BUNYI notification di telefon milik Dhaniyah itu mengejutkan dia dari lamunannya. Dia terus pantas mengambil telefon di atas meja. Pagi ini dia terasa mahu membuat sedikit workout oleh kerana dia sudah naik berat badan sebanyak 8kg. Gila banyak! Ni semua salah Aydeen sebab selalu melayan tekak melantak dia yang macam ular sawa pembahap itu.
Dia mengambil telefon itu sebelum tersenyum, mesti mesej dari suaminya. Telefon dibuka namun senyuman yang tadi terukir dibibirnya mati secara serta merta setelah melihat mesej yang tertera di atas skrin telefonnya itu.
𝟼𝟶 𝟷𝟷𝟷*****
'Long time no see you, sweetheart. Aku dengar kau dah khawin sekarang? Why you chose him over me, sayang? Aku cintakan kau Dhaniyah but why him? Remember darling. I will always here watching you from afar. So don't be so happy, sayang. Aku akan dapatkan kau semula dari. Kau hak aku sampai bila bila. Jangan lupa'Reaksi wajahnya berubah cuak. Telefon itu terus dicampakkan ke lantai. Siapa lelaki itu? Dia kenal suami aku? Macam mana dia tahu aku dah khawin? Dia cakap dah lama perhatikan aku?' bertubi tubi soalan yang bermain di dalam fikiran Dhaniyah saat ini. Rasa takut, cemas, gelisah semuanya bercampur. Apa patut dia buat sekarang. Perlu ke dia memberitahu hal ini kepada Tengku Aydeen? Tapi apa motif lelaki itu?
SEPOTONG kek yang berada dihadapannya dipandang lama. Tak terasa pun tekaknya mahu menjamah kek pisang yang dipesannya tadi."Kalau you ada mesti licin pinggan ni" Kata Melissa perlahan. Kek itu merupakan kek yang selalu dipesan oleh Tengku Aydeen semasa mereka keluar bersama dulu dan tujuannya memesan kek itu hanya lah untuk melepaskan segala kerinduannya yang terkubur.
"So betul lah boss dah khawin?" Nada suara wanita sedikit meninggi membuatkan Tengku Melissa terus memandang ke arah sebuah meja yang terletak tidak jauh dari mejanya. Dia melihat dua orang wanita yang sedang kyusuk berbual bual. Nampak gaya macam pekerja dekat syarikat Tengku Aydeen kerana dia pernah melihat wanita itu semasa ke syarikat Gold holding dulu
"Ishh diam sikit. Kau ni kuat betul lah suara kau. Berita ni tak semua orang tahu" Marah wanita di hadapannya. Terus sahaja wanita tadi menekup mulutnya rapat.
"Habis kenapa boss tak bagitau orang ramai? Kenapa dia sorok?" Soal wanita itu lagi. Melissa masih memasang telinga mendengar perbualan antara dua orang staff wanita itu.
"Aku tak tahu lah betul ke tak tapi ada orang kata yang boss dengan isteri dia tu kena tangkap khalwat masa dorang holiday dekat Langkawa dulu. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi rasa macam betul sebab kenapa boss nak rahsiakan benda benda macam tu. Sepatutnya perkahwinan lah benda yang semua orang akan kecoh" Kata wanita itu membuatkan Melissa sudah mengetap rahangnya. Tangannya digenggam erat. 'How could you Aydeen. Patut lah you jauhkah diri dari i' Kata Melissa dalam hati. Pasti lelaki itu meninggalkannya demi isterinya itu.
"And kau tahu? Semenjak dari hari tu, Cik Melissa pun tak datang lagi dekat office jumpa dengan Boss" Kata wanita itu lagi kepada sahabatnya.
"Ish memang tak jumpa lah. Boyfriend dah kena tangkap khalwat dengan perempuan lain kut. Siapa je sanggup. Kalau aku lah kan. Memang aku menangis air mata darah lah" Balas kawannya itu. Setelah beberapa minit menghabiskan masa membawang. Kedua dua wanita itu bangun dari kerusi mereka sebelum menuju ke kaunter bayaran.
"Dah jom, waktu lunch dah nak habis ni" Ajak salah seorang wanita itu sebelum melangkah keluar dari cafe tersebut. Melissa memandang ke arah figura dua orang itu sebelum tersenyum sinis.
'i akan dapat kan you semula Aydeen. I tahu you cintakan i jugak. You tak cintakan isterinya you kan? I akan dapat kan you semula' Kata Melissa dalam hati. Dia pasti yang lelaki itu menjauh darinya hanya kerana terpaksa. Tapi kenapa tiada seorang pun yang memberitahunya tentang ini termasuk Luthfan?
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...