Bab 52

81 2 0
                                    

BEBERAPA MINGGU BERLALU kini Dhaniyah sudah habis tempoh berpantang. Terima kasih kepada suaminya itu yang setia menjaganya sampailah dia pulih sepenuhnya.

"Sayang..buat apa tu" Meleret manja nada suara Tengku Aydeen memanggil isterinya. Dia memeluk pinggang Dhaniyah dari arah belakang. Melihat wanita itu membasuh pinggan.

"I tengah basuh pinggan ni. You i bosan lah hari ni. Boleh tak kita jalan jalan. Please" Pujuk Dhaniyah kepada lelaki itu.

"Of course you can, sayang. Lepas zuhur nanti kita jalan jalan. Sayang nak pergi mana?" Soal suara garau itu.

"I don't know lah. Jom pergi makan dekat luar. Lepas tu malam kita pergi pusing pusing dekat Fun fair. I dengar ada fun fair baru buka dekat bandar. Kita pergi ya?" Cadang Dhaniyah. Sudah lama dia tak pergi ke tempat hiburan itu. Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke situ semasa dia pergi bersama abangnya. Itupun sebelum khawin.

"Kau punya tu sakit lagi ke tak? Kang makin teruk sakit kalau kau tak duduk diam" Nasihat Tengku Aydeen membuat wajah isterinya berubah masam.

"Hish you ni. Tak nampak ke i siap pakai seluar bagai. Dah sihat lah. I boleh beraksi lagi hah tengok ni hah. Lompat bintang 100 kali pun boleh" Dhaniyah terus laju menunjukkan aksi melompat bintangnya di dapur itu.

"Oh really? So maknanya kalau aku nak ajak kau beraksi atas katil 10 round on tak sayang, hmm?" Soal Tengku Aydeen dengan wajah miang. Dah lama dia berpuasa gamaknya.

"Aduhh!! Dhaniyah?" Terjerit kecil lelaki itu sebaik sahaja tangan Dhaniyah naik menyiku perutnya.

"Gatal lagi. Padan muka. Nak lagi meh meh gatal lagi. I bagi senduk ni pulak" Ugut Dhaniyah sambil menghalakan senduk yang dicucinya di dalam singki itu.

"Kalau kau ketuk aku pakai senduk tu dapat ke? Kalau dapat ketuk lah aku 10 kali. So 10 tambah 10 jadi 20 round eh" Perlahan sahaja nada suara lelaki itu berbisik. Terus naik bulu roma isterinya.

"20 round kepala you lah. Jangan sampai i calarkan muka you dengan kuali ni. Tu pergi main jauh jauh sana. I tak pernahagi lempang orang pakai kuali. Jangan sampai you jadi orang first yang makan bontot kuali i ni. Nak ke?" Kuali besar itu ditunjukkan ke arah lelaki itu. Tersengih sengih Tengku Aydeen melihat kuali yang berada di tangan wanita itu..

"Aloo sayang ni kedekut lah" keluh Tengku Aydeen.

"Memang" selamba sahaja wanita itu membalas

"Kedekut tahi hidung masin. Dhaniyah kedekut nanti kubur sempit tau" Sengaja dia mengapi apikan isterinya itu.

"Diam lah. I kurus. You yang besar gedabak. Kalau nak gali kubur you silap silap kena pakai helicopter tahu tak" Perli Dhaniyah.

"Ye ke sayang? Terima kasih bagitau info tak penting tu. Susah susah je bazirkan air liur" Ejek lelaki itu.

"Kau ni memang kan!!" Dhaniyah penggapai kualinya yang terletak di tepi singki. Tengku Aydeen Terkejut sebaik sahaja melihat wajah isterinya itu yang sudah merah menahan marah.

"Sini kau!!" Jerit Dhaniyah

"Dhaniyah aku mintak maaf, sayang. Jangan lah nacam ni" Rayu Tengku Aydeen. Dia terus berlari ke ruang tamu sebaik sahaja wanita itu mengejarnya.

"Mana nak lari hah?" Laju sahaja langkah wanita itu mengikuti Tengku Aydeen.

"Dhaniyah aku mintak maaf. Jangan kejar aku aaaa" Semakin laju langkah lelaki itu sebaik sahaja melihat isterinya yang sudah hampir dengannya.

Secara tiba tiba
BULRPPPP

Tubuh mereka berdua terus terjatuh ke dalam kolam di belakang rumah. Terkapai kapai tangan Dhaniyah apabila dia merasa dirinya hampir tenggelam di dalam air.

Her last happinessWhere stories live. Discover now