Bab 30

57 1 0
                                    

"OH jadi nama awak Kevin? Saya Rihana" Kata budak perempuan itu sebelum menghulurkan tangannya sebagai tanda berkenalan. Semua kanak kanak disitu terus melangkah ke arah mereka berdua.

"Saya Ariq, selamat berkenalan" Ucap Ariq membuatkan Kevin hanya tersenyum manis ke arah mereka.

"Tengoklah tu. Ramai je nak kawan dengan Kevin tapi tu lah, Kevin tu macam tak suka berkawan dulu" Kata puan Hamidah apabila melihat semua kanak kanak itu mula berkenalan dengan budak lelaki itu. Tengku Aydeen sekadar tersenyum sebelum memandang ke arah kanak kanak itu.

"Mana kak Mid jumpa Kevin?" Soal Tengku Aydeen.

"Saya jumpa dia masa dia tengah curi makanan dekat kedai makan dulu. Teruk dia kena pukul dulu tapi saya dah bayar makanan yang dia ambik dan mintak dorang lepaskan, Kevin. Saya pun buat keputusan untuk bawa Kevin balik bila dapat tahu budak tu tak ada tempat tinggal. Dia merayau rayau setiap hari cari makan" Balas puan Hamidah membuatkan Tengkub Aydeen sekadar menganguk faham.

"I think i should go back home now. Dah pukul 6.00 petang dah ni. Tadi saya dah ronda ronda dekat sini and pasal nak baik pulih tempat ni. Saya akan bincang dengan daddy. Kalau ada apa apa masalah Akak call saya atau Daddy" Kata Tengku Aydeen membuatkan Puan Hamidah menganguk faham sebelum tersenyum ke arah lelaki muda itu.

"Alhamdulilah, murah rezeki Tengku sekeluarga sebab sudi bantu saya sedikit sebanyak untuk tempat ni. Kalau dulu Tengku Fazir tak tolong kami, agaknya tempat ni dah ditutup. Apa lah nasib anak anak dekat sini nanti" Kata Puan Hamidah sebelum memandang ke arah semua kanak kanak yang sedang sibuk bermain bersama dengan Lutfhan.

"Insyaallah, syarikat kami belum muflis lagi untuk stop bagi sumbangan dekat rumah ni. Selagi mampu saya akan tolong dorang semua. Budak budak dekat sini semua kuat, saya kagum" Puji Tengku Aydeen membuatkan wanita itu mengangkat keningnya.

"Maksud Tengku?" Soal Puan Hamidah sebelum memandang ke arah lelaki disebelahnya itu. Perlahan Tengku Aydeen menghembuskan nafas kecil. Dia memandang ke arah semua kanak kanak itu sebelum bibirnya mengukir sebuah senyuman manis.

"although each of them had a difficult life before, they were always smiling and laughing. They seem to have no problems in their live. If I were in their place, I wouldn't necessarily be able to be this strong at such a young age" Luah Tengku Aydeen. Dia tidak pernah melihat kanak kanak disini bersedih walaupun mereka semua datang dari tempat yang penuh dengan cabaran. Sebaliknya mereka semua lebih gemar bermain dan tersenyum.

"Betul sangat cakap Tengku. Jarang budak budak dekat sini cerita masalah hidup mereka dengan saya. Dorang semua lebih banyak bermain" Balas Puan Hamidah

"Sebab tu dorang semua tak nampak sedih. Dorang tak bukak cerita silam dorang supaya dorang boleh lupa apa yang dah jadi. Every children deserve what they deserve, happiness, love and protection from us. So as an adult, we should be a human and take care of them like how you were raised" Panjang lebar Tengku Aydeen berkata sebelum dia terus melangkah ke arah Luthfan.

"Jom, kita kene balik" Kata Tengku Aydeen membuatkan Luthfan sudah membuat mimik muka menyampah.

"Aduhh, tak habis main lagi ni" Adu Luthfan kepada lelaki itu membuatkan semua kanak kanak disitu menganguk laju.

"Uncle kena lah balik. Nanti kerja Uncle siapa nak buat" Pujuk Tengku Aydeen apabila melihat Raihana sudah membuat muka masamnya.

"Ye lah tapi Uncle Aydeen dan Uncle Luthfan kena janji untuk datang sini lagi ya?" Kata Raihana sebelum menghulurkan jari kelingkingnya kepada Tengku Aydeen. Lelaki itu tersenyum sebelum mengeluarkan jari kelingkingnya lalu dihulurkan kepada budak perempuan itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now