TELEFON milik wanita itu berdering kuat. Terus sahaja terbuka luas mata Andrea yang hampir terlelap itu. Dia terus menepuk tangannya kuat.
"Makanan dah sampai!!" Jerit wanita itu. Lutfiya hanya menjeling matanya ke arah kawan baiknya itu. Kalau pasal makan laju aje. Tadi macam nampak dah tidur.
"Angkat lah, Fiya. I dmtak sabar nak makan. I lapar dah ni. Berbunyi dari tadi" Adu wanita itu sambil menggosok lembut perutnya yang kelaparan itu.
"Ye nak angkat lah ni" Balas Lutfiya sebaik sahaja melihat wanita itu yang sudah menderita kelaparan. Tak sanggup pulak dia nak biar wanita itu mati. Kalau nak mati Sekalipun jangan didepan dia. Nanti dia menangis.
Dengan pantas butang hijau digeserkan kekanan untuk menjawab panggil telefon tersebut. Dia memberi isyarat untuk senyap kepada Andrea semasa dia sedang memulakan panggilan telefon itu. Andrea menganguk faham, dia setia menunggu dengan sabar walaupun perut dia yang sudah tak reti sabar.
"Hello, saya nak hantar pesanan makanan la untuk cik emare...."
"Emerlyna..E-M-E-R..Emer...L-Y-N-A..lyna Emerlyna.." Potong Lutfiya apabila mendengar lelaki itu sudah tergagap gagap menyebut namanya. Dapat didengar lelaki itu sekadar berkata 'ohh' dari dalam telefon.
"Apa yang ohh? Susah ke nak sebut?" Soal Lutfiya
"Eh tak cik, er sorry lah ye. Silap saya. Ni saya dah sampai dekat emm tempat kerja cik rasanye. Cik tak nak ambik makanan cik ni ke?" Soal Suara garau dari dalam telefon itu membuatkan wanita itu mengerutkan dahinya. Lah kalau aku tak nak ambik makan, buat apa aku order?
"I nak ambik lah ni. You tunggu sekejap. I turun bawah sekarang. Jangan pergi mana mama" sempat dia berpesan kepda lelaki itu. Takut pula lama menunggu, dia pusing satu kampung kejap.
"Ye ye. Cik cepat lah turun. Jangan lambat"
"Eh kejap you naik moto aa.." belum sempat dia ingin bertanyakan soalan itu. Panggilan itu terus dimatikan. Tak guna! Macam tu je dia matikan panggilan. 'Langsung takde respect time orang nak bercakap. Siap dia kalau aku turun memang aku ceramahkan dia!' Kata wanita itu dalam hati. Dah lah tu main tutup je. Kalau ye pun cakap lah ayat ayat best sikit 'saya tunggu cik dekat bawah. Jalan hati hati ya' hah kan boleh. Benci betullah orang hantar makanan zaman sekarang. Kita pulak nak kena faham perasaan dia.
"Kenapa ni? You nampak macam takde mood je?" Soal Andrea apabila kawannya itu sudah berubah mood sebaik sahaja selesai mambuat panggilan telefon itu.
"Si driver ni lah. Orang tengah cakap ada ke dia pergi off? Geram tahu tak. Tunggu i jumpa dia dekat bawah nanti" Kata Lutfiya dengan mata yang berapi api. Dia memang pantang kalau orang suks memotong bila orang nak cakap. Andrea sekadar mengeluh perlahan. Kawannya itu memang sensitif bab macam tu. Nasib lah driver tu hari ni sebab dapat pelanggan macam Lutfiya. Tadah lah telinga dengar dia membebel.
"Dhaniyah i ikut sekali eh?" kata Andrea apabila dia terfikir untuk melihat drama menarik itu nanti. Habis lah
Andy bersandar elok pada moto besarnya itu. Bungkusan makanan itu masib tersangkut elok pada motornya. Sementara menunggu, dia membuka apps tiktoknya. Saja nak tengok fyp apa hari ni yang lalu. Karang takde lah orang cakap tertinggal bas. Lagipun bukannya ada benda nak buat? Daripada duduk termenung, lebih baik tengok isu semasa dunia.
Sedang dia sibuk mengalih alih video. Satu video membuatkan dia menumpukan mata pada screen telefon tersebut.
@lutfyaaa_woahh
Dapat dilihat video bekas teman wanitanya itu yang terpapar di screen telefonnya. Bibirnya perlahan mengukir senyuman tipis. Dia tak tahu macam mana video wanita itu boleh lalu di fypnya. Mungkin sebab wanita itu merupakan seorang yang agak famous juga. Siapa yang tak kenal dengan Lutfiya? Model terkenal dekat Asia. Sampai dekat negara eropah pun orang kenal. Tengok aje lah sendiri. Baru beberapa jam lepas dia hantar video semasa di studio. Sudah 2M likes. Gile tak glamorous!!
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...