Bab 28

53 2 0
                                    

                "ALRIGHT, that's all for today. Hebat jugak kau ni kan? Berapa lama kau berlatih" Soal Hazry kepada kawannya itu selepas sahaja tamat sesi latihan hari ini. Andy menghadiahkan senyuman manis kepada kawannya itu sebelum memberikan helmetnya kepada lelaki itu.

"Thanks bro. Helmet aku ni kau tolong letakkan dekat bilik aku. Aku kena balik awal harini. Amyra dah call aku banyak kali. Aku dah janji nak temankan dia beli barang untuk cafe dia" Kata Andy lalu menepuk bahu kawannya itu.

"Hah ye lah, kirim salam kat adik kau tu sekali. Ada masa aku hantar rombongan meminang" Usik Hazry membuatkan lelaki itu terus memandang tajam ke arahnya. Terus terdiam lelaki itu sebaik sahaja mata hijau itu memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Oh okay okay, aku cari awek lain" Kata Hazry sedikit cuak. Tak berani dia nak usik kalau lelaki itu dah berikan pandangan helangnya itu. Silap silap mati dia di tangan lelaki itu.

"Main main eh kau. Aku seret kau atas litar baru tahu" Kata Andy lalu terus melangkah pergi dari situ. Hazry hanya memerhati sosok tubuh rakannya itu yang beransur pergi. Dia menghembuskan nafas lega dan terus melangkah pergi  dari situ. Nak letak helmet dia ni pulak!

Andy menekan kunci keretanya sebelum meletakkan beberapa barang barang miliknya di seat belakang. Baru sahaja dia ingin melangkah ke pintu depan, tiba tiba dia merasakan figura seseorang yang sedang berdiri betul betul di belakangnya. Cepat cepat dia menoleh ke arah belakang sebelum dia memandang tajam ke arah sosok tubuh

"Lama tak jumpa, Andy. Kau apa khabar" Kata satu suara garau itu membuat Andy terus menatap tajam ke arah anak mata lelaki itu.

"Kau nak apa? Kenapa sekarang kau muncul lagi? Kau tak serik serik lagi ke, Luke?" Dingin sahaja suara lelaki itu. Wajahnya berubah tegang. Luke sekadar tergelak kecil melihat reaksi wajah lelaki itu.

"Kenapa? Kau Terkejut? Aku cuma rindu kau aje, Andy. Lama aku tak berborak dengan kau macam dulu. Betul tak 'KAWAN LAMA'" Sengaja perkataan kawan lama itu ditekankan membuatkan Andy sudah mengetap rahangnya kuat.

"Luke aku ingatkan kau dah berubah. Tapi kenapa kau masih dengan diri lama kau? Kenapa kau tak nak berubah, Luke. Kau tahu tak kau yang rosakkam segala galanya. Aku ingat lepas apa yang dah jadi kau akan berhenti buat kerja gila kau tu lagi" Kata Andy kepada lelaki dihadapannya itu. Sedikit rasa sedih apabila teringatkan memori mereka bersama dahulu namun semuanya hancur.

"Kau tak payahlah nak beria tunjuk yang kau ni konon baik sangat. Aku jadi macam ni sebab kau tahu tak! Kau penyebab aku jadi macam ni! Kau dah rampas semua benda dari aku" Keras nada suara lelaki itu

"Kau nak salahkan aku? Luke aku tak pernah ada niat nak rampas semua benda dari kau. Kenapa aku kena buat macam tu? Kau kawan aku luke. Kau yang rasa aku rampas semua benda dari kau tapi hakikatnya tak. Aku tak pernah terdetik nak kacau hak kau" Suara Andy kini sedikit meninggi.

"You know what, Andy. I'm a fool for trusting a person like you who thinks he's like an angel without any sin. You think as if you didn't do anything but the fact is you are the cause of all this happening. You never blame yourself and you never want to admit your fault" Sindir lelaki itu.

"And you, Luke. You trust people's words more than investigating first. you always make reckless decisions and in the end all your guesses are wrong. Then you blame me? As long as we're friends. I never felt a bit when you accused me of all kinds of bad things that I didn't do myself" Kata Andy lagi. Selama ini dia dah terlalu menberi muka kepada bekas kawannya itu.

"It's up to you. Aku tak patut percayakan kau dari awal lagi kalau aku tahu kau nu kawan yang selfish. Kau tamak" Dingin nada suara lelaki itu

"Itu je alasan yang kau ada, Luke. Kau langsung tak pernah nampak kebaikkan aku. Yang kau nampak semua yang buruk aje pada aku. Macam ni ke yang aku anggap kawan?" Jelas wajah Andy berubah kecewa. Dia sangka lelaki itu datang untuk meminta maaf namun sebaliknya. Lelaki itu datang hanya untuk menyalahkannya lagi.

Her last happinessWhere stories live. Discover now