JAM menunjukkan tepat pukul 4.30 petang namun mereka masih tak dapat menghubungi Tengku Aydeen. Datin Faizurah sudah memicit dahinya apabila anak tunggalnya itu tidak mengangkat telefon.
"Kalau macam ni better kita pergi cari dia dekat rumah. Mana tahu dia balik sana nanti" Celah Kasyaf membuatkan semua mata memandang tepat ke arahnya.
"Ye tak ye jugak. Mana tahu dia baru balik rumah lepas keluar tadi. Maybe dia pun tengah cari Dhaniyah dekat rumah" Kata Dato Norman. Dia juga bersetuju dengan cadangan anak lelakinya itu. Memandangkan dengan cara menghubunginya juga tak jalan.
"Aku ikut kau" Celah Luthfan membuatkan lelaki itu sekadar menganguk. Mereka melangkah keluar dari arah wad itu.
SEBUAH kereta hitam memecut laju di jalan highway besar itu. Tengku Aydeen hanya diam membisu di tempat duduk penumpang. Keadaan di dalam kereta itu sangat sunyi. Hanya jelas bunyi penghawa dingin yang yang mencelah disebalik kesunyian tersebut.
"Macam mana kau boleh ada dengan sana tadi? Kau sorang je ke?" Soal Andy memecahkan kesunyian tersebut. Dia memandang ke arah Tengku Aydeen yang hanya merenung ke luar tingkap itu.
"Aku keluar belikan makan untuk Dhaniyah..lepas tu.." Andy disebelah masih setia menunggu jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu namun hambar apabila lelaki itu sekadar menggeleng.
"Aku tak ingat" Balas suara garau itu perlahan.
"Macam tu pun boleh ke? Suka hati kau lah. Aku tak nak paksa" Balas Andy faham.
"Andy kau boleh tak singgah kedai depan tu. Aku nak beli bubur kejap. Nanti duit minyak aku tambah lebih sikit" Kata Tengku Aydeen apabila dia mula teringat yang dia masih belum beli makanan yang isterinya itu idamkan. Mesti Dhaniyah dah tunggu lama.
"Kejap eh" Andy terus memusingkan stereng keretanya ke kanan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan dimana sebuah kedai bubur terletak elok di tepi jalan itu. Memandangkan kedai itu buka sehingga pukul 6 pagi jadi masih sempat untuk dia belikan semangkuk bubur bagi melepaskan ngidam isterinya itu.
DHANIYAH duduk di atas penjuru katil sampai mengusap lembut perutnya yang sudah kempis itu. Air matanya perlahan mengalir sebaik sahaja dia mengetahui yang dia sudah kehilangan anak di dalam kandungan itu.
"Ya Allah baru sekejap kamu singgah dalam rahim mama, sayang. Kenapa kamu tinggalkan mama" Kata Dhaniyah dengan esakan.
"Mama? Kenapa mama sedih ni" Celah suara seseorang membuatkan dengan pantas Dhaniyah menoleh ke arah belakang apabila tubuhnya terasa seakan dipegang oleh seseorang.
"A...awak siapa?" Tergagap gagap Dhaniyah berkata sebaik sahaja melihat seorang budak perempuan yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Mata hazel yang cukup dikenalinya. Lesung pipit manis yang diwarisi dari Tengku Aydeen.
"Mama tak kenal anak mama ke? Saya anak mama lah. Mana papa mama?" Soal budak perempuan itu membuatkan Dhaniyah terus mengalirkan air mata.
"Mama jangan lah menangis. Saya tak suka tengok mama sedih. Nanti saya sedih jugak" Pujuk budak perempuan itu lalu memeluk erat tubuh wanita yang sedang elok duduk di atas katil itu.
"Kenapa kamu tinggalkan mama sayang. Mama sedih sangat bila tahu yang kamu dah takda. Jangan tinggalkan mama please" Rayu Dhaniyah. Budak itu hanya memandang sayu ke arah wajah sayu itu sebelum perlahan tangannya naik mengesat lembut air mata ibunya itu.
"Jangan menangis. Allah dah jagakan saya dekat syurga mama. Mama kena kuat tau. Saya tunggu mama dan papa dekat syurga nanti. Saya nak ajak mama tengok taman bunga yang cantik cantik dekat sana. Mama suka kan?" Kata budak perempuan itu menbuatkan Dhaniyah menganguk laju.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...