SECAWAN air coffee panas dihulurkan kepada wanita yang sedang duduk di atas katil itu. Huluran cawam itu sambut elok oleh Dhaniyah sebelum dia menghulurkan senyuman kecil ke arah suaminya itu.
"Thanks" Ucap Dhaniyah lembut.
"You're welcome, sayang" Balas Tengku Aydeen. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan Dhaniyah. Tangan naik mengusap lembut rambut wanita itu.
"Apa jadi tadi? Kenapa kau takut sangat sampai main main pisau bagai?" Soal Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terdiam.
"Ada orang kacau i. Masa you masuk rumah tu pun i tak sengaja terbaling pisau dekat you. I ingat you orang jahat tu" Terang Dhaniyah perlahan. Menggigil badannya bila teringatkan kejadian tadi.
"Siapa yang kacau kau?" Lembut sahaja nada suara itu bertanya. Dhaniyah hanya menggelengkan kepalanya.
"I tak tahu. Tapi i yakin orang tu memang ada dekat sini. You ingat tak dekat stesen minyak dulu tu. I ada kata ada orang perhatian i kan? I rasa orang yang sama. Aydeen i takut. I takut kalau dia apa apakan i. Sumpah i tak kenal siapa dia. I takut sangat" Dhaniyah memgembalikan cawan yang berisi air coffee itu kembali ke tangan lelaki itu sebelum dia memeluk erat tubuh tegap suaminya.
Tengku Aydeen terus meletakkan cawan itu ke atas meja dan dia terus membalas pelukkan isterinya. Rambut wanita itu diusap perlahan.
"Aku ada, Dhaniyah. Aku sentiasa ada dengan kau. Kau jangan risau. Aku takkan biarkan sesiapa sentuh kau selagi kau dalam jagaan aku. Kau jangan takut" Pujuk Aydeen. Sedaya upaya dia cuba menenangkan wanita itu. Siapa sahaja tak takut kalau dia diekori orang yang tidak dikenali?
"Macam mana kau tahu dia ikut kau?" Soal Tengku Aydeen membuatkan Dhaniyah perlahan melepaskan pelukkan itu.
"Sekejap" Pinta Dhaniyah sebelum dia terus bangun dari katil itu. Dia membuka kotak yang tersorok di dalam almari sebelum diserahkan kepada suaminya itu. Tengku Aydeen mengerutkan dahinya melihat kotak yang berada dihadapannya.
"Bukalah" Kata Dhaniyah. Tanpa membuang masa Tengku Aydeen terus membuka kotak tersebut. Terbeliak matanya melihat isi kandungan yang terdapat di dalam kotak itu.
"Bila?" Soal Tengku Aydeen
"Tadi. Beberapa minit lepas you pergi kerja. Itu yang i takut. And this..." Dhaniyah menghulurkan telefon bimbitnya yang terpapar mesej yang pernah dikirim oleh sebuah nombor tak dikenali.
"Kenapa kau tak cakap dengan aku pasal ni, Dhaniyah?" Soal Tengku Aydeen sebaik sahaja membaca pesanan mesej tersebut.
"I..i tak tahu. I Ingat lelaki tu cuba berani hantar hantar mesej macam tu tapi bila dia siap hantar kotak kotak macam ni. I rasa benda ni bukan main main"
"Yes you were right! Benda ni serius Dhaniyah. Kau tahu dia boleh buat apa apa je pada kau kan? Aku tak rasa dia akan diamkan diri lagi lepas ni. Kita kena ambik tindakan kalau taknak benda ni jadi lagi teruk. Nombor dia ni bagi dekat aku. Aku nak cari siapa penghantar mesej ni" Kata Tengku Aydeen dengan nada yang serius. Kali ini dia tidak main main. Wajahnya juga sudah tegang sebaik sahaja melihat isi kandungan yang terdapat dalam kotak itu.
"No jangan Aydeen please. You tak nampak apa dia tulis ke? Dia sanggup membunuh demi i, Aydeen. Macam mana kalau dia bunuh you? I tak nak hilang you. Please jangan buat benda benda yang bahayakan nyawa you" Rayu Dhaniyah. Kalaulah suaminya ini mati disebabkan nak selamatkannya. Dia mungkin takkan memaafkan dirinya sendiri.
"Jangan nak mengada, Dhaniyah. Nyawa kau lagi penting. Kita tak tahu apa akan jadi lepas ni. Kalau kita diam je, lagi teruk dia buat. Kau ingat kalau aku diam aje kita akan selamat? Selagi aku suami kau dia takkan duduk diam, Dhaniyah. Dia nakkan kau dan aku takkan semudah itu lepaskan kau dekat tangan dia. It will not and will never happen" Tegas Tengku Aydeen dengan nada suara keras.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...