"Aku terima nikahnya Nurul Dhaniyah Idwirna................dengan mas khawinnya 10ribu ringgit tunai dan sebentuk cincin emas" Tangan itu masih mengengam erat tangan tok kadi dihadapannya.
"Sah?" soal Tok kadi
"Sah" Jawab semua orang serentak. Dengan hanya sekali lafaz. Anak kepada Dato Norman itu sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Aydeen Mikael. Majlis akad nikah itu hanya dibuat kecil kecilan dan mengundang orang orang terdekat sahaja oleh kerana perkhawinan ini terjadi kerana kesilapan tengku Aydeen sendiri. Perlahan dia bangun dari duduknya sebelum dia melangkah ke arah Dhaniyah yang duduk disamping Datin Safiya dan Juga Datin Faizurah.
"Sarungkan lah cincin tu dekat jari isteri kamu" Kata Datin Faizurah lembut. Tengku Aydeen memandang lama ke arah isterinya yang baru sahaja dinikahi. Mata hazel itu dipandang lama. Dia kemudian meminta Dhaniyah untuk menghulurkan tangan kepadanya. Tangan putih itu dipegang sebelum cincin emas 99 itu disarungkan di jari manis wanita itu.
"Aku mintak maaf sebab dah rosakkan pelamin angan angan kau. Sekarang kau dah jadi isteri aku dah aku berhak sepenuhnya ke atas kau bukan papa kau lagi" Bisik Tengku Aydeen sebelum dahi isterinya itu dikucup lembut. Wajah Dhaniyah dipandang sekilas. Namun tiada apa apa perasaan yang datang sebaik sahaja melihat wajah isterinya itu. Semua nya kosong. Tengku Aydeen hanya mengeluh perlahan sebelum dia terus bangun dan melangkah keluar dari masjid itu meninggalkan Dhaniyah yang masih terpinga pinga.
"Eh Aydeen nak kemana tu?" Soal Datin Faizurah yang sudah mahu bangkit dari duduknya namun perbuatannya terhenti apabila ditahan oleh Datin Safiya. Wanita itu hanya menggeleng perlahan sebelum dia memandang ke arah wajah Datin Faizurah.
"Biarkan dia pergi. Dia masih tak boleh terima perkahwinan ni lagi. Kita kena bagi dia masa" Pujuk Datin Safiya sedikit sebanyak dapat melembutkan hati wanita itu.
"Saya harap dia dapat terima Dhaniyah sebagai isteri dia. Saya risau kalau ada benda buruk yang jadi antara dorang semasa perkhawinan ni" Luah Datin Faizurah. Dia juga tak mahu anaknya itu menderita sepanjang hidupnya apabila lelaki itu terpaksa bersama dengan perempuan yang tidak dicintainya.
"Kita berdoa pada Allah ya? mudah mudahan terbuka hati diorang untuk saling terima antara satu sama lain" Pujuk Datin Safiya lagi
BUKKK
BONET KERETA DITUTUP"Dhaniyah, bawak masuk beg dan barang barang kau. Letak dekat bilik yang aku dah sediakan untuk kau" Kata Tengku Aydeen selepas sahaja dia selesai mengeluarkan barang barang wanita itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah itu meninggalkan Dhaniyah yang masih terpinga pingan di luar. Lambat laun gadis itu menarik bagasinya lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Kita duduk bilik asing?" Soal Dhaniyah. Lelaki itu sekadar menganguk dan tidak mengeluarkan apa apa perkataan pun. Dia yakin wanita itu faham dengan maksudnya.
"So kita tidur asing ke?" Soal Dhaniyah lagi
"Kenapa?" Akhirnya Tengku Aydeen membuka mulutnya.
Dhaniyah sekadar tersenyum tawar dan menganguk faham. Dia harus terima yang perkahwinan mereka ini bukan berdasarkan cinta.
"Aku tak nak jatuh cinta pada kau Dhaniyah. Lagipun perkahwinan kita ni tak ada dasar cinta antara satu sama lain. Kita terikat hanya disebabkan terpaksa tutup malu keluarga kita. Bila bila masa je rumah tangga kita ni akan musnah jadi jangan nak berharap yang kita akan saling jatuh cinta lepas je kita khawin" dingin saja nada suara Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus terdiam. Ada betulnya juga kata kata lelaki itu. Untuk apa mereka mempertahankan rumah tangga yang dibina atas desakan tak paksaan orang lain.
"Bilik i dekat mana?" Dari tadi dia mencari kelibat ruang bilik yang dimaksudkan oleh lelaki itu namun masih tidak dapat dijumpai. Tengku Aydeen hanya mengeluh perlahan sebelum dia menarik tangan wanita itu untuk mengikutinya ke arah bilik tidur yang sudah dia sediakan.
"Ni bilik tidur kau. Kau jangan masuk bilik aku atau bilik kerja aku. Aku tak nak kau ceroboh masuk ruang peribadi aku sesuka hati kau kecuali dengan izin aku. Faham?" Soal lelaki itu sedikit tegas. Melihat Dhaniyah yang menganguk faham membuatkan dia menarik nafas lega. Dia terus melangkah pergi dari bilik itu. PDhaniyah hanya memandang sepi pemergiaan lelaki itu sebelum dia menanggalkan tudung di kepalanya lalu diikat kemas. Dia keluar ke ruang dapur mencari makanan yanh boleh dimakan di dalam rak.
"Takkan takde apa apa keropok dekat rumah ni. Aydeen ni memang tak rajin topup stock jajan ke apa?" kata Dhaniyah dalam hati.
"Kau cari apa? Ni?" Soal Tengku Aydeen sebelum meletakkan plastik berisi pelbagai jenis keropok di atas meja makan.
"Papa cakap yang kau ni jenis tak boleh berhenti mengunyah. Aku belikan yang ini je dulu. Dah habis aku topup baru" Mendatar sahaja nada suara Tengku Aydeen sebelum dia berlalu pergi meninggalkan wanita itu seorang diri di dapur. Dhaniyah yang tidak mempedulikan hal itu terus mencapai plastik jajan di atas meja itu sebelum dia membuka satu pek jajan lalu dibawa masuk untuk makan di dalam biliknya.
"Kalau macam ni memang bulat lah aku. Banyaknya!!" Sorok wanita itu sebelum memeluk semua jajan itu di atas katil.
"Aydeen, you nak pakai baju yang mana?" Soal Dhaniyah kepada lelaki itu. Tuala yang masih disarungkan pada tubuh tegapnya menandakan dia baru sahaja selesai mandi. Dia memberi pandangan tajam kepada wanita di hadapannya itu.
"Mana kau dapat baju aku ni?" Dingin sahaja suara Tengku Aydeen membuatkan wanita itu sedikit tergamam. Takut dia melihat padangan maut lelaki itu bercampur dengan suara dinginnya.
"I...i jumpa dekat mesin pengering...ja..jadi i ingat yang i nak.." baju ditangan wanita itu dirampas kasar membuatkan wanita itu tersentak dengan perbuatan Tengku Aydeen terhadapanya.
"Tak payah gosokkan baju aku. Aku boleh buat sendiri semua. Kau boleh tak tolong jangan baik sangat dengan aku. Aku tak nak berkasar dengan kau, Dhaniyah. Kau jangan layan aku macam orang lain layan suami dorang sebab kita berkhawin bukan macam orang lain. Kau kena ingat tu. Tak payah buat macam aku ni suami kau. Anggap aje aku orang luar" sempat lelaki itu berpesan kepada isterinya membuatkan wanita itu terdiam seketika. Dia cuba untuk menghadam kata kata lelaki itu sebelum dia terus memandang tepat ke arah suaminya.
"I mintak maaf. I cuma nak tolong" Akui Dhaniyah membuatkan lelaki itu hanya menghembuskan nafas beratnya. Dia sedar yang dia sudah menyinggung perasaan wanita itu.
"No need to say sorry. It's not your fault. Next time tak payah buat semua kerja macam ni faham. I don't need your help. I can do this by myself. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Kalau kau ada masalah apa apa bagitau awal awal. Aku naik dulu" Kedua dua baju itu dibawa naik ke tingkat atas. Dhaniyah sudah mula bosan. Dia tak tahu apa nak buat dekat rumah ni kalau semua benda tak boleh nak buat? Wanita itu melangkah ke arah ruang tamu untuk menonton rancangan yang menarik bagi menghilangkan bosannya di rumah. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Dhaniyah tersenyum tawar apabila lelaki itu tidak memakai mana mana pakaian yang dicadangkan tadi.
"You nak pergi kerja dah ke?" Soal Dhaniyah membuatkan lelaki itu pantas menganguk sebelum jam tangan di pasangkan di tangan kanannya dan kolar bajunya dibetulkan sedikit untuk kelihatan lebih kemas. Dia terus melangkah keluar dari rumah.
"Eh you i nak sa..." Belum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya. Figura lelaki itu sudah hilang dari padangan matanya. Dia melepaskan keluhan kecil. Kenapa nak cepat sangat ke pejabat?
Dhaniyah melangkah ke arah lelaki itu.
"You..." Panggil Dhaniyah apabila melihat lelaki itu yang sedang membersihkan kasutnya yang sedikit berhabuk.
"Aydeen.." panggil dia sekali lagi
"Kau nak apa lagi?" Dingin suara lelaki itu.
"I nak.."
"Tak payah salam. Sebelum kita khawin kau tak pernah salam tangan aku kan? Elok je. Dah aku dah lambat. Kau pergi masuk rumah" Arah Tengku Aydeen sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut keretanya. Dhaniyah hanya memandang sepi pemergiaan lelaki itu. Sedikit sakit hatinya apabila dilayan dingin begitu.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...