Bab 55

43 5 0
                                    

BUNYI NOTIFICATION telefon itu mengejutkan Andy. Dia memandang ke arah screen telefon. Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat pesanan mesej yang tertera di telefonnya.

𝙼𝚢 𝚕𝚊𝚜𝚝❄︎
Can we meet?

Mesej di dipandang lama. Rasa macam tak percaya. Wanita itu mesej dia? Apa patut dia balas? Semestinya ya.

Andy: sure, where?

𝙼𝚢 𝚕𝚊𝚜𝚝❄︎: Cafe adik you. Sekarang

Andy: sure nanri i sampai. Nak i jemput ke?

𝙼𝚢 𝚕𝚊𝚜𝚝❄︎: no thanks. I dah ade dekat cafe ni

Terus tersedak Andy membaca balasan daripada wanita itu. Awalnya sampai. Namun dia gembira. Akhirnya dia diberi peluang untuk menjelaskan segala galanya setelah bertahun tahun dia berdiam.

Andy: I otw, tunggu kejap
Balas Andy. Dia terus menyarungkan jaket kulit miliknya ke badan tegapnya. Baju suit itu diletakkan semula ke tepi.

"Woy kau nak kemana? Kata nak training hari ni?" Soal Hazry apabila melihat kawannya itu menyarungkan semula jaketnya. Tadi kata nak tukar baju tiba tiba baru bukak dah tukar balik baju tadi.

"Aku ade kerja sikit lah bro. Esok esok lah aku berlatih. Okay?" Kata Andy dengan senyuman. Hazry hanya memandang pelik ke arah lelaki itu. Dah kenapa ceria semacam.

"Ohh kau nak jumpa awek eh? Sebab tu tersenyum senyum ni" Teka Hazry. Jarang lelaki ini senyum tanpa sebab.

"Mana ada. Memandai je kau. Aku ade kerja sikit lah. Bagitau dorang semua aku tak jadi training hari ni tau. Okay aku gerak dulu bro" Belum sempat nak tanya kerja apa. Laju sahaja lelaki itu pergi. Lain macam betul. Mesti ada benda yang dia sorok ni.

"Suka hati kau lah, Andy. Asalkan kau bahagia. Malas aku" Keluh Hazry. Dia terus mengambil baju suit yang terletak di atas meja itu dan meletakkannya kembali ke almari. Memang dia aje lah jadi bibik lelaki ni. Dah tu bukan nak bayar pun.

RAMBUT budak lelaki itu diusap lembut. Kevin duduk di atas riba Lutfiya. Amyra yang memandang dua sosok tubuh itu menggosok mata berkali kali.

"Akak betul ke Kevin tu bukan anak akak? Myra tengok korang ni rapat sangat. Macam ibu dengan anak" Kata Amyra

"Mana ada"
"Mana ada" Balas mereka serentak. Amyra sudah menggaru kepalanya. Tengok lah tu. Balas pun serentak. Mata aje lah tak sama sebab mata Lutfiya coklat.

"Kevin ni akak jumpa dekat taman masa jogging pagi tadi. Dia dari pusat kebajikan anak yatim so akak mintak izin nak bawa dia jalan jalan. Kan Kevin?" Kata Lutfiya lembut membuatkan budak lelaki itu menganguk kecil.

"Aunty ni baik tau, akak. Aunty ajak saya jalan jalan pastu banje saya makan. Dah lama saya tak makan kek" Akui Kevin jujur. Dia makan kek pun kalau ada orang bagi. Memandangkan dia duduk di pusat jagaan anak anak yatim. Jadi mereka tak dapat nak bagi makanan begitu kepada dia. Lagipun kalau bagi dia, habis budak budak yang lain takkan tengok aje.

"Ni abang sampai bila kak?" Soal Amyra. Lutfiya hanya menjongketkan bahunya menandkan tidak tahu.

"Entah. Tadi katanya otw. Kejap lagi sampai lah tu" Balas Lutfiya. Dia terus menyuapkan kek coklat itu ke mulut Kevin yang setia duduk di atas ribanya.

"Emm sedap laa. I want it more" Pinta Kevin

"You want it, sweetheart? Here you go" satu lagi suapan kek masuk ke dalam mulut budak lelaki itu. Amyra hanya tersenyum melihat kelakuan mereka berdua. Macam ni ke kalau wanita ini ada anak. Pasti dia akan bahagia bersama abangnya itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now