Jenazah Tengku Fazir Selamat dikebumikan di tanah berkuburan islam. Ramai orang turut berduka dengan pemergiaannya oleh kerana lelaki itu banyak berjasa kepada mereka semua dalam segala urusan kerja mahupun peribadi. Tengku Aydeen memandang sayu kubur ayahnya itu. Datin Safiya masih setia disamping Datin Faizurah menemani kawannya membawa jenazah suaminya ke perhentian terakhir hidupnya.
Kubur itu disiram silih berganti oleh beberapa orang terdekat sebelum semua orang beransur pulang. Kini hanya tinggal Datin Faizurah, Datin Safiya, Dato Norman, Luthfan, Kasyaf , Dhaniyah dan juga Tengku Aydeen yang masih setia duduk disamping makan ayahnya.
"Jom kita balik, nanti kita datang lagi" Pujuk Datin Safiya apabila melihat sahabatnya hanya diam memandang ke arah makam suaminya yang berada betul betul dihadapannya. Datin Faizurah menganguk sebelum dia mengikuti langkah Datin Safiya untuk beredar dari tanah perkuburan itu.
"Aydeen, papa dengan mama bawak mommy balik dulu tau. Mama akan cuba pujuk dan tenangkan mommy. Kamu bersabar ya? Papa tahu semua ni tiba tiba tapi papa tahu kamu kuat. Kamu kena redho dengan semua yang telah Allah tentukan untuk kamu. Kalau kamu rasa kamu perlukan bahu seorang ayah untuk kamu bersandar, ingat yang papa sentiasa ada untuk kamu. Papa saya menantu papa macam anak papa sendiri. Kamu jangan lemah semangat macam ni. Ikhlaskan semuanya. Ada hikmah disebalik semua benda yang jadi. Yakin dengan apa yang Allah tuliskan untuk kita. Allah itu sebaik baik perancang. Jangan jadikan semua ujian ni sebagai sebab untuk kita lupa padanya. Ingat pesan papa ni ya?" Ucap Dato Norman sambil mengusap lembut bahu menantunya itu. Besar sungguh dugaan yang melanda lelaki ini. Kehilangan bapanya secara tiba tiba dan tanpa diminta bukanlah suatu perkara yang biasa.
"Terima kasih papa. Aydeen rasa bersyukur dapat mertua yang baik macam mama dan papa. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk Aydeen. Aydeen akan cuba terima semu benda ni dengan hati yang ikhlas. Terima kasih sangat sangat, papa dan mama banyak bantu Aydeen dan mama uruskan jenazah Daddy. Kalau takde korang Aydeen tak mampu nak buat semua ni" Ucap Tengku Aydeen lemah. Dia sedar yang dia tidak keseorangan, banyak bahu yang memberinya semangat dari dia jatuh sehingga dia bangun.
"Papa balik dulu ya? Aydeen kalau ada apa apa nak bagitau atau nak luah. Papa dan mama ada. Kami keluarga kamu juga. Papa pergi dulu ya" Pamit Dato Norman membuatkan lelaki itu menganguk perlahan sebelum tersenyum tawar.
"Dhaniyah, tengok tengokkan suami kamu. Jangan bagi dia rasa sedih. Tolong happykan Aydeen" Pinta Dato Norman kepada anak perempuannya itu. Dia tahu yang satu satunya orang yang boleh membahagiakan lelaki itu adalah Dhaniyah. Belum pernah dia lihat lelaki itu gelak dan tersenyum sebelum ini namun selepas sahaja berkhawin dengsn wanita itu. Hidup Tengku Aydeen berubah 100% jadi dia rasa lebih baik biarkan Dhaniyah yang menceriakan suaminya itu sendiri.
"Syaf, jom" Ajak Dato Norman kepada anak lelakinya itu menbuatkan Kasyaf menganguk perlahan. Dia mendekati tubuh adik iparnya sebelum menepuk bahu lelaki itu lembut.
"Stay strong, bro. Kau jangan terlalu meratapi pemergiaan Daddy kau. Tak tenang dia dekat sana nanti. Ikhlaskan semua benda yang dah jadi dan belajar untuk menerima takdir. Ingatkan Allah memang tak menjanjikan hidup kau sentiasa mudah tapi dua kali Allah berjanji Fa inna ma'al 'usri yusroo, inna ma'al 'usri yusroo. Ertinya maka sesungguhnya dalam kesulitan itu, ada kemudahan. Berfikir baik kepada Allah" Pesan Kasyaf sebelum dia menepuk bahu adik iparnya itu perlahan. Tengku Aydeen hanya menganguk dan tersenyum ke arah abang iparnya itu. Kasyaf membalas senyuman lelaki itu sebelum melangkah pergi mengikuti langkah Dato Norman.
"Aku pun kena balik dulu, Aydeen. Aku harap kau tabah menghadapi semua dugaan ni. Kau kuat Aydeen aku tahu tu. Kau adalah kawan aku yang paling kuat sekali. Kau jangan lemah semangat dan jatuh. Kau kena bangkit, aku sentiasa ada dengan kau, Aydeen. Kau kawan aku dan apa apa jadi kau kena ingat. Aku ada di belakang kau. Allah sayangkan kau dan sebab itu Allah bagi kau ujian macam ni. Aku doakan Arwah Uncle Fazir akan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Aku pergi dulu" Pamit Luthfan.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...