Bab 10

58 2 2
                                    

               BILIK 101 itu dipandang lama sebelum wanita itu sebelum dia memulas tombol pintu bilik tersebut. Dato Norman menyewa tiga bilik di resort sri damai itu oleh kerana dia memiliki 2 orang anak manakala Tengku Fazir hanya menyewa dua bilik sahaja dan kebetulan biliknya bersebelahan dengan bilik Tengku Aydeen. Dhaniyah melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan membawa semua bagasinya ke dalam. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil gebu itu.

"Uishh seronoknyaaa. Tak nak bangun la macam ni" Dhaniyah sudah berguling guling di atas katil lembut itu. Biliknya ini agak luas dan besar. Katil pun dapat size king. Mana tak syoknya. Tudung dibuka membuatkan rambut coklatnya kelihatan. Tudung itu diletakkan di atas penyangkut dan dia masuk ke bilik air untuk memberus giginya.

Bunyi notification telefon mengejutkannya. Dengan pantas wanita itu terus menggapai telefon bimbitnya itu. Pesanan mesej itu dibaca.

𝙰𝚗𝚍𝚢♫
Kau dah sampai ke, Niyah?

Mesej itu dipandang sekilas sebelum dia menaip sesuatu di telefonnya itu. Berus gigi masih kekal di dalam mulutnya kerana dia masih belum siap memberus giginya.

𝙳𝚑𝚊𝚗𝚒𝚢𝚊𝚑: 𝙰𝚔𝚞 𝚍𝚊𝚑 𝚜𝚊𝚖𝚙𝚊𝚒 𝚍𝚊𝚑. 𝙰𝚔𝚞 𝚍𝚎𝚔𝚊𝚝 𝚛𝚎𝚜𝚘𝚛𝚝 𝚗𝚒. 𝙽𝚊𝚗𝚝𝚒 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚓𝚞𝚖𝚙𝚊

Balas Dhaniyah sebelum dia terus meletakkan telefonnya itu ketepi dan sambung memberus giginya. Selesai memberus gigi, wanita itu melabuhkan punggungnya di atas katil. Macam biasa, dia akan up story atas feri itu tadi di Instagramnya. Dengan serta merta wajahnya berubah masak apabila signal internet tidak kelihatan. 'Hah sudah? Takkan takde internet kot. Mati lah aku macam ni' Kata Dhaniyah dalam hati. Dia mencampakkan phonenye ketepi dan terus merebahkan dirinya di atas katil.

TOK!! TOKK!! TOK!!
          Bunyi ketukan kuat pintu itu menggangu tidur Dhaniyah. Dia merengus perlahan sebelum wanita itu terus bangun dari katil. 'Siapa yang berani kacau dia tengah syok khawin dalam mimpi ni. Potong line betul lah' Marah Dhaniyah dalam hati.

Dhaniyah menggapai tudung sarung di dalam bagasinya sebelum disarungkan dikepala. Dia memang akan sentiasa membawa tudung sarung kalau waktu waktu begini. Dapat memudahkan kerjanya, tak payah nak lilit sana sini dan pin sana sini. Dhaniyah terus melangkah ke arah pintu sebelum dia membuka pintu biliknya.

"Berani you kacau i tengah bersanding dengan Lee min ho? You ingat you siapa?" Marah Dhaniyah namun matanya terbeliak sebaik sahaja dia melihat tubuh lelaki di hadapannya itu yang hanya berseluar pendek paras lutut tanpa baju.
GASPPP!! Ada enam roti!!

Dia menepuk pipinya apabila tersedar yang dia sempat mengira bilangan six pack lelaki itu. Dia cepat cepat menutup matanya membuatkan lelaki itu hanya memandang hairan.

"Kau dah kenapa nak tutup tutup mata pulak? Beracah lah kau. Kau ingat aku tak tau ke yang kau dah selalu usya abs lelaki lelaki korea kau tu? Pandai berlakon. Aku bagi 10 bintang untuk lakonan hebat kau" Sindir Tengku Aydeen mendatar. Macam lah dia tak tahu. Dekat feri tadi mata sibuk dok usya video video sexy abe korea dia tu dekat tiktok. Kalau tunjuk Dato Norman pun bagus ni.

"Shut up lah men. Ni you buat apa tayang tayang badan you depan bilik i? You ingat free show ke?" Soal Dhaniyah apabila melihat tubuh lelaki itu yang basah kuyup.

"Aku mandi kolam tadi. Semua dekat sana ada tapi kau je takde. Uncle kata mungkin kau dah tidur dan tepat sekali tekaan dia. Lepas ni kita nak keluar dah so uncle mintak aku ketuk pintu untuk kejut kau bangun. Cepat lah siap sebab pukul 8.30 kita dah nak keluar" Pesan Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus menepuk dahinya. Dia memandang jam di tangannya yang kini menandakan tepat pukul 6.41 petang. Ya Allah tak perasan masa berjalan.

"Hah ye lah ye lah. Terima kasih kejutkan. i nak bersiap kejap. You pun pergi lah siap siap. Dok tayang badan kat sini buat apa. Roti dah lah ada enam je" Kata Dhaniyah

"Oh sempat kau usya eh? Gatal jugak kau ni" Ejek lelaki itu membuatkan wajah Dhaniyah automatik berubah merah.

"Diam!! I nak siap" Garang suara Dhaniyah sebelum..

BUSHHHH!!
Pintu ditutup rapat membuatkan Tengku Aydeen terpinga pinga sebelum dia terus melangkah pergi masuk ke biliknya.

            Blouse hitam yang dipadankan kain putih itu disarungkan ke tubuh Lansing itu. Dikenakan dengan tudung bewarna putih dan topi hitam membuatkan Dhaniyah kelihatan lebih menawan. Oleh kerana wana kulitnya yang putih, dia kelihatan cantik apabila memakai tudung bewarna putih itu tanpa sebarangan foundation. Beg tangan dicapai lalu telefon dan dompetnya dimasukkan ke dalam beg tangannya itu. Setelah berpuas hati, Gadis itu terus melangkah keluar dari biliknya. Pintu dikunci sebelum matanya tertumpu ke arah jejaka tinggi disebelahnya itu.

Kemeja hitam beserta seluar baggy putih dirasungkan di tebuh tegap itu. Terlopong mulut Dhaniyah melihat pakaian terlekat pada tubuh sasa lelaki itu sebelum perlahan Tengku Aydeen memandang ke arah gadis di sebelahnya itu.

"Kau dah kenapa tengok aku macam nampak hantu?" Soal Tengku Aydeen apabila melihat wanita itu sudah melopong memandang ke arahnya. Dia lupa sesuatu ke?

"Kenapa you tiru i" Marah Dhaniyah membuatkan Tengku Aydeen hanya mengerutkan keningnya. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal dan melihat apa benda yang cuba disampaikan oleh gadis itu sebelum dia menangkap sesuatu. 'Oh patutlah'

"Ohh you stalk i eh pakai baju warna apa. Berani you matching baju dengan i" Dhaniyah sudah memandang tajam ke arah lelaki itu namun hanya pandangan kosong yang diberikan kepada gadis disebelahnya itu sebelum dia terus menetup rapat pintu biliknya.

"Mana lah nak tau yang kau nak pakai outfit hitam putih jugak. Bukan aku sengaja nak matching dengan kau" Balas Tengku Aydeen. Dia terus melangkah pergi meninggalkan gadis itu. Dhaniyah sudah merengus geram lalu terus mengikuti langkah lelaki itu ke lobby. Dia memandang lelaki itu atas bawah. Jelas menunjukkan pandangan tidak berpuas hati.

"Boleh tak jalan jauh sikit. Kang terpijak kaki marah pulak" Arah Tengku Aydeen kepada wanita itu apabila wanita itu semakin rapat mengikuti langkahnya.

"Diam lah, kalau i tahu you nak pakai warna hitam tadi takdenye i nak pakai baju ni. Salah you sebab tak cakap awal awal" Kata Dhaniyah membuatkan lelaki itu hanya diam. Malas nak melayan perempuan macam ni.

"Suka hati kau lah" Balasnya selamba sebelum dia berhenti langkahnya sebaik melihat sosok tubuh Datin Faizurah dihadapan.

"Aydeen, dah siap?" Soal Datin Faizurah kepada anak lelakinya itu. Lelaki itu hanya menangguk sebelum pandangannya beralih kepada susuk tubuh yang berada disebelah anak lelakinya itu.

"Alamak, dah plan ke macam mana ni?" Sakat Datin Faizurah apabila melihat pakaian anak lelakinya itu dan Dhaniyah matching bersama. Dhaniyah hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal manakala Tengku Aydeen hanya menayang wajah tak berperasaan. Matching baju je bukan perasaan.

"Tersama Aunty, Dhaniyah pun tak perasan" Akuinya jujur. Mana lah dia tahu lelaki ini jugak peminat black and white. Kalau dia tahu, baik dia pakai baju black pink je terus. Terus menari lagi LOVE SICK GIRL je atas bonet kereta.

"Lain kali kalau nak matching cakap. Aku carikan warna lawa sikit. Takde lah kite jadi nyamuk macam ni" Kata Tengku Aydeen mendatar menbuatkan mata wanita itu membulat. Perasannya!!!

"Eh tak hingin lah" Marah Dhaniyah

Her last happinessWhere stories live. Discover now