Bab 1

161 5 0
                                    

             "Saya mintak maaf Tengku. Saya tak sengaja tercanpurkan clorok masa basuh baju Datin. Saya janji saya akan gantik balik baju Datin dengan yang baru" Rayu Hana sebelum dia melutut ke arah Tengku Fazir. Padangan tajam lelaki itu membuatkan semua maid disitu sudah terketar ketir.

Baju yang rosak itu diambil oleh Datin Faizurah lalu menunjukkan ke arah suaminya.

"Abang baju saya ni, Bang. Ni baju saya nak pergi majlis tu nanti. Dah lah saya sayang sangat dekat baju ni. Cantik sangat tapi dah rosak sebab perempuan ni. Abang tahu tak baju saya ni mahal" Sengaja Datin Faizurah mengapi apikan keadaan.

"You see?! Kau dah rosakkan baju yang isteri aku paling sayang. Kenapa bodoh sangat kau ni perempuan. Kau tu dah berapa lama kerja dekat rumah aku sampai basuh baju pun kau boleh tersilap, Hana. kau ni terlalu cuai. sekarang kau dah buat baju isteri aku luntur. So kau fikir senang ke nak jadikan dia baru semula?Aku takkan maafkan kau. Ada bibik pun menyusahkan" Tegas Tengku Fazir sebelum dia menarik kuat rambut wanita itu untuk mengekorinya. Datin Faizurah sudah tersenyum sinis melihat wanita itu diseret kuat oleh suaminya hingga ke ruang tamu depan. Dia mengikuti langkah suaminya untuk melihat hukuman yang bakal dikenakan oleh suaminya terhadap orang gajinya itu.

"Tuan maafkan saya tuan. Saya janji saya takkan ulang kesilapan saya. Saya betul betul merayu pada tuan. Tolong maafkan saya" Rayu Hana namun lelaki itu tidak mempedulikan rayuan tersebut. Baginya, salah tetap salah dan layak menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Dia terus mengambil botol asid di atas meja sebelum tersenyum sinis ke arah wanita itu.

"Abang nak siram perempuan ni dengan air tu ke? Nak saya tolong?" Soal Datin Faizura membuatkan wanita itu sudah membulatkan matanya. Dia nak disimbah aku dengan asid? Hana terus menarik kain Datin Faizurah untuk memohon agar dia tidak disimbah dengan cecari tersebut.

"Datin maafkan saya Datin. Saya janji saya takkan ulang kesalahan saya pada Datin. Saya janji ini kali terakhir saya buat kesilapan Datin. Ampunkan saya datin. Kali ni je" Rayu Hana namun Datin Faizurah hanya membuat muka selamba.

"You deserve to be punished for your negligence" Mendatar sahaja nada suara Datin Faizurah membuatkan wanita itu hanya memandangnya tidak percaya. Tiada sedikit pun rasa belas kasihan sebagai seorang majikan kepadanya. Rambutnya terus ditarik kasar oleh Tengku Fazir sekali lagi membuatkan wanita itu sudah meronta ronta untuk dilepaskan.

"Tengku maafkan saya. Saya tak nak Tengku...tolong maaf kan saya... Tengku sa..sakit Tengku sa kitttt" Jerit Hana apabila cecair asid itu dituang ke atas mukanya membuatkan wanita itu sudah menggeliat kepanasan. Datin Faizurah hanya memandang puas  melihat wanita itu yang sudah disiksa oleh suaminya itu.

"To...tolong....Pa..panasss Datin...tolong sayaa" Rayu Hana namun kini dia sedar yang tiada siapa mampu menolongnya. Tiada orang pun dalam rumah ini berani bersuara apabila Tengku Fazir sudah membuat keputusannya.

"Kau rasakan. Lain kali jangan nak buat kerja dekat rumah ni ikut suka kau sampai bende senang pun kau tak boleh nak buat. Kau yang mintak kan? Jadi kau terima lah hukuman ni" senyuman jahat terukir dibibir lelaki itu apabila melihat Hana yang sudah meronta ronta di atas lantai. Wajahnya sudah melecur teruk akibat simbahan asid panas itu. Perlahan air matanya mengalir ke pipi. Sungguh kejam hukuman yang Majikannya itu beri kepadanya.

'Ya Allah sakit Ya Allah....mama sakitt sayang...' Rayu Hana dalam hati sebelum tubuhnya terbaring kaku di atas lantai.

"A.. abang.. dia mati ke?" Tergagap gagap Datin Faizurah menyoal membuatkan suaminya itu sekadar menjongketkan bahunya.

"Kejap lagi bawak je lah pergi hospital ape susah" Selamba sahaja Tengku Fazir berkata membuatkan isterinya sudah tidak sedap hati. Semua orang gaji memandang sayu ke arah tubuh wanita yang terbaring di lantai itu

Her last happinessWhere stories live. Discover now