Bab 5

55 3 0
                                    

Tap tap tap
Bunyi kasut tumit tinggi itu memenuhi ruagan itu membuatkan semua mata tertumpu ke arah satu sosok tubuh yang melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Rambut panjangnya di selak daripada menutupi telinganya sebelum dia terus menuju ke arah lift lalu menekan butang lift untuk naik ke tingkat atas. Setelah beberapa saat, pintu lift itu terbuka. Dengan pantas wanita itu terus masuk ke dalam lift lalu tingkat 20 ditekan sebelum pintu lift itu kembali ditutup rapat. Gadis itu menunggu beberapa minit sebelum

TING!
Pintu lift itu kembali di buka membuatkan wanita itu sudah tersenyum lebar sebelum melangkah keluar dari dalam lift. Dia terus laju menapak ke arah bilik yang tertera tertulis nama Tengku Aydeen sebelum tangannya di tarik seseorang dari arah belakang.

"Cik tak boleh masuk kesini. Ini kawasan larangan cik sebab ini ruangan untuk Boss dan orang tertentu je boleh masuk. Cik kena buat temu janji kalau nak masuk jumpa dengan Boss kat dalam sebab Boss tak suka kalau orang ganggu dia time kerja. Harap cik faham" Terang wanita itu sebelum dia cuba menarik tangan wanita itu untuk mengikutinya. Dengan kuat tangannya ditepis kasar sebelum wanita itu menolak kasar tubuh yang cuba menghalang itu.

"Apa masalah you ni hah?! You tahu tak i siapa? I ni orang penting Boss you tau so bagi i masuk" Kata Wanita itu menbuatkan Medina sudah menggelengkan kelapanya laju. Dia sudah ditugaskan untuk menjaga ruang pribadi bossnya itu dan hari ini lelaki itu tak mahu diganggu. Jadi sebagai pekerja. Dia terpaksa menghalang wanita di hadapannya itu dari menggangu ruang peribadi bossnya.

"Tengku tak nak diganggu cik jadi tolong jangan buat kecoh dekat sini. Saya masih hormatkat cik dan jangan buat saya berkelakuan kurang ajar dengan cik hanya kerana cik tak nak dengar cakap saya. Tolong keluar dari sini sebab orang sebarangan tak boleh masuk ke sini tanpa ada urusan penting" Tegas nada suara Medina membuatkan wanita itu sudah memandannya dengan padangan tajam.

" I tak kira, i nak masuk juga jumpa Aydeen. You tak boleh halang i and lepaskan tangan jijik you daripada i. I tak suka" Marah gadis itu lalu terus membuka pintu bilik Tengku Aydeen. Medina sudah tak keharuan hidupnya apabila melihat wanita itu sudah melangkah masuk ke dalam bilik pribadi bossnya itu walaupun sudah diberitahu supaya dia tidak masuk ke dalam ruangan itu.

"Baby,i miss you so much baby" meleret manja panggilan wanita itu membuatkan secara automatik Tengku Aydeen terus mengalihkan padangannya dari kertas kerja yang bertaburan di atas mejanya sebaik sahaja mendengar suara yang meleret itu. Medina terus laju masuk ke dalam bilik itu sebelum dia menunduk laju ke arah lelaki itu.

"Boss saya mintak maaf. Saya cuba halang cik ni daripada masuk dalam bilik Boss tapi cik ni degil nak masuk jugak. Saya dah halang dah tapi dia tolak saya jadi saya tak mampu nak tahan dia dari masuk dalam bilik Boss" Laju Medina meminta maaf kerana takut di marahi oleh lelaki itu. Dia menunduk beberapa kali ke arah Tengku Aydeen.

"Baby i cuma nak jumpa you je tapi perempuan ni halang i. i rindukan you lah baby" Kata melissa manja sebelum dia terus melangkah ke arah Tengku Aydeen lalu memeluk lengan sasa lelaki itu.

"It's okay, Medina. You can go now" Arah Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus menghentikan perbuatannya itu sebelum dia meminta diri untuk bereder dari bilik tersebut. Pintu bilik itu ditutup rapat. Tengku Aydeen hanya membiarkan wanita itu memeluk erat lengannya sebelum dia terus menyambung kerja yang sudah bertimbun timbun di atas meja.

"Baby, you tak nak layan i ke? I bosan tahu tak. Hari hari i pergi shopping sorang sorang padahal i ade je boyfriend tapi tu lah. Sibuk dengan kerja" Rungut gadis itu sebelum dia terus memicit lembut bahu Tengku Aydeen. Lelaki itu hanya mengeluh perlahan sebelum dia memusingkan kerusinya menghadap ke arah wanita di belakangnya itu.

"Mel, i bukan tak nak temankan you shopping but can you see this? Kerja i banyak sangat mel. Kalau bukan i siapa yang nak buat semua ni? You kata you tak kesah kalau dapat lelaki yang selalu buzy macam ni kan so hadap la" kata Tengku Aydeen menbuatkan wanita itu hanya menjulingkan matanya ke atas sebelum dia berhenti memicit bahu lelaki itu sebelum menarik kerusi rapat ke arah Tengku Aydeen.

"Banyak betul you bagi alasan. Boleh je kan you mintak tolong staff staff yang lain buatkan kerja you yang belambak ni. You bukannya tak ada duit nak upah dorang buat kerja you" Wajah gadis itu sudah berubah masam. Tangan disilangkan lalu dia terus membuat wajah merajuk.

Tengku Aydeen sudah memicit kepalanya apabila wanita itu sudah mula membuat perangainya. Sungguh dia penat untuk melayan karenah wanita itu tapi takkan dia mahu menolak pulak? Karang merajuk lagi susah tapi takkan lah dia nak tinggalkan kerja kerja ni semua? Tengku Aydeen hanya mendiamkan diri seketika sebelum dia terus bangun dari kerusinya.

"Alright, mel but you have to promise to not take a long time cause i still have a lot of work to do, okay?" Kata lelaki itu secara automatik membuatkan wanita disebelahnya itu sudah mengukir senyuman lebar. Dengan pantas, wanita itu terus bangun dari duduknya lalu memeluk erat lengan sasa teman lelakinya itu.

"I promise, baby. Janji you temankan i pergi shopping. I dah lama tak spend time masa dengan you sejak you buzy dengan company you ni tau" Tangan naik menyentuh lembut wajah Tengku Aydeen. Tengku Aydeen hanya membiarkan tangan lembut itu menyentuhnya tanpa menolak sedikit pun. Mereka kemudian melangkah keluar dari bilik kerja itu. Lengan Tengku Aydeen tidak dilepaskan malah pegangan itu semakin erat  membuatkan lelaki itu hanya mengeluh perlahan.

Wajahnya memandang tepat ke arah Medina yang berada di mejanya sebelum menjeling sekilas. wanita itu hanya menunjukkan wajah kosongnya. Tidak terkesan langsung dengan jelingan gedik wanita yang berada disamping Tengku Aydeen itu. 'Ceh mengadanya' ejek Medina.

Mata mata yang memandang ke arah mereka itu tidak dihiraukan. Mereka berlajan terus ke arah Kereta Mercedes hitam yang terparkir elok di tempat letak kereta VVIP itu.

"You bukak untuk i please" Pinta Melissa membuatkan lekaki itu sekadar mengeluh perlahan sebelum dia melangkah menuju kearah wanita itu

Pintu kereta penumpang dibuka bagi memberi wanita itu masuk sebelum Tengku Aydeen turut masuk ke dalam perut kereta.

"Macam ni lah baby i. I rindu sangat nak naik kereta ni. Rasa macam sebulan dah tak naik" Kata Melissa namun lelaki itu hanya diam sebelum dia menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan  membuatkan kereta mewah itu memecut laju meninggalkan perkarangan tempat itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now