Dhaniyah memegang kepalanya yang terasa berdenyut denyut. Dia bangun dari tidurnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Apabila turun ke tingkat bawak. Dia memerhati sosok tubuh seseorang yang sedang sibuk duduk di atas meja sambil menaip sesuatu di laptopnya di ruang tamu.
"Aydeen, you tengah work ke?" Soal Dhaniyah membuatkan kepala lelaki itu menoleh ke arahnya sebelum dia memandang wanita itu dengan pandangan lembut.
"Come here, sayang. Kau sakit kepala lagi tak?" Soal Tengku Aydeen. Pagi tadi mereka ke klinik oleh kerana isterinya itu mengatakan bahawa kepalanya sakit. Namun doktor mengesahkan bahawa itu hanyalah tanda tanda awal kehamilan jadi doktor hanya meminta untuk wanita itu memperbanyakkan rehat dan tidak melakukan kerja yang berat berat.
Oleh itu, Tengku Aydeen mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah untuk memantau isterinya di rumah. Kalau nak ajak si Dhaniyah ni pergi office, tak sanpai 5 minit nak balik.
Dhaniyah melangkah ke arah suaminya sebelum melabuhkan punggung di atas riba Tengku Aydeen. Dia bersandar manja di atas dada bidang suaminya itu. Tangan Tengku Aydeen masih laju nenekan keyboard pada laptopnya. Tangan kirinya setia membelai lembut rambut isterinya.
"Kerja you banyak ke?" Soal Dhaniyah apabila melihat lelaki itu masih tidak mengalihkan padangannya dari skirn laptop.
"Banyak lah jugak. Aku cuba siapkan hari ni kalau sempat. Lepas siap aku temankan kau rehat dekat atas" Kata Tengku Aydeen.
"Hmmm, i lapar" Rungut Dhaniyah membuatkan tangan lelaki itu secara automatik terhenti. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang elok bersandar di dadanya.
"Kau lapar?" Lembut sahaja suara garau itu lalu mengalihkan lembut rambut panjang isterinya yang menutup wajah wanita itu dan diselitkan dibelakang telinganya.
"emm...i lapar. I nak makan bubur nasi yang dekat bandar tu" Rengek Dhaniyah sebelum tangan naik mengusap lembut dada suaminya.
"Tapi bubur nasi tu takde delivery" Memandangkan bubur nasi itu tidak terlalu popular dan hanya diketahui oleh orang orang tertentu. Jadi dia tidak menyediakan penghantaran terus ke rumah. Perlahan Dhaniyah mengeluh berat.
Laptop di atas meja terus dimatikan membuatkan Dhaniyah mengerutkan dahinya.
"Aku pergi keluar beli sekejap. Kau tunggu dekat rumah" Kata suara garau itu sebelum dia bangun dan tubuh isterinya diangkat lalu diletakkan di atas sofa dengan berhati hati.
"Tapi dekat luar hujan. You nak ke keluar?" Soal Dhaniyah
"Hujan je. Aku naik kereta bukan naik kuda. Kau tu duduk diam dekat rumah jangan pergi healing pulak dekat luar hujan hujan macam ni" Sinis sahaja nada suara garau itu membuatkan wanita itu sekadar menjelingkan matanya.
"I tak gila lagi lah nak main hujan malam malam macam ni dekat luar"
"Iye lah, sayang. Aku harap otak kau pun masih waras lagi. Aku pergi kejap je, jangan nakal nakal. Kalau tak aku gantung kaki kau atas kipas kejap lagi" Kata Tengku Aydeen sebelum menyarungkan jam tangannya dan mengambil dompet di atas mejanya.
"You jangan letak phone dalam poket seluar" Tegur Dhaniyah apabila melihat suaminya yang baru sahaja ingin meletakkan telefon bimbitnya itu ke dalam poket seluar. Terus mati langkahnya apabila mendengar kata kata isterinya itu.
Dia menjongketkan keningnya
"Kenapa pulak tak boleh?" Soal Tengku Aydeen pelik. Selama ni dia letak elok je. Takde pulak tetiba urat kaki putus.
"I ada tengok satu video tiktok ni yang lalu dekat fyp i minggu lepas. Ada orang kata kalau lelaki letak telefon dekat poket dia boleh buat lelaki mandul" Terus terbeliak mata Tengku Aydeen mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...