Bab 16

40 2 0
                                    

"Apa yang aku nak buat dekat rumah ni? Nak masak lah. Dah lama aku tak tunjuk bakat memasak aku ni" Dengan bangga wanita itu menapak kaki ke dapur besar itu. Dapur yang kemas tersusun rapi. Siapa je tao suka. Kalau macam ni ambik bantal dan selimut tidur dengan sini pun okay!! Dhaniyah membuka peti ais namun hambar, tiada satu pun barangan basah di dalam peti ais. Dia ni memang beli barang pakai niat ke? Rumah besar tapi dalam semua kosong' kata Dhaniyah dalam hati lalu pintu peti ais terus ditutup. Matanya tertumpu ke arah satu note kecil yang tertampal di tepi peti ais. 'Nak tampal nota pun agak agak lah. Tampal dekat tepi buat apa? Bukannya aku check sekeliling peti ais?'

𝒦𝒶𝓊 𝓉𝒶𝓀 𝓅𝒶𝓎𝒶𝒽 𝓂ℯ𝓃𝑔𝒶𝒹𝒶 𝓃𝒶𝓀 𝓂𝒶𝓈𝒶𝓀
𝒜𝒹𝒶 𝓅𝒽ℴ𝓃ℯ 𝓀𝒶𝓃? 𝒪𝓇𝒹ℯ𝓇 𝒿ℯ 𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾
𝒶𝓀𝓊 𝓉𝓇𝒶𝓃𝓈𝒻ℯ𝓇. 𝒦𝒶𝓁𝒶𝓊 𝒹ℯ𝑔𝒾𝓁 𝒿𝓊𝑔𝒶𝓀
𝓃𝒶𝓀 𝓂𝒶𝓈𝒶𝓀 𝓀𝒶𝓊 𝓂𝒶𝓈𝒶𝓀 𝓊𝓃𝓉𝓊𝓀 𝓀𝒶𝓊
𝓈ℴ𝓇𝒶𝓃𝑔 𝒿ℯ
~T.A.

Nota itu dipandang lama sebelum dia menjulingkan matanya ke atas. 'Ceh, takut terjatuh cintalah tu dengan masakan aku'

Dhaniyah terus mengapai telefonnya di atas meja dapur sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dapur itu. Apps 'MAMAfood' ditekan. Matanya rambamg melihat semua jenis makanan yang terpapar di dalam screen telefon canggihnya itu sebelum tangannya pantas menekan satu gambar makanan yang berjaya memikat hatinya itu. Set combo burger cheese dan fries di tekan sebelum membuat pembayaran atas talian.

               Lelaki itu duduk merenung di atas kerusi itu sebelum memandang ke arah jarum jam di tangannya. Dia rasa malas nak masuk kerja petang ini jadi dia memutuskan untuk kerja separuh hari sahaja. Minuman ice latte yang dipesan itu ditenung lama sebelum dia menghembuskan nafas panjang. Sejak dua menjak ni fikiran dia menjadi serabut. Dia lebih suka bersendiri daripada bertemu dengan sesiapa sekarang ni.

Bunyi notification telefonnya diabaikan lalu dia sambung menyedut ice latte yang dipesannya itu. Sesekali matanya memandang ke arah seorang pasangan suami isteri yang sedang bergurau senda dengan dua orang anak mereka. Perlahan bibirnya mengukir senyuman manis. 'How cute they are' puji Tengku Aydeen dalam hati.

Sekali lagi satu pesanan mesej masuk Tanpa henti membuatkan lamunan lelaki itu terpadam serta merta. Dia meletakkan ice lattenya itu di atas meja lalu menggapai telefon yang membingitkan suasana itu diambil.

♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
Baby you dekat mana
♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
baby mana you?
♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
baby you tak nak jumpa i ke?
♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
Baby i dekat ofis you ni!!
♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
Baby please reply chat i now

Mesej daripada wanita itu tidak dihiraukan sebaliknya dia kembali mematikan telefon miliknya itu lalu terus bangun dari kerusi cafe itu. Dia ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran sebelum pergi dari situ.

"Eh Tengku Aydeen?" Tegur satu suara dari arah belakang membuatkan lelaki itu automatik memusingkan kepalanya ke arah punca suara itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Dingin sahaja suara lelaki apabila melihat sosok tubuh seorang lelaki yang dikenalinya itu berdiri betul betul ditepinya.

"Ini cafe adik i. Sebab tu i datang sini. You pulak lepak ke dekat sini?" Soal Andy ramah sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat mesra dengan lelaki itu. Tengku Aydeen terdiam sejenak sebelum lambat laun dia menyambut huluran tangan tersebut.

"Pasal kes tu? Dhaniyah dah okay ke sekarang?" Soal Andy membuatkan dshi lelaki itu terus berkerut. Macam mana dia tahu pasal kes tu?

"Eh jangan salah faham. I tahu ni pun dari mulut Dhaniyah sendiri. Dia yang cerita apa jadi lepas i tanya dia kenapa tiba tiba dia terpaksa balik hari tu. Maaf sebab tak dapat datang majlis korang berdua. I pun baru sampai sini" Terang lelaki itu. Dia perasan yang riak wajah lelaki itu sudah berubah pelik sebaik sahaja dia membuka topik hangat ini jadi dia tidak mahu lelaki ini menyalah anggap apa apa terhadapanya. Tengku Aydeen sekadar menganguk sebelum dia terus melangkah pergi dari situ.

