Bab 3

62 3 0
                                    

"Thanks for coming. Semoga tak menyesal datang ke rumah akak. Maaf kalau banyak yang kurang" Kata Datin Safiya kepada para tetamu sebelum mereka berangkat pulang. Datin Safiya dan Dato Norman sempat bersalaman dengan semua para tetamu. Kasyaf dan Dhaniyah setia berdiri di sebelah ibubapa mereka sambil beramah mesra kepada semua para tetamu yang hadir.

"Abang balik sini berapa lama?" Soal Dhaniyah apabila melihat abangnya itu sudah tidak sibuk. Dia dah lama ingin bersua dengan abangnya tadi tapi memandangkan ramai tetamu yang hadir membuatkan mereka berdua sangat sibuk melayan tetamu. Takkan lah nak biarkan papa dan mama mereka sahaja yang layan. Tak pasal pasal kene cop anak beban keluarga.

"Dalam sebulan macam tu, kenapa?" Soal Kasyaf kepada adik perempuannya itu sebelum dia memandang tepat ke arah anak mata hazel.

"Tak adalah, Dhaniyah tanya je. Tak nak lah abang balik awal awal. Dhaniyah bosan dekat rumah sorang sorang. Tak ada orang dekat rumah nak mengacau" Kata gadis itu. Kasyaf hanya melepaskan tawa kecilnya sebelum dia memberikan senyuman ke arah adik bongsunya itu.

Bukan dia tak nak balik kesini, tapi banyak kerja dia disana dan dia terlalu sibuk memandangkan selepas dari pelajaran dia tamat. Dia harus mengambil alih syarikat bapanya kerana Dato Norman ingin berehat dari dunia kerjanya dan ingin anak lelakinya itu sebagai pewarisnya untuk meneruskan syarikatnya.

"Dhaniyah yang dulu kata tak kisahkan kalau abang belajar jauh jauh? kan Dhaniyah kata abang suka mengacau Dhaniyah?" Soal Kasyaf membuatkan wanita itu menggeleng laju.

"Dhaniyah memang cakap macam tu dulu tapi bila abang belajar jauh jauh, Dhaniyah tak ada kawan nak gaduh macam dulu. Bosan lah cakap dengan tembok sorang sorang" Rungut Dhaniyah.

Lelaki itu hanya tersenyum, dia tahu adik dia sorang ini seorang yang agak manja tapi wanita itu juga seorang yang rajin berdikari dan boleh dikatakan lebih matang darinya. Dia teringat dulu bagaimana mereka cuma mencari gadis kecil ini yang hilang semasa dia berumur 12 tahun di pusat membeli belah namun gadis ini berjaya pulang ke rumah sendiri dengan menaiki teksi menuju terus ke rumah.

"Dhaniyah tunggu lah. Lagi berapa tahun je abang habis belajar. Lepas tu abang boleh lah spend time sama sama dengan Dhaniyah. Nanti abang ajak Dhaniyah tengok wayang macam dulu. nak tak?" Kata Kasyaf membuat gadis itu pantas menganguk. Sudah lama mereka tidak keluar bersama sama macam dulu.

"Okay boleh, Dhaniyah tunggu abang habis belajar lepas tu kita jalan jalan tak payah balik rumah dah" Kata Dhaniyah. Kasyaf hanya menjulingkan matanya ke atas sebelum dia kembali menyambut huluran tangan para tetamu.

Tengku Aydeen dan Luthfan yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah itu terus menuju ke arah Dato Norman bagi mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Dia berjabat tangan mesra dengan lelaki itu sebelum diikuti dengan Luthfan dibelakang. Tengku Aydeen turut bersalaman dengan Kasyaf di sebelah Dato Norman sebelum menghadiahkan senyumannya ke arah lelaki itu.

"Thanks for coming, Tengku. Maaf kalau ada yang kurang sepanjang malam ni. Kirimkan salam uncle dekat daddy sekali" Pesan Data Norman membuat lelaki itu hanya menganguk perlahan sebelum dia menunduk sedikit hormat kepada lelaki itu.

"Tak ada yang kurang. Everything just nice and i enjoyed this night. Thanks for all the service. I really appriacte your hard work. Insyaalllah Aydeen akan kirimkan salam uncle pada daddy nanti" Balas Tengku Aydeen ramah

"Tengku jangan kecik hati dengan layanan kami tau. Kalau ada yang terlepas pandang tu, kami mintak maaf. Silap kami dan saya nak mintak maaf bagi pihak papa kalau ada benda yang buat Tengku tak selesa sepanjang berada disini" Kata Kasyaf sebelum dia melemparkan senyuman manis ke arah dua orang lelaki itu. Mereka saling berbalas senyuman kecuali Tengku Aydeen.

Setelah usai sesi beramah mesra, Lelaki itu terus meminta diri untuk berangkat pulang. Sempat dia memandang ke arah wanita disamping Datin Safiya itu. Dhaniyah yang perasan akan dirinya diperhati itu terus memandang tepat ke arah anak mata hazel milik Tengku Aydeen. Mereka berpadangan beberapa saat sebelum Tengku Aydeen terus menarik padangannya ke arah lain dan melangkah pergi dari situ.

EH JAP SHOCK LAHH!!

"Hamboi, bukan main lama bertatap mata. Dah terjatuh hati ke dengan dia?" Soal Kasyaf. Dia sedar pandangan mereka berdua itu namun hanya buat tak nampak. Tak nak lah ganggu orang tengah angau.

"Hishh, tak ada maknanya. Come on lah, Dah lah tak murah senyuman. Abang tak nampak ke tadi dia senyum macam nak tak nak je. Lain lah kalau kawan belakang dia tu. Nampak juga keikhlasan dan kejujuran dalam senyuman dia" Kata Dhaniyah sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah memandangkan rumah mereka sudah kosong dengan tetamu kerana Tengku Aydeen dan Luthfan merupakan tetamu terakhir mereka yang pulang.

"Eh bik, mana kek pisang tadi?" Soal Dhaniyah apabila melihat bibiknya yang sedang membawa bekas kosong yang tadinya berisi dengan kek pisang.

"Sudah habis tuan muda. Tetamu suka lah tu kek pisang yang tuan muda buat. Betul tak cakap saya?" Kata Linda membuatkan wanita itu tersenyum perlahan. Ya, kalau tak sebab linda yang menyuruhnya untuk buat kek pisang itu. Pasti dia tak buat. Takut tetamu tak suka lah, tak confident lah.

"Saya naik dulu lah eh, nak tukar baju. Baju panas" Kata Dhaniyah membuatkan wanita itu menganguk perlahan sebelum tersenyum.

Baru sahaja Dhaniyah ingin melangkah naik ke atas. Langkahnya terus mati sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil. Dengan pantas dia melangkah ke arah bapanya.

"Ye papa. Papa panngil Dhaniyah ke tadi?" Soal Dhaniyah kepada bapanya membuat lelaki itu terus menganguk.

"Dhaniyah nampak tak fail dokumen yang hari tu papa suruh Dhaniyah pegangkan masa balik dari office minggu lepas. Sebab papa dah check dekat bilik kerja papa semua memang tak ada" Soal Dato Norman yang sudah menggaru kepalanya apabila fail dokumen pentingnya hilang. Daripada hari tu dia mencari namun tidak menjumpainya.

"Dekat dalam kereta rasanya kot. Papa suruh Dhaniyah bawak turun kat hari tu. Maybe Dhaniyah lupa lah papa. Dhaniyah pergi tengok kejap eh?" Kata Dhaniyah sebelum dia menggapai kunci kereta Porsche milik bapanya itu lalu melangkah keluar dari rumah. Dia mencari cari seliparnya namun hambar apabila yang kelihatan cuma kasut tumit tingginya sahaja. Dengan terpaksa dia menyarungkan kasut tumitnya itu oleh kerana mahu cepat mengambil barang di kereta bapanya itu.

Disebabkan Dato Norman membuat majlis besar besaran, kerete mereka terpaksa diparking di luar  rumah bagi memberi ruang untuk khemah dipasang. Dhaniyah melangkah keluar dari perkarangan rumahnya. Jalan itu sunyi tanpa kelibat manusia.
GULP!! Shhhhhhhuhhh

Dia meneguk liurnya perlahan dengan beraninya Dhaniyah terus melangkah ke arah kereta hitam bapanya itu yang terparking agak jauh dari situ. Kunci lock kereta ditekan lalu dia terus membuka pintu kereta sebelum dia masuk ke dalam kereta tersebut. Lampu kereta dibuka bagi memudahkan kerjanya untuk melihat keberadaan fail itu.

"Mana pulak pergi fail hari tu, aku memang dah letak fail tu kat sini" Kata Dhaniyah. Dia meraba raba di dalam dash box sebelum dia dapat merasa sesuatu. Dengan pantas dia mengeluarkan fail dari dash box kereta itu sebelum Dhaniyah tersenyum lebar. Dia keluar dari kereta sebelum tiba tiba dia terasa tubuhnya seperti dipeluk seseorang dari arah belakang.

BUKKK
TERJATUH FAILNYA KE TANAH

"Kau siapa, Bodoh!! Lepaskan aku lah sial!!" Dhaniyah sudah meronta ronta apabila terasa tubuhnya bagai di peluk seseorang dari arah belakang. Jalan yang sunyi itu tidak kedengaran bunyi apa apa melainkan suaranya yang tak dapat dikeluarkan akibat mulutnya ditekup

"Mphmmmahhm" Sedaya upaya wanita itu mahu membuat mulut namun semakin kuat pelukkan lelaki itu.

Her last happinessWhere stories live. Discover now