Bab 19

42 2 0
                                    

           DENGAN kuat rambut karat wanita itu ditarik oleh seorang wanita. Wanita itu terjerit kecil sebelum dia memegang kepalanya yang terasa perit akibat rambutnya ditarik tanpa henti.

"Sa..sayang sakit" Adu wanita itu kepada suaminya. Mana datang perempuan gila ni!!

"Ohh tahu pun you sakit? You gelakkan suami i tak sakit pulak hati i? Sekarang you rasakan" Rambut itu ditarik semakin kasar membuat wanita itu sudah hampir menangis.

"Kau buat apa dengan isteri aku?" Marah lelaki itu apabila melihat rambut isterinya itu masih tidak dilepaskan dari genggaman wanita itu.

"You tanya i buat apa dekat isteri you? Tanya lah diri you yang you dah buat apa dekat suami i? Nak ajar orang biadap macam ni aje" Sinis sahaja suara Dhaniyah. Pandangan tajam itu tidak ubah seperti helang yang mencari mangsanya.

"Le..lepaskan Isteri aku..." tergagap gagap lelaki itu apabila melihat wanita dihadannya itu seperti orang gila.

"Mintak maaf pada suami i dulu. Kalau tak memang sampai esok aku tarik rambut karat perempuan ni" Keras sahaja nada suara Dhaniyah membuatkan lelaki itu meneguk liurnya. teragak agak dia mahu meminta maaf kepada lelaki tadi.

"Sa..sayang cepat lah. Sakit rambut i ni" Wanita itu sudah mula mahu menangis. Lelaki itu secara terpaksa terus meminta maaf kepada Tengku Aydeen. Dengan serta merta tubuh wanita tadi ditolak kasar lalu. Tanpa berlengah, dia terus melangkah ke arah Tengku Aydeen yang sudah memandang pelik ke arahnya. Uishh bini aku fighter siott!' pujinya dalam hati

"You ni i suruh ambik ayam je pun. Sampai jadi macam ni pulak dah kenapa. Kalau tahu tadi lebih baik i suruh je you jaga barang dekat troli tu. Suka betul buat kecoh" Bebel Dhaniyah Perlahan. Dia terus membantu lelaki itu untuk bangun dari jatuhnya.

"A..aku mana tahu? Dah aku nak ambik ayam yang besar tadi. Tu yang aku berebut" Kata Tengku Aydeen namun wanita itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan sebelum menumbuknya naik menumbuk bahu sasa lelaki itu.

"Dah tak payah ambik ayam lagi. Biar i je yang pilihkan. Karang ayam tu pulak yang you ajak gaduh" Bebel Dhaniyah sebelum dia menarik tangan lelaki itu untuk pergi dari situ. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut ke arah sepasang suami isteri tadi.

"Jangan lupa belikan tudung untuk isteri you. I takut i tak sengaja tercabut rambut karat dia tu sekali masa tarik rambut dia. Tak pasal pasal botak tepi isteri you tu" Sempat wanita itu menyindir dua orang pasangan suami isteri itu.

"Sayang rambut i botak ke?" Jerit wanita itu kepada suaminya. laju lelaki itu menggelengkan kepala sebaik sahaja mendengar soalan dari isterinya itu yang dah macam hantu kena paku. Wanita itu meraba raba belakang kepalanya dengan wajah yang berubah risau. Risau kalau rambutnya botak

"Tidak sayang. Okay je" Pujuk lelaki itu. Aksi dua orang itu mengundang gelak tawa dari orang ramai.

"Dah eh? Aku dah belikan semua barang dapur untuk sebulan. Kau jangan cakap yang barang barang tak cukup pulak" Kata Tengku Aydeen sebelum mengerling ke arah isterinya yang sibuk mengunyah waffle yang dibelinya tadi. Tak pasal pasal dia kene bayar saman 500 ringgit semata mata nak belikan Waffle yang yang berharga tak sampai 10ringgit itu.

*flasback*

"You belikan i waffle dekat kedai dessert hujung sana" Kata Dhaniyah kepada lelaki itu. Lelaki itu memandang ke arah kedai yang ditunjukkan oleh isterinya sebelum dia terus mengeluh berat.

"Kat situ susah lah nak cari parking. Cari makanan lain lah"Pujuk lelaki itu. Bukannya tak nak beli tapi dekat situ nak parking macam nak cari minyak. Susah betul nak cari kosong. Kalau ada pun kene berebut dulu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now