"Kirim salam i dekat Dhaniyah. Ada masa insyaallah nanti i datang melawat dia" Sempat lelaki itu berpesan kepada Tengku Aydeen membuatkan langkahnya terhenti seketika sebelum menganguk perlahan.

"Hmm tak peramah betul anak si Tengku Fazir ni. Patut lah tak ramai perempuan dekat dengan dia. Kalau aku jadi perempuan pun aku takut" cebik Andy perlahan sebelum dia melangkah ke arah dapur cafe itu. Maklum lah kalau dah nama pun adik dia yang punya, jadi suka hati mak bapak dia lah nak meneroka dalam cafe ini. Tak ada siapa nak larang betul tak?

              "Eh awalnya you balik? Kerja you semua dah siap ke?" Soal Dhaniyah apabila dia melihat susuk tubuh yang melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Kau order makanan ke?" Soal Tengku Aydeen membuatkan gadis itu laju menangguk. Dia ni dah tahu tanya lagi.

"Dah you yang suruh i order kan? Takkan lah i pulak yang masak semua benda ni dengan peti ais yang kosong tu" sindir wanita itu membuatkan Tengku Aydeen sekadar menganguk faham. Dia terus melangkah ke arah peti aisnya lalu pintu peti dibuka. Haah lah memang kosong. Dia ingat dia sudah topup barangan basah dalam rumah ni.

"Sorry lah aku tak check barang barang dalam rumah ni. Kalau kau nak beli barang kau beli lah. Nanti aku transfer duit" Kata Tengku Aydeen sebelum menutup rapat peti aisnya yang kosong itu. 'rumah sendiri pun boleh tak perasan barang takde' Omel Dhaniyah dalam hati.

"Aku jarang balik sini. Aku stay rumah mommy so barang barang dalam rumah ni memang jarang aku topup" Mendatar sahaja suara lelaki itu membuatkan mata wanita itu terus membulatkan. Seketika dia terasa perit di bahagian kerongkongnya akibat tercekik kentang. Wanita itu terus menyedut air minuman gasnya namun hambar, habis pulak air ni time time aku nak kena sakaratul maut macam ni. Tengku Aydeen sekadar menggelengkan perlahan lalu melangkah ke arah rak cawan di sebelah singki.

Wajah Dhaniyah sudah merah akibat tercekik. Macam tahu tahu pulak aku tengah mengata dia. Tiba tiba segelas cawan berisi air kosong dihulurkan ke arahnya sebelum dia memandang ke arah figura yang memberinya gelas itu.

"Minum lah, karang kau mati jenuh aku nak jawab dengan family kau" Arahnya sebaik sahaja melihat wajah wanita itu yang sudah tidak berupa manusia. Dengan pantas wanita itu menyambut huluran cawan itu lalu meneguk air kosong itu rakus.

Huhhh
Dhaniyah melepaskan nafas lega


"Err you nak sikit tak? Sedap tau burger ni" Soal Dhaniyah kepada lelaki itu namun dia hanya menggeleng perlahan.

"Takpe lah. Aku kenyang lagi. Kau makan je la sampai habis. Kalau aku nak, aku boleh beli sendiri" Tolak Tengku Aydeen kepada tawaran isterinya itu sebelum dia terus melangkah pergi dari ruang dapur itu.

"Nak ke mana?" Soal Dhaniyah

"Aku nak naik bilik aku. Rehat" Balas Tengku Aydeen mendatar membuatkan wanita itu hanya menjulingkan matanya ke atas. Bosannya kehidupan seorang Tengku Aydeen Mikael. Pagi pagi pergi kerja kemudian balik rumah tidur dan esok sambung kerja lagi.

              Tengku Aydeen mengeluh berat. Dia terus rebahkan tubuhnya di atas katil lembut itu. Seketika dia memandang ke arah telefonnya yang asyik berdering. Jangan tanya siapa yang call kalau bukan Melissa. Dia meraup wajahnya kasar. Mahu tak mahu dia akan putuskan hubungan dia bersama wanita itu.

Takkan lah dia nak menjalinkan hubungan dengan wanita lain sedangkan dia ada isteri di rumah? Tak ke namanya bodoh? Walaupun Dhaniyah bukan wanita yang dia cinta tak semestinya dia harus membelakangi wanita itu.

Tok! Tok! Tok
Bunyi ketukan pintu

"Kau nak apa? Aku sibuk" Kata suara garau itu dari dalam bilik.

"You boleh tak tolong i kejap" Pinta Dhaniyah dari luar bilik membuatkan lelaki itu merengus kasar.

"Kau tak faham bahasa melayu ke Dhaniyah? Aku kata aku sibukkan? Jangan ganggu aku boleh tak?" Kali ini nada suara lelaki itu lebih tegas membuatkan wanita itu terdiam.

Sebaik sahaja bunyu ketukkan pintu itu menghilang. Tengku Aydeen terus melepaskan nafas lega. 'Ingatkan tak faham bahasa melayu' sindir lelaki itu dalam hati

Her last happinessWhere stories live. Discover now