"AYDEEN" Tegur Kasyaf apabila melihat adik iparnya yang sudah terlelap. Lelaki itu duduk bersandar dikoridor luar wad sejak dari tadi lagi. Dia ingatkan lelaki itu sudah balik. Mendengar saja namanya dipanggil, Aydeen terus terjaga dari tidurnya. Dia terus menoleh ke arah sosok tubuh yang baru sahaja keluar dari bilik wad itu.
"Dah pukul berapa? Dhaniyah buat apa?" Soal Tengku Aydeen. Dia meraup wajahnya perlahan. Tak sedar dia sudah terlena disini.
"Dah pukul 6.30 pagi. Mommy kau dah balik. Dhaniyah dah tidur. Mama dengan papa temankan dia kat dalam. Aku nak solat ni" Kata Kasyaf membuatkan lelaki itu sekadar menganguk faham.
"Kau tak solat?" Soal lelaki itu apabila melihat Tengku Aydeen sekadar mendiamkan diri.
"Ah? Oh aku nak solat lah ni. Lupa pulak" Tengku Aydeen terus bangun dari duduknya. Dia menggerak gerakkan lehernya yang lenguh. Perlahan dia menguap apabila matanya masih terasa berat untuk dibuka.
"Kau tak balik ke, Aydeen? Esok kau tak masuk kerja?" Soal Kasyaf lagi apabila sedar yang lelaki itu masih setia berada di hospital. Takkan lah lelaki itu nak kerja dalam keadaan tak cukup tidur. Tak pasal pasal terlelap dekat office.
"Aku tak masuk kerja kot hari ni. Aku stay sini" Kata Tengku Aydeen. Bukannya dia tak kerja sebab dia mengantuk. Tapi sebab Dhaniyah. Takkan lah dia nak kerja dengan keadaan isterinya yang macam tu. Tak senang duduk dia nanti.
Kasyaf sekadar menganguk faham. Dia terus melangkah menuju ke arah surau yang berdekatan dengan bilik itu.
"Syaf.." Mati langkah lelaki itu sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Dengan pantas dia menoleh ke belakang memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di belakangnya itu.
"Kenapa?" Soal Kasyaf namun Tengku Aydeen terdiam sejenak. Dia perlahan menghembuskan nafas beratnya.
"Aku nak jaga Dhaniyah boleh?" Soal Tengku Aydeen dengan nada perlahan. Berharap lelaki itu akan membenarkannya untuk tinggal bersama isterinya itu di hospital.
"Aku cuma abang dia, Aydeen. Kau suami dia. Kenapa kau kena mintak izin aku?" Soal Kasyaf sebaik sahaja mendengar kata kata adik iparnya itu. Ya dia tahu lelaki itu ada sedikit konflik dengan isterinya namun dia tetap ada hak ke atas wanita itu. Jadi siapa dia mahu menghalang?
"Tak ada lah. Tapi mama dengan papa macam takut nak lepaskan Dhaniyah dekat aku. Dari semalam dorang jaga dia. Aku rasa macam..."
"Kau suami dia, Aydeen. Apa pun jadi kau berhak ke atas dia. Mama dengan papa takkan halang kau kalau betul kau nak jaga dia, Aydeen. Percaya cakap aku. Dia tanggungjawab kau, ingat tu. Dan kami semua takde hak untuk halang kau dari dia. Cuma aku mintak sangat. Tolong jangan buat dia sakit, Aydeen. Emosi dia masih tak stabil lepas dia keguguran. Aku mintak sangat jasa baik kau untuk jaga dia dengan sebaik baiknya. Jaga mental dia, Aydeen. Aku bukan apa, cuba aku tak nak Dhaniyah terganggu. Lagi lagi dengan keadaan dia yang sekarang ni. Kau fahamkan maksud aku...?" Tenang sahaja suara Kasyaf menasihati lelaki itu.
"Aku tahu. Aku salah. Dia gugur sebab aku. Aku yang buat dia tertekan dengan keadaan. Aku tak layak jadi seorang suami, Syaf. Disebabkan aku, anak isteri aku yang tanggung derita. Aku tak sanggup tengok isteri aku macam tu, Syaf. Aku dah hilang daddy aku then anak aku. Macam mana pulak satu hari nanti isteri aku pun nak tinggalkan aku? Aku tak sanggup, Syaf. Dia satu satunya kebahagian yang aku ada sekarang" Ucap lelaki itu dengan nada sebak. Dia kecewa dengan diri sendiri. Kecewa sangat. Semua benda ni jadi kerana dia. Dia adalah punca segala masalah walaupun pada hakikatnya dia hanyalah mangsa keadaan.
"If you think she is your happiness. Then fighting for her. prove your feelings to her is truly from your heart. You know women prefer actions over words because words mean nothing if you just say it without an actions. So don't just make a promise if you can't show proof to them. Trust me, they heart is just like a flower. If you ignore it, It will wither away on its own but if you fix it and take care of it better. It will return to being a beautiful flower. More beautiful than before. Depends on how well the person takes care of it" Terang Kasyaf. Dia menupuk bahu lelaki itu untuk memberi semangat.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...