Bab 35

42 0 0
                                    

BUNYI deringan telefon Tengku Aydeen dari atas katil itu mengejutkan Dhaniyah dari lamunanya. Dia terus mencuci mukanya sebelum pantas menuju ke arah ke arah katilnya. Tombol hijau digeserkan ketepi sebelum dia membalas panggilan telefon tersebut.

"Hello, ni siapa?" Soal Dhaniyah

"Sayang i tunggu dekat cafe biasa. Tempat kita selalu jumpa dulu. I tunggu you tau. Jangan bagitau isteri you pasal ni, nanti i sendiri akan bagitahu dia pasal hubungan kita" Kedengaran suara lembut Melissa dari dalam panggilan telefon itu membuatkan wajah Dhaniyah merubah merah.

"Kau stop contact suami aku perempuan murah!" Jerit Dhaniyah

"errr Dhaniyah ke ni? Boleh panggilkan suami you sekejap. I tak bermaksud nak.."

"Tak bermaksud nak apa? Berani kau you rampas suami i. Kau setakat modal baju ketat you tu pergi mampos sana lah. Jangan berani nak mengorat suami i lagi" keras sahaja suara Dhaniyah membuatkan Melissa terdiam.

"Kenapa you diam? Cakap lah" Soal Dhaniyah lagi kali ni suaranya semakin meninggi.

"Dhaniyah you dengar sini baik baik. I tahu sebab you dan Aydeen berkhawin tapi you kena terima yang Aydeen masih cintakan i. Kami dah bersama dari zaman belajar lagi. Sekarang pun you tengoklah, Aydeen still simpan nombor i even dia dah khawin dengan you. I tahu sakit Dhaniyah tapi ini kenyataan. Aydeen dah sedar yang dia sebenarnya cintakan i lebih dari you Dhaniyah. Dia terpaksa pura pura seolah dia cintakan you sebab tak nak family dia tahu pasal hubungan i dengan dia" Jelas Melissa membuatkan hati Dhaniyah semakin retak. Apa maksud perempuan ni?

"You cakap apa ni? Aydeen cintakan i tahu tak! Dia layan i baik sangat sebagai isteri dia. You tu yang tak habis habis nak kacau rumah tangga kiteorang" Sinis Dhaniyah namun dapat kedengaran keluhan berat dari dalam telefon itu

"Aydeen tu pandai berpura pura, Dhaniyah. I dah lama kenal dia and sekarang you sendiri nampak macam mana dia boleh manipulasi you seakan akan dia cintakan you kan? Tapi hakikatnya dia cintakan i, Dhaniyah" Kata Melissa lagi membuatkan wanita itu terus mencampakkan telefonnya dibawah.

PAP!!

"Kau tipu! Kau tipu! Aydeen cintakan aku! Dia cakap dia nak aku jadi isteri dia sampai bila bila! Kau tipu!!" Jerit Dhaniyah membuatkan pintu bilik itu terus terbuka. Tengku Aydeen yang melihat isterinya yang bagai dirasuk hantu itu cepat cepat memeluk wanita itu erat.

"Sayang kenapa ni? Kau kenapa jerit jerit ni? Sampai bawah suara kau dengar tahu tak? Daddy dengan Mommy semua teperanjat dengar suara kau dari bawah" Lembut suara Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus memandang lelaki itu dengan mata yang sudah merah dan beair.

"You masih simpan nombor Melissa dalam phone you, Aydeen?" Terus terdiam Tengku Aydeen mendengar kata kata yang keluar dari bibir merah isterinya itu.

"Kenapa you diam, Aydeen? Jawablah soalan i" Suara Dhaniyah semakin meninggi. Tengku Aydeen terus mengalihkan padangannya memandang ke arah telefon yang sudah berderai di atas lantai bilik itu.

"Melissa call kau?" Soal Tengku Aydeen

"Kenapa kalau dia call? Rahsia you semua terbongkar ke, Aydeen?" Soal Dhaniyah dengan nada penuh dengan tangisan. Apa yang membuat dia lebih sakit apabila lelaki itu terus mengambil telefonnya yang jatuh dilantai dan terus membelek telefon tersebut untuk memastikan keadaan telefon itu masih elok

"Aku mintak maaf" Hanya itu sahaja kata kata yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan air mata wanita itu perlahan mengalir keluar.

"A..apa maksud you, Aydeen" Soal Dhaniyah namun lelaki itu diam seketika sebelum memandang ke arah isteri dihadapannya itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now