"You bangun lah you. Dari tadi asyik tidur aje. I ni lagi cergas dari you tahu tak" Kata Dhaniyah sambil membuat aksi lompat bintang suaminya yang sedang terbaring lemah di atas katil.
"Kepala aku sakit lah, Dhaniyah. Kau kan otak rosak, memang lah tak rasa apa apa" Kata Tengku Aydeen dengan nada serak sebelum memicit kepalanya perlahan yang terasa pening.
"Ishh you ni patut lah gemuk. Asyik tidur je tak nak bersenam. Lepas tu baju tak muat" Bebel Dhaniyah membuatkan lekaki itu mengerutkan dahinya.
"Bukan kau ke yang mengadu dekat aku baju dah tak muat. Sebab tu beria ria nak bersenam bagai" Kata Tengku Aydeen selamba mengundang jelingan maut dari isterinya itu. Cepat cepat dia mengangkat kedua dua tangannya tanda 'maaf'
"Okay okay aku gemuk. Kau kurus" Takut dia melihat padangan maut wanita itu. Dhaniyah memandang tajam ke arah suaminya itu sebelum meletakkan dua jari di matanya dan terus beralih menujukkan dua jari itu tepat ke arah mata suaminya sebagai tanda 'I memerhati you'. Teguk liur Tengku Aydeen sebelum menayangkan senyuman manis ke arah isterinya itu.
"Alolo jangan lah buat mata macam tu. Kau nak suami kesayangan kau ni mati terkejut ke, Dhaniyah" Meleret manja sahaja suara Tengku Aydeen membuatkan wanita itu menjulingkan matanya ke atas.
"Mengada ngada lah you ni. Bukannya i baca sihir pun dekat you" ejek Dhaniyah.
"Dhaniyah aku rasa aku nak...bub" Cepat cepat Tengku Aydeen menekup mulutnya sebelum berlari laju ke arah tandas bilik mereka. Dhaniyah yang terkejut dengan kelakuan suaminya itu dengan pantas mengekori Tengku Aydeen dari belakang.
"Aku tak tahu lah kenapa...aku rasa perut aku ro bluerkkk" Belum sempat Tengku Aydeen menghabiskan kata katanya. Dia terus memuntahkan segala isi perutnya di singki. Dhaniyah masih setia mengusap dadanya perlahan.
"It's okay, keluarkan semua. You tak sihat ni" Pujuk Dhaniyah. Dia membiarkan lelaki itu mengeluarkan segala isi perutnya. Setelah merasa lega, Tengku Aydeen membasuh mukanya berkali kali dengan air singki sebelum menarik nafas lega.
"You ni kenapa? Ada salah makan ke? Daripada minggu lepas kalau asal pagi je macam ni" kata Dhaniyah lembut namun lelaki itu hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Entah lah, sejak kebelakangan ni sakit kepala aku makin menjadi jadi pulak. Dah lah sakit tambah pulak dengan tekak aku ni sikit sikit nak termuntah. Makan apa semua tak nak. Selalu tak ada macam ni" Adu Tengku Aydeen. Teringat dia tentang kejadian di rumah mommynya semalam dimana dia muntah selepas bau ketam masak lemak yang dimasak oleh mommynya itu. Inipun sudah 5 hari dia tidak ke pejabat kerana tidak larat.
"Tak puas hati lah aku. Padahal ketam tu sedap tau semalam. Kenapa lah aku boleh tak nak makan" Bebel Tengku Aydeen membuatkan isterinya itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Tiba tiba dia menekup mulutnya bila teringatkan sesuatu. Tengku Aydeen memandang ke arah isterinya dengan wajah yang pelik.
"Kau ni kenapa pulak? Macam nampak hantu je aku tengok. Tu lah suka tidur tak cuci kaki dengan muka" Kata Tengku Aydeen mendatar membuatkan wanita itu terus menumbuk kuat bahu lelaki itu. Terus terjerit kecil Tengku Aydeen apabila menerima tumbukkan kuat isterinya itu.
"Hishh bukan lah!! I rasa kan"
"Kau rasa apa?" Soal Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus menjelingkan ke arahnya.
"Sabar lah, i tak habis cakap ni" Marah Dhaniyah apabila lelaki itu sesuka hati memotong kata katanya. Tengku Aydeen mengeluh perlahan sebelum menyilangkan kedua dua belah tangannya.
"Hah ye lah. Cakap lah kau rasa apa" Soal suara garau itu membuatkan Dhaniyah berfikir sejenak.
"Eh..tak..takkan lah..i rasa..yo..you me...ngandung" Tergagap gapap Dhaniyah berkata membuatkan wajah lelaki itu terus berubah.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...