"TERIMA KASIH Andy,. Kalau kau tak hantar aku balik rasanya mesti aku stay je dekat bas stop tu. Terima kasih jugak sebab tolong aku singgah belikan bubur ni" Ucap Tengku Aydeen sebelum mengukir senyuman tipis. Mereka telah sampai di hadapan rumah Tengku Aydeen. Tak sangak lelaki ini sudi menolongnya. Ya dia mungkin benci sedikit kepada lelaki itu kerana terlalu mesra dengan isterinya tapi memandangkan lelaki ini telah menolongnya. Mungkin dia patut mula buang perasaan itu.
"Hal kecik je lah. Kau balik lah jumpa isteri kau. Dia mesti tunggu kau dekat rumah" Kata Andy sebelum melemparkan senyuman manis kepada lelaki itu.
"Kejap. Nanti duit aku transfer dekat kau. Kau bagi nombor telefon kau" Pinta Tengku Aydeen namun lelaki itu sekadar menggeleng perlahan.
"Tak payah, Aydeen. Aku ikhlas. Simpan je duit kau lagipun duit minyak tak mahal mana. Masuk lah jumpa isteri kau" Andy menolak tawaran itu. Lagipun dia memang ikhlas tolong lelaki itu. Dia rasa bersalah dengan apa yang telah dia buat dahulu.
"Terima kasih bro. Sorry kalau selama ni aku layan kau kasar. Aku cuma..."
"Cenburu?" Potong Andy menbuatkan lelaki itu sekadar terdiam. Andy sekadar tergelak kecil.
"Aku takkan ambik pun isteri kau, Aydeen. Kau jangan risau lah. I already have someone who i really love in my life. Dhaniyah is just my friend nothing more. Don't think that I will try to take your wife away from you. I know she is yours, Aydeen. Aku mintak maaf kalau hari tu aku dah buat kau jealous tengok aku mesra dengan dia. Lepas ni aku akan cuba hormat dia sebagai isteri kau" Jelas Andy. Tak mahu lelaki ini salah sangka dengan ke akrapan dia dan Dhaniyah. Dia pun takde niat nak pecah belahkan rumah tangga orang.
"Thank you, Andy" Ucap Tengku Aydeen sekali lagi. Nampaknya dia sudah salah anggap sebelum ini. Andy bukan berniat apa apa yang jahat. Mungkin dia rapat begitu memang sebab kawan. Tak lebih.
PONNNN
Bunyi hon kereta dari arah belakang menyentakkan mereka. Dua kepala itu terus menoleh ke arah kereta putih yang berada di belakang itu. Tengku Aydeen memerhati sosok tubuh yang berada di dalam kereta tersebut. Kasyaf?
Pintu kereta dibuka sebelum dua sosok tubuh terus melangkah keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Tengku Aydeen dan Andy yang masih berada di dalam kereta itu.
"Kenapa ni?" Soal Tengku Aydeen apabila melihat wajah cuak Kasyaf itu.
"Aydeen kau pergi mana" Soal Kasyaf dengan nada cemas. Tengku Aydeen sekadar mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Kenapa datang rumah aku lewat pagi macam ni?
"Tak yang sekarang kau datang rumah aku pagi pagi ni dah kenapa? Tak boleh tunggu esok ke?" Soal Tengku Aydeen dengan nada yang penuh tanda tanya. Nak rompak ke? Tapi kalau rompak kenapa depan depan? Oh mungkin nak mintak izin dulu takit berdosa.
"Aku call kau tak dapat. Mesej tak reply. Kau kemana Aydeen?" Soal Kasyaf lagi.
"Tak sekarang ni kenapa ni? Aku tadi keluar kejap beli makanan untuk Dhaniyah and aku... lupakan je lah. Kenapa ni?" Kata Tengku Aydeen dengan nada penuh kebimbangan apabila dia melihat abang iparnya itu yang sudah tercungap cungap.
"Isteri kau, Aydeen. Dhaniyah accident" Kata Kasyaf membuatkan mata lelaki itu serta merta terbeliak besar.
"A..apa kau cakap ni? Dhaniyah ada dekat dalam kan?" Soal Tengku Aydeen tidak percaya. Tak mungkin isterinya itu kemalangan. Dia sudah pesan kepada wanita itu untuk duduk diam diam dirumah.
"Aku tak tipu, Aydeen. Cari Dhaniyah kat dalam kalau ada. Aku datang cari kau sebab nak bagitau kau pasal tu lah. Cepat kita ke hospital sekarang!" Tegas Kasyaf membuatkan lelaki itu terus menganguk laju.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...