"Hari ni you masuk kerja ke?" Soal Dhaniyah
"Hmmm" Balas Tengku Aydeen sebelum menyarungkan jam tangan longines silvernya pada tangan kanannya. Dia memandang ke arah cermin sebelum rambut coklatnya itu dikemaskan. Sesekali dia memandang ke arah tepi cermin. kelihatan wanita itu sudah berdiri di tepi dia sambil tersenyum senyum.
"Kau kenapa senyum senyum" Tegur suara garau itu. Pelik pulak isterinya hari ini. Selalunya pagi pagi dia ada je benda nak buat, tengok tv lah, makan keropok la, karaoke lah. Hari ni tiba tiba menyibuk dekat sebelah. Jangan jangan pasal semalam tak, jangan ingat Aydeem jangam ingat. Nanti kau sendiri yang malu' Kata lelaki itu dalam hati. Sedaya upaya dia cuba mengekalkan reaksi wajahnya.
"You..." Panggil suara itu dari arah belakang. Tengku Aydeen hanya mengeluh perlahan. Dengan pantas dia menoleh ke arah wanita itu sebelum anak mata hazelnya ditenung lama.
"Nak apa?" Soal Tengku Aydeen
"Nak balik rumah mama.." pinta wanita itu lembut membuatkan lelaki itu mengerutkan keningnya.
"Aku ada buat kau sakit hati ke, Dhaniyah?" Soal Tengku Aydeen mengundang tanda tanya pada wajah gadis itu. Sakit hati datang dari planet mana pulak dah?
"Sakit hati apa pulak ni? I nak balik rumah mama dengan papa kejap je. Nanti you balik kerja you ambik lah i balik" balas Dhaniyah membuatkan lelaki itu memandang dengan mata yang kecil.
"Nak mengadu apa apa lah tu" Teka lelaki itu lalu sambung membetulkan rambutnya lagi. Tali leher dibetulkan sekali lagi supaya kelihatan kemas.
"Boleh tak ni? You hantarkan i tau" Pinta gadis itu lagi apabila soalannya itu dibiarkan tergantung. Lelaki itu sekadar menganguk.
"Siap siap lah. Aku tunggu kau dalam kereta" Arah Tengku Aydeen sebelum menggapai blazer hitamnya yang disangkutkan di atas kerusi.
Kaki panjang ini melangkah keluar dari arah lift. Hari ni dia ada meeting penting bersama dengan beberapa tetamu khas yang dijemput. Dia membetulkan kolar bajunya sebelum melangkah ke arah bilik kerjanya untuk mengambil beberapa dokumen penting sebelum memulakan meeting. Matanya tertumpu ke arah satu note kecil di atas mejanya yang tertampal elok.
𝒿𝓊𝓂𝓅𝒶 𝒾 𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 𝓅𝓁ℯ𝒶𝓈ℯ
𝒲ℯ 𝓃ℯℯ𝒹 𝓉ℴ 𝓉𝒶𝓁𝓀
-𝙼𝚎𝚕
Tengku Aydeen mengeluh perlahan sebelum dia mengambil note kertas itu dan diletakkan di tepi. Dia terus mengambil beberapa dokumen dokumen penting sebelum melangkah keluar dari bilik itu.1 JAM berlalu, kini tamat lah meeting mereka pada hari ini. Semua orang sudah menyusur keluar dari bilik kerja itu. Tengku Aydeen memicit kepalanya perlahan. Seperti biasa, sakit kepalanya datang kembali. Dia mengambil ubat di dalam poket seluarnya sebelum menelan ubat itu.
"Aydeen, aku ni cerita dekat kau ni" panggil Luthfan yang sudah masuk ke dalam bilik itu apabila meeting itu tamat. Tengku Aydeen memandang ke arah lelaki itu sebelum menjongket keningnya.
"Cerita apa?" Soal Tengku Aydeen. Belum sempat lelaki itu membuka mulut. Tiba tiba kedengaran suara seseorang memanggil Tengku Aydeen. Oh dia hampir terlupa, Dato Norman iaitu bapa mertuanya juga terlibat dengan meeting pada pagi ini.
"Luthfan, boleh Uncle bercakap dengan Aydeen kejap?" Soal Dato Norman kepada lelaki itu apabila melihat Luthfan yang baru sahaja ingin membuka ceritanya. Luthfan terus menganguk apabila melihat wajah tua itu sebelum tersenyum.
"Yes, sure uncle. Bro, we'll talk again after you both finish" Luthfan terus melangkah keluar dari bilik itu bagi memberi ruang kapada dua lelaki itu untuk berborak. Tak mahu ganggu hal menantu dan bapa mertua jadi lebih baik dia pergi buat kopi dekat dapur dulu.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...