Bab 47

49 3 0
                                    

            DATIN SAFIYA memandang tajam ke arah menantunya itu. Tengku Aydeen sekadar menunduk kepalanya ke bawah. Dia tahu pasti keluarga mertuanya itu tidak akan setuju dengan kata katanya itu. Mereka pasti masih meraguinya.

"Kamu kata kamu nak jaga, Dhaniyah?" Soal Dato Norman tanpa nada. Dia juga turut memandang ke arah lelaki di hadapannya itu. Kasyaf yang berada dibelakang adik iparnya itu hanya memandang sayu ke arah lelaki itu. Nampaknya dia silap, Ibubapanya takkan setuju dengan cadangan lelaki itu.

"Aydeen cuma nak jalankan tanggungjawab Aydeen, mama..papa..Aydeem tahu silap Aydeen dan Aydeen mintak maaf. Izinkam Aydeen perbetulankan segala yang dah jadi. Bagi Aydeen buktikan yang Aydeen mampu untuk bahagiakan isteri Aydeen" Sebak nada suara Tengku Aydeen meminta izin daripada kedua dua mertuanya itu. Dia tak sanggup untuk berdiam diri dan hanya melihat isterinya itu sakit. Hal itu membuatkan dia rasa dirinya hanya menjadi penonton disaat isterinya dalam keadaan sakit. Jadi untuk apa dia digelar suami?

"Aydeem tahu semua ni jadi sebab Aydeen? Aydeen tak rasa bersalah?" Soal Datin Safiya membuatkan lelaki itu perlahan mengangukkan kepalanya.

"Aydeen sedar, mama. More than aware. I knows everything stems from me and i willing to accept any punishment from everyone to make up for it all. Please give me a chance. Aydeen merayu sangat dekat mama dan papa. Bagi Aydeen sekali lagi untuk jalankan tanggungjawab Aydeen sebagai suami kepada Dhaniyah. Aydeen sanggup buat apa saja asalkan mama dengan papa bagi Aydeen berada dekat disamping Dhaniyah. Aydeen rela terima segala apa kemungkinan yang berlaku. Dicaci atau dimaki pun Aydeen rela. Tolong jangan hukum Aydeen macam ni mama...papa.. Aydeen merayu" Jelas kedengaran perit dalam kata kata lelaki itu. Air matanya yang hampir mahu mengalir sedaya upaya ditahan.

"Can't you just give him a chance?" Soal Kasyaf dari belakang sebaik sahaja melihat Aydeen yang sudah terduduk lemah di lantai. Sayu hatinya melihat lelaki itu yang dari tadi meminta izin hanya untuk berjumpa dengan isterinya sendiri. Dia juga punya hak terhadap Dhaniyah? Mengapa Ibubapanya itu seakan tak membenarkannya lelaki itu untuk mendapatkan haknya?

"Peluang apa yang papa nak bagi lagi pada, Aydeen? Aydeen yang rumitkan keadaan. Aydeen tahu tak sebagai seorang suami. Bukan nafkah je yang Aydeen kena bagi. Emosi pun kena jaga. Kalau Aydeen tak mampu nak jaga perasaan Dhaniyah. Kenapa Aydeen tak lepaskan Dhaniyah? Bagitau je dekat papa yang Aydeen dah tak nak dekat dia daripada Aydeen terus seksa anak papa macam tu" Dingin sahaja nada suara Dato Norman. Tiada langsung kelembutan dalam kata katanya. Dia hanya memandang lelaki yang terduduk lemah di atas lantai dengan padangan kosong.

"No. Aydeen takkan lepaskan Dhaniyah. Dia je kebahagian yang Aydeen ada, papa. Aydeen tak nak hilang dia. Please papa. I'm willing for you to take everything from me but not her. She is my wife and i love her. I will to do anything for. Anything that can make she happy. Please don't ask me to let her go. I'm not ready for that" Rayu Tengku Aydeen dengan wajahnya sudah penuh dengan tangisan. Tak sangka permintaan bapa mertuanya itu telah menbuatkan hatinya dirobek kasar sehingga meninggalkan kesan luka yang dalam. Biarlah kematian yang memisahkan mereka. Dia tidak rela melihat wanita itu bahagia bersama orang lain. Ya orang boleh cakap dia pentingkan diri dan dia mengakuinya. Dia lebih rela mati dari terus terseksa.

"Kalau Aydeen sayangkan Dhaniyah. Lepaskan dia" Dingin sahaja nada suata Dato Norman membuatkan lelaki itu tersentak. Kasyaf yang berada di belakang turut terbeliak mendengar kata kata yang keluar dari mulut bapanya itu.

"Papa! Why? Bukan ke semua orang patut diberi peluang kedua? Kenapa papa pentingkan diri?" Kini suara Kasyaf sedikit meninggi. Bukan niat mahu biadap tapi dia cuba untuk mempertahankan hubungan Tengku Aydeen dengan adiknya itu. Apa salahnya bagi lelaki ini buktikan dahulu yang semua ini bukan salahnya. Kenapa semua orang hanya mahu terus menghukum tanpa memberi ruang kepada orang lain untuk menjelaskan apa yang terjadi?

Her last happinessWhere stories live. Discover now