Bab 43

53 1 0
                                    

            TENGKU AYDEEN masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja dia selesai membeli bubur yang diidamkan isterinya itu. Dia cuba menghidupkan enjin kereta namun hambar apabila tiada tindak balas yang kereta itu akan hidup. Dia mengeluh perlahan sebelum terus menbuka pintu keretanya. Dia melangkah keluar untuk melihat masalah pada bahagian hadapan.

Bonet kereta depan dibuka untuk memeriksa punca yang membuatkan enjin keretanya tidak boleh hidup. Sedang dia menilik keadaan kereta itu. Dia terdengar bunyi tapak kaki melangkah ke arahnya.

"Looking for this?" Soal suara garau itu menbuatkan Tengku Aydeen menoleh laju ke belakang. Dapat dilihat sosok tubuh seseorang yang memakai jaket hitam beserta mask yang menutup wajahnya. Sukar untuk sia mengecam siapa disebalik topeng itu. Lelaki itu menunjukkan satu spark plug kereta ke arah Tengku Aydeen.

"Kau cabut?" Soal Tengku Aydeen. Dia mengetap rahangnya kuat apabila lelaki itu sekadar tergelak kecil.

"Seronok dapat usik kau. Tapi sorry, sekarang aku rasa benda ni tak penting. So tak payah lah main benda ni" Lelaki itu terus mencampakkan sprak plug itu masuk ke dalam longkang.

"Kau nak apa sebenarnya ni" Dingin sahaja nada suara Tengku Aydeen. Rahangnya diketap kuat. Ringan saja dia ingin melepaskan menumpuknya tepat ke arah wajah lelaki itu.

"Aku nak apa? Saje nak main main dengan kau. Aku dah lama tak gurau gurau dengan orang macam ni. Kau jangan lah ambik serius sangat bro. Tak best game kita nanti" Sengaja lelaki itu ingin mengapi apikan keadaan. Suka dia melihat wajah tegang lelaki itu.

"Kau jangan buang masa aku. Aku nak balik. Isteri aku tunggu aku dekat rumah" Keras sahaja nada suara lelaki itu seakan memberi amaran. Namun sedikit pun tidak membuat lelaki dihadapannya itu kecut perut.

"Isteri? Oh isteri kau dekat rumah tu ke? Aku ada bagi dia tetamu special tadi. Harap isteri kau suka lah ye"  Kata kata lelaki itu membuatkan urat tangan Tengku Aydeen sudah mula timbul. Wajahnya berubah tegang.

"A..apa kau nak buat dengan isteri aku.." Kedengaran suaranya seakan menahan amarahnya. Dia terus melangkah ke arah lelaki itu. Bajunya dicengkam kuat.

"Bagitau aku! Kau buat apa dengan isteri aku!" Keras sahaja nada suara Tengku Aydeen membuatkan lelaki itu sekadar tergelak perlahan.

"Macam aku cakap, Aydeen. Ada tetamu datang rumah kau nanti" Balas lelaki itu selamba membuatkan Tengku Aydeen sudah hilang sabar.

"Kau memang...."

BUKKK!!
Satu pukulan kayu kuat di menghempuk kepala Tengku Aydeen membuatkan dia terus jatuh rebah ke tanah.

"Well done, just like we planned. Sekarang ikut plan seterusnya" Arah lelaki bertopeng itu membuatkan lelaki itu sekadar menganguk perlahan.

"Kau ingat ya. Kalau kau tak ikut. Nyawa budak tu melayang nanti" Sempat lelaki bertopeng itu memberi amaran kepada anak buahnya itu. Anak buahnya sekadar menganguk faham.

BUNYI notification telefon Dhaniyah mengejutkan dia yang hampir terlelap. Dia menggosok matanya perlahan. Jam di telefon sudah hampir menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi namun kelibat suaminya itu masih belum muncul lagi.

"Ish dah dekat 4 jam dah kot. Kenapa dia tak balik lagi? Jangan jangan dia lupa dekat aku. Lepas tu dia tido rumah kawan dia" Teka Dhaniyah sebelum dia pantas menggeleng. Kalau tidak mesti lah Luthfan sudah memberi tahunya. Lagipun kawan dia Luthfan sorang je. 

Screen telefon dibuka untuk melihat pesanan mesej tersebut. Sebaik sahaja melihat nombor yang tidak dikenali itu membuatkan jantung Dhaniyah laju berdegup. Dia menekan nombor yang pernah menghantar mesej kepadanya sebelum itu sebelum menarik nafas lega. Nampaknya bukan dari orang yang sama dulu. Nasib baik

Her last happinessWhere stories live. Discover now