KASYAF memandang surat yang berada di tangannya itu. Dia mengeluh perlahan. Memikirkan perkara begini buatkan dirinya semakin serabut.
SURAT TAWARAN UNIT PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Surat itu diletakkan kembali di laci mejanya. Mungkin dia perlu fikirkan perkara ini. Lagipun dia macam mana dengan bapanya nanti? Syarikat milik bapanya itu tiada pewaris selain dia dan Dhaniyah. Tak mungkin Dhaniyah nak uruskan syarikat itu?
*FLASHBACK*
Tush!! Tushh!! Tush!!
Dengan sekali sasaran, semua das tembakam itu mengena tepat ke arah sasaran yang dituju. Tepat terkena pada tengah tengah."NICE!! 50 marks. You did a great job, Syaf" Puji Nakafiq sebalik sahaja lelaki itu berjaya memungut markah yang tinggi hanya dengan 3 kali tembakan sahaja.
"Thanks, Fiq. Tapi aku rasa tak cukup latihan lagi. Banyak lagi nak kene belajar. Aku senang hilang fokus sekarang" Kasyaf mengeluh perlahan.
"Relaks je, bro. Kau dah buat yang terbaik. Hilang fokus apa macam tu? Sekali tembak tepat dekat tengah" Balas Nakafiq membuatkan lelaki itu sekadar tersenyum manis ke arah kawannya itu.
"Terima kasih. Entah lah, aku memang minat kot benda benda macam ni. Tu yang senang je bagi aku" Ujar Kasyaf. Dia membuka pelindung telinga yang diletakkan dikepala sebelum diserahkan kepada orang seterusnya untuk menembak.
Memandangkan pusat kolej dia memandang akan membuatkan latihan menembak pada setiap bulan. Jadi menjadi kewajipan bagi semua pelajaran untuk menyertai latihan tersebut.
"Tu lah kau. Patutnya kalau kau minta benda benda macam ni. Kau sepatutnya masuk bidang ketenteraan. Ambik je tentera ke askar ke? Kau bukannya tak boleh. Aku tengok kau memang boleh bawak benda tu" Kata Nakafiq membuatkan lelaki itu sekadar tersenyum tawar. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Bukan aku tak nak, fiq. Tapi macam mana dengan syarikat papa aku? Siapa nak handle nanti? Adik aku? Dia mana tahu, fiq. Aku risau la" Adu Kasyaf. Kalau boleh dia nak je masuk bidang tu tapi entahlah. Takde rezeki kot.
"Kau tak cakap dengan papa dan mama kau ke pasal ni? Apa kata kau bincang elok elok?" Nasihat Nakafiq.
"Aku tak cakap lah. Nanti papa aku terasa hati pulak. Siapa lagi ni tolong dia kalau bukan aku, fiq. Papa aku mana larat nak uruskan company dia sorang sorang" Ujar Kasyaf dengan nada lembut. Dia tahu satu satunya harapan syarikat itu terletak di tangannya.
"Hm aku tak boleh nak paksa kau tapi fikir lah baik baik, Syaf. Ni semua untuk masa depan kau tau. Kalau kau terus ikut orang macam mana kau nak berjaya?" Soal Nakafiq membuatkan lelaki itu sekadar diam.
Langkah mereka berdua mati sebaik sahaja melihat lelaki tegap yang berada dihadapannya itu. Wajahnya yang tegang membuat mereka berdua meneguk liurnya.
"Err...Tuan.. Selamat petang.." Sapa Nakafiq
"Selamat petang tuan!" Kuat sajaha nada suara Kasyaf membuat lelaki disebelahnya itu sudah mengerutkan kening. Huishhh berani seh.
"So kau lah tadi yang tembak semua peluru tepat kene sasaran. Boleh aku tanya kau belajar dari mana tembakan tu?" Soal Tuan Arron.
"Saya tak tahu. Saya tak belajar dari mana mana, Tuan. Saya sekadar tengok orang buat je. Saya ikut" Ujar Kasyaf. Dia pun tak reti sebenarnya bab bab macam ni dulu tapi entah macam mana dia boleh handle senjata yang berada di tangannya.
"Aku ada tawaran untuk kau. Kalau tengok gaya. Kau layak untuk masuk bidang jabatan jenayah Malaysia. Aku tengok kau memang ada bakat dalam tembak tepat pada sasaran dan markah ujian kau sangat memuaskan juga" Puji Tuan Arron. Nakafiq yang ditepi sudah ternganga besar. Perh bukan senang lelaki muka garang tu nak puji orang.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...