TOK TOK TOK
Bunyi pintu yang diketuk kuat itu mengejutkan Dhaniyah yang sedang asyik menonton TV. Aydeen ke? Lelaki itu baru bertolak ke pejabat beberapa minit yang lalu. Nak patah balik ambik barang tertinggal ke?Tanpa membuang masa, Dhaniyah terus bangun dari duduknya dan menuju ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas.
"Eh takde orang pun?" Pelik dia apabila tiada kelibat sesiapa berada di depan pintu rumahnya. Belum sempat dia ingin menutup pintu rapat. Matanya tertumpu ke arah sebuah kotak yang terletak elok di atas lantai itu. Dia memandang ke arah kiri dan kanan. Takde orang pun?
"Ambik aje lah. Barang Aydeen kot?" Teka Dhaniyah. Dia mengambil kotak yang terletak di bawah lantai itu lalu membawa masuk ke dalam rumahnya. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa dan meletakkan kotak itu di atas meja. Kotak itu direnung lama.
"Dia order apa siot? Cantik gile ukiran dekat kotak ni. Siap ada naga bagai" Puji Dhaniyah. Dah macam kotak antik dah ni!
"Patut ke aku bukak tengok? Bukannya Aydeen marah pun kan? Tengok aje tak usik" Dengan pantas dia membuka penutup kotak kayu itu. Terbeliak matanya melihat isi kandungan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Bulu romanya naik 30 darjah.
"A..apa ni? Benda apa ni?" Tergagap gapap suara wanita itu.
Dapat dilihat dengan jelas gambarnya yang dipenuhi darah yang banyak. Ada juga surat yang terletak elok di dalam satu botol kecil. Teragak agak dia ingin membuka botol itu.
"Kalau aku bukak ada jadi apa apa ke? Macam mana kalau ni semua tektik tektik nak santau orang. Tapi takde paku pon? Patung patung pun takde?" Soal Dhaniyah. Lambat lambat dia mencapai juga botol kaca tersebut. Kertas kecil itu dikeluarkan dari dalam botol itu.
ℋℰℒℒ𝒪 𝒟ℰ𝒜ℛ
Ingat i lagi tak sayang? Macam i kata dekat you. I akan sentiasa memerhatikan you sayang. You drive me crazy, baby. I want you so bad you know. Kau milik aku. Aku boleh jaga kau lebih baik dari suami kau, Dhaniyah. Kenapa kau tak nampak lagi semua tu, sayang? Aku pun nak rasa belaian lembut kau, sayang. Kenapa Aydeen je yang kau pilih? Aku cintakan kau dulu sebelum dia. Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau, Dhaniyah tapi kenapa dia? Dia tak layak untuk kau. Aku lelaki yang berhak ke atas kau. Aku nakkan kau, Dhaniyah. Kau tak fah lagi ke? Patut ke aku paksa kau dulu baru kau akan terima aku, sayang? Kau tahukan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau. Even if i have to kill ..so take this as a reminder, baby. I wait for youTiba tiba sahaja tubuh Dhaniyah merasa seram sejuk sebaik sahaja membaca ayat yang tertulis di sekeping kertas itu. Apa ni? Siapa yang hantar benda ni? Kenapa aku? Aku tak pernah kenal dia siapa? Siapa dia?
Dhaniyah memicit kepalanya. Pening memikirkan perkara ini. Berbagai bagai kemungkinan bermain di dalam fikirannya.
"Kenapa aku? Aku tak kenal pun kau siapa? Kenapa kau kacau hidup aku? Siapa kau sebenarnya? Bagitau aku!" Jerit Dhaniyah. Kepalanya kusut. Sekali lagi kotak dipandang membuatkan matanya terbeliak. Rasa hendak menangis sekarang ini.
Sekeping gambarnya tanpa seutas benang turut berada di dalam kotak itu. Air mata mula mengalir sebaik sahaja melihat gambar itu. Ya Allah apa semua ni? Macam mana dia boleh dapat gambar ni? Dia kini merasa maruahnya bagai dicalar calar dengan sebuah pisau tajam.
"Mama Dhaniyah takut mama. Tolong Dhaniyah kenapa oranh tu ganggu Dhaniyah macam ni? Siapa dia? Dhaniyah tak kenal" Rayu wanita itu dengan sebak. Tangisan semakin lebat membasahi pipi gebunya itu.
"AYDEEN kau pergi ke sabtu ni?" Soal Luthfan membuatkan lelaki itu sekadar menganguk perlahan. Dia terus sambung memeriksa dokumen dokumen penting yang berada di atas meja.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...