BEBERAPA hari berlalu. Kini Dhaniyah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Kata doktor dia harus berpantang selama 3 minggu selepas keguguran. Jadi dia harus sentiasa dipantau. Tidak boleh selalu jalan jalan.
"Dhaniyah" Panggil suara garau itu mengejutkan Dhaniyah yang sedang duduk itu. Memandangkan Datin Safiya dan Dati Norman sedang menyelesaikan bayaran bil. Dia perlu menunggu di tempat menunggu, dia tidak boleh berdiri lama jadi dia terpaksa menggunakan wheelchair.
Dhaniyah memandang ke arah sosok tubuh yang berada tak jauh darinya. Lelaki itu melangkah ke arahnya dengan senyuman tawar.
"Kenapa tak cakap dengan aku dah discharge? Aku boleh ambik kau" Kata Tengku Aydeen lembut. Dia memandang ke arah tubuh isterinya yang berada di wheelchair itu.
"Balik rumah dengan aku ya, sayang. Aku rindu kau, Dhaniyah. Dah lama aku tak berborak dengan kau. Bagi aku jaga kau sepanjang proses berpantang kau ya? Sunyi tak rumah kita bila kau takde" Akui lelaki itu jujur. Ya, kalau wanita itu ada. Pasti ada sahaja topik topik gaduh atau mengusik darinya. Kalau tak diam kejap rumah tu memang tak sah. Nak senyap kene tunggu wanita itu tidur dulu. Sekarang rumah itu hanya sepi tanpa gelak tawa. Hampir seminggu dia tidak melihat wajah wanita itu. Ingin sahaja dia memeluk tubuh isterinya itu erat namun dia tahu. Wanita itu pasti tidak selesa dengan keadaan mereka yang agak renggang.
"Mama..papa" Kata Tengku Aydeen sebaik sahaja melihat figura ibubaoa mertuanya itu melangkah ke arah mereka. Mata tua itu memandang tajam ke arah Tengku Aydeen membuatkan lelaki itu sekadar diam membisu.
"Buat apa dekat sini?" Soal Dato Norman tanpa nada
"Aydeen nak bawak isteri Aydeen balik. Boleh tak papa..mama?" Soal lelaki itu.
"Tak payah" Mendatar sahaja balasan yang keluar dari mulut lelaki itu. Tengku Aydeen sekadar diam membisu. Kenapalah lelaki ini enggan melepaskan anak perempuannya itu dalam jagaannya. Dia langsung tak berinya peluang untuk menebus semula kesilapan yang telah dia lakukan.
"Please, papa. I want to take care of her. Kenapa Aydeen tak boleh bawak Dhaniyah balik rumah? Dia isteri Aydeen" Kata Tengku Aydeen apabila bapa mertuanya itu masih enggan melepaskan hak penjagaan Dhaniyah kepadanya. Bukannya dia nak bunuh atau pukul isterinya itu. Dia cuma mahu jaga wanita itu. Lagipun Dhaniyah itu isterinya dia itu merupakan hak lelaki itu sama ada dia mahu membawa wanita itu kemana mana sahaja. Dia takde niat lain selain dari menjaga kebajikan isterinya itu.
"Kenapa kamu tak dengar ni Aydeen? Papa kata tak boleh tak boleh lah. Lagi teruk anak aku kau buat nanti. Tak payah la" Kali ini nada suara lebih tegas namun tidak terlalu kuat oleh kerana mereka masih berada di hospital. Risau kalau kalau orang melihat pertengkaran mereka itu.
"Papa tolonglah. Aydeen nak jaga Dhaniyah. Aydeen janji takkan ulang semua salah yang Aydeen buat. Tolonh Aydeen merayu sangat sangat. Aydeen rindukan isterinya Aydeen" Terus laju lelaki itu melutut kepada bapa mertuanya itu. Terbeliak mata mereka melihat lelaki itu melutut dihadapan Dato Norman secara mengejutkan.
"Aydeen jangan buat macam ni. Tak baik Aydeen" Tegur Datin Safiya. Dia memang masih marah kepada menantunya itu tapi tidak lah sampai minta lelaki itu untuk melutut sampai macam tu sekali.
"Aydeen you buat apa ni?" Soal Dhaniyah cuak. Sampai macam tu sekali suaminya itu memohon maaf kepada bapanya. Dia pula yang rasa serba salah.
"Aydeen mohon untuk kali ini. Lepaskan Dhaniyah untuk Aydeen. Aydeen nak jaga Dhaniyah sekali lagi. Aydeen janji takkan sakitkan dia dan Aydeen bersumpah kalau Aydeen sakitkan isterinya Aydeen lagi. Aydeen akan terima apa jua hukuman yang papa nak bagi. Aydeen sanggup. Bagi Aydeen tunaikan tanggungjawab Aydeen sebagai suami. Tolonglah papa. Aydeen merayu sangat sangat" Air mata jatuh ke atas lantai licin itu. Dia sudah tak mampu nak mohon apa lagi pada lelaki itu. Dia cuma nakkan isterinya semula itu aje?
YOU ARE READING
Her last happiness
RomantikSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...