Bab 6

43 3 0
                                    

            "How about this? Nampak cantik tak?" Beg berjenama Valentino Garavani, Locó kecil itu ditunjukkan kepada Tengku Aydeen. Lelaki itu sekadar menganguk dan menunjukkan ibu jarinya membuatkan wanita dihadapannya itu sudah membuat muka memyampah. 'bagi reaction tu ikhlas lah sikit' Kata Melissa dalam hati.

Dia meletakkan semula beg itu dan mula mencari beg tangan yang lain. Tengku Aydeen hanya mengeluh perlahan. 'ingatkan nak ambik' Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menyemak beberapa mesej penting sementara wanita itu sibuk memilih beg tangan yang dia mahu

"Baby ni cantik tak?" Soal Melissa kepada Tengku Aydeen. Lelaki itu sekadar menganguk sebelum membalas 'okay' kepada wanita itu tanpa melihat sedikit pun ke arah beg tangan Saint Laurent Le 5 à 7 mini yang ditunjukkan oleh gadis itu. Matanya masih tertumpu ke arah screen telefon sambil tangannya menekan laju membalas mesej penting berkaitan kerjanya. Melissa yang sudah panas melihat lelaki itu sedang khusyuk membalas pesanan di telefonnya menghempaskan beg di tangannya itu jatuh ke lantai mall.

"You ni kenapa hah!? Langsung tak hiraukan i dekat sini. Tak habis habis dengan telefon you tu sampaikan i bercakap pun you tak tengok" Jerit Melissa membuatkan lelaki itu automatik terus memandang ke arahnya. Wajah wanita itu yang sudah masam mencuka dipandang sekilas sebelum dia mengaru kepalanya kerana sudah membuat gadis di hadapannya itu marah. 'aduh, buat hal lah kau ni Aydeen' katanