pantau" Mendatar sahaja suara Tengku Aydeen membuatkan wanita itu sudah membulatkan matanya. Gila ke lelaki ni?

"Ape ni? Tak nak lah. Tak nak" Dhaniyah sudah meronta ronta namun tangannya masih digenggam kemas oleh lelaki itu.

"Siapa suruh buat perangai. Elok elok aku bagi kau mandi sendiri, kau tak nak. Dah biar aku je basuh kau ni. Aku jirus je dengan ais" Ugut Tengku Aydeen

"Aydeen, tengok apa you dah buat. Tengok dekat pintu tu" Marah Dhaniyah kuat serta merta mengejutkan lelaki itu. Terus dia memandang ke arah pintu.

"Tak ada apa pun...Arghhhhh" Jerit Tengku Aydeen apabila tangannya sudah digigit kuat oleh isterinya itu. Dengan serta merta genggaman pada tangan wanita itu terlepas. Lelaki itu pantas menarik tangannya semula. Tangannya ditiup tiup untuk menghilangkan rasa sakit sebelum memandang tajam ke arah wanita dihadapannya itu.

"Kau ni memang kan...eyy aku bagi karang" Marah Aydeen apabila tangannya sudah merah digital wanita itu.

"Tulah, i dah cakap tak nak pergi paksa paksa. Padan muka. I tahu lah nak mandi bila. Sibuk aje" Balas wanita itu mendatar. Tengku Aydeen menjulingkan matanya ke atas. Dia menggapai tuala yang tersangkut di belakang pintu itu lalu diletakkan di atas bahu kanannya.

"Suka hati kau lah. Aku nak mandi dulu, layan kau ni sampai bila pun tak habis. Nanti aku dah siap mandi kau pulak mandi tau" Tengku Aydeen terus melangkah menuju ke bilik mandi dan meninggalkan Dhaniyah berseorangan di ruang tamu itu. Ishhh tak sweetnya, pujuk lah kiteee

               TENGKU Aydeen yang baru selesai mandi itu terus melangkah keluar dari bilik air. Dia melangkah ke arah tangga namun langkahnya mati apabila melihat sosok tubuh yang sedang berbaring lena di atas sofa. Dia hanya menggeleng kepalanya perlahan sebelum melangkah ke arah ruang tamub itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now