Bab 12

45 1 0
                                    

             "Papa, ni kawan Dhaniyah. Nama dia Andy. Dia tinggal dekat Langkawi so bila Dhaniyah inform kat dia yang kita holiday dekat sini. Dia terus datang" Dato Norman hanya memandang ke arah lelaki itu sebelum melemparkan senyuman kepadanya. Andy menghulurkan tangannya untuk berjabat mesra dengan Dato Norman.

"Asalamualaikum, Uncle. Saya Andy, kawan kepada Dhaniyah. Kami dulu belajar sama kolej. Tu yang jadi member rapat. Harap Dato tak keberatan kalau saya dengan Niyah jumpa" Kata Andy

"Andy memang lahir dekat sini and dia dah biasa dekat sini. Jadi kalau nak cari tempat tempa yang best atau tempat makan sedap dekat dekat sini. Korang boleh tanya je dekat dia. Dhaniyah suruh dua tolong jadi GPS kita. Dia okay je" Terang Dhaniyah membuatkan mereka semua hanya menganguk faham

"So sekarang ni kita patut pergi mana? Dah penat dah pusing pusing dalam tu tengok lampu" Soal Tengku Fazir. Dia pun bukannya larat berjalan jauh jauh ni. Kalau masa masa muda dulu boleh lagi. Nak panjat gunung kinabalu pun on. Ceh berlagak pulak.

"Kalau semua dah penat. Kita boleh je duduk lepak lepak dekat pantai cenang. Dekat sana ada jual makan makan jugak, boleh lepak lepak tepi laut. Best wooo" cadang Andy kepada mereka semua apabila melihat semua wajah itu sudah keletihan akibat berjalan jalan di Dream forest selama hampir 1 jam. Mereka semua memandang satu sama lain sebelum bersetuju dengan ajakan lelaki itu.

"Boleh jugak, Uncle tiba tiba rasa lapar lepas lama berjalan. Jom lah awak kita pergi beli makanan apa ade dekat sana sambil tengok view laut" Ajak Dato Norman kepada isterinya.

"Saya ikut je, abang kemana saya follow. Lagipun abang kan yang bawak kereta. Boleh je kalau abang nak kasi kunci kereta tu pada saya" Balas Datin Safiya membuatkan Dhaniyah dan Kasyaf serentak menggelengkan kepala mereka laju. Mereka sudah bertaubat lepas naik kereta yang dipandu oleh Ibunya itu 3 tahun lepas yang nyaris nyaris masuk gaung. Nasib baik sempat tekan brek. Datin Safiya sudah menjeling ke arah dua orang anaknya itu.

"Eh adik, tengok tu ada bintang lah. Cantiknya" Kata Kasyaf sebelum menunjukkan ke arah bintang di langit itu bagi mengalihkan padangannya daripada bertemu dengan padangan tajam ibundanya itu.

"Mana? Haah cantik lah bintang tu" Balas Dhaniyah yang sudah faham dengan tektik abangnya itu. Dia pun tidak berani menatap wajah mamanya itu kalau sudah bertukar menjadi nenek lampir.

Mereka tiba di pantai lalu semua orang sudah berpecah ke haluan masing masing membeli makanan yang mereka lihat menarik. Tengku Aydeen sekadar duduk di bangku batu itu sebelum dia melihat mesej yang masuk itu.

♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
Baby i rindu dekat you lah. Bila you nak balik sini?

Perlahan Tengku Aydeen menghembuskan nafas beratnya

𝙰𝚢𝚍𝚎𝚎𝚗: 𝙽𝚊𝚗𝚝𝚒 𝚒 𝚋𝚊𝚕𝚒𝚔 𝚕𝚊𝚑. 𝚢𝚘𝚞 𝚜𝚊𝚋𝚊𝚛 𝚕𝚊𝚑 𝚔𝚎𝚓𝚊𝚙

Telefon itu terus dimatikan sebaik sahaja dia melihat figura dua orang melangkah ke arahnya.

"You nak air? Tadi i beli dengan Andy. You tak tengok sekali ke makanan dekat sana?" Soal Dhaniyah namun lelaki itu hanya menggeleng.

"It's okay, aku tak lapar. And thanks" huluran air itu dicapai sebelum dia menyedut air kopi ais yang dibeli wanita itu.

"I tak tau you suka coffee yang mana sebab banyak sangat pilihan. So i ambik je lah mana yang i rasa nampak menarik" Kata Dhaniyah sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu tapi masih ada jarak.

"Eh takpe lah. Kau belikan pun dah okay dah" Kata Tengku Aydeen sebelum dia kembali memandang ke arah telefonnya itu

♥︎𝙼𝚎𝚕𝚒𝚜𝚜𝚊♥︎
Lamanya baby. I rindu lah dekat you macam ni

Her last happinessWhere stories live. Discover now