Bab 18

50 1 0
                                    

Dhaniyah memandang ke arah lelaki disebelahnya itu yang sudah menurunkan seat kereta lalu menutup wajahnya dengan topi. Tiada tanda tanda yang lelaki itu akan keluar dari kereta. Dengan pantas tangan wanita itu laju merampas topi yang menutup wajah Suaminya itu. Terkejut Tengku Aydeen melihat aksi spontan wanita itu. Dia terus duduk tegak dan memandang tepat ke arah figura disebelahnya itu.

Huh??
Wajah masam itu dipandang lama

"Nak apa lagi? Kan aku dah bawak kau dekat tempat yang kau nak pergi sangat" Mendatar suara Tengku Aydeen sebaik sahaja melihat wajah tidak berpuas hati wanita itu. Nak apa lagi dia ni pandang macam tu? Nak duit ke?

Tengku Aydeen terus mengambil dompetnya dipoket seluar sebelum menghulurkan sekeping kad ungu. Silk card. Namun wanita itu masih memandangnya tajam membuatkan lelaki itu sudah mengerutkan dahinya. Aik tak nak duit? Kenapa lah dia ni tak reti nak bercakap? Bukannya habis air liur tu.

"Kau nak apa sebenarnya ni?" Nak tak nak dia lah yang kena membuka mulut terlebih dahulu untuk bertanya apa yang wanita disebelahnya ini mahukan.

"You duduk dalam kereta je?" Soal Dhaniyah membuatkan lelaki itu hanya menganguk perlahan. Habis takkan nak tunggu luar kereta pulak?

"Kenapa? Kau nak suruh aku bertenggek atas bumbung kereta ke? Sakit hati tengok aku tidur dalam kereta macam ni?" Soal Tengku Aydeen sinis. Jelas tidak berpuas hati dengan pandangan wanita itu kepadanya.

"Takkan lah you nak biar i pergi sorang sorang?" Dengan serta merta lelaki itu mengeluh.

"Kau masuk aje lah beli barang tu. Aku ni kalau masuk bukan reti pun pilih pilih sayur bagai. Kang tak pasal pasal daging kerbau yang disuruh beli. Aku beli daging babi" Terus laju tangan wanita itu manampar paha Tengku Aydeen membuat lelaki itu terjerit kecil.

PAPP!!

"Sakit lah gile. Suka hati kau je nak pukul pukul anak orang. Ringan aje tangan aku ni nak potong tangan kau balik nanti" Marah lelaki itu sebelum dia menggosok laju pahanya yang lebam akibat terkena tamparan maut gadis itu. Tangan kecik tapi effect dia tu pedih betul.

"Siapa suruh cakap bukan bukan. Dalam tu takdenya dia nak gantung gantung daging yang spesis macam you ni. Tak payah lah nak risau sangat. Takkan la you nak biarkan i angkat barang yang berat tu sorang sorang kan? You ni tak gentlah" Kata Dhaniyah sebelum menayangkan wajah memohon agar lelaki itu menemaninya masuk ke dalam. Keluhan berat dilepaskan sebelum enjin kereta terus dimatikan.

"Yelah yelah, aku temankan kau. Cepat lah" Akhirnya lelaki itu mengalah lalu dia terus membuka pintu dan keluar dari perut kereta tersebut diikuti dengan wanita disebelahnya itu. Dhaniyah sudah tersenyum kemenangan. Tanpa berlengah masa, wanita itu terus melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Tengku Aydeen mengeluh berat sebelum dia mengikuti langkah wanita itu masuk ke dalam mall.

"Jangan lari lari lah pendek. Nanti kalau kena culik dengan van putih padan muka!" Geram sahaja dia melihat wanita itu yang berlari lari menuju ke dalam pusat membeli belah itu.

                RODA 4 itu bergerak di atas permukaan lantai yang licin itu. Dengan serta merta Tengku Aydeen kini menjadi penolak troli pribadi wanita itu. Dia memandang tajam ke arah Dhaniyah yang sedang sibuk meneliti botol makanan di rak yang telah disusun rapi. Tak pasal pasal hari cutinya ini sudah digantikan dengan menjadi pekerja tak berbayar kepada Dhaniyah Idwirna

"Hmm Nak besar ke kecik eh?" Soal Dhaniyah dengan nada perlahan sambil memegang kedua dua botol sos itu. Aydeen yang terdengar soalan yang keluar dari mulut isterinya itu terus memotong laju.

"Ambik aje yang besar lori. Senang. Nak kata puas pun puas" Balas Tengku Aydeen mendatar berjaya mengundang jelingan maut dari wanita itu. Serta merta lelaki itu tersengih sengih sebelum menutup mulutnya rapat.

Her last happinessWhere stories live. Discover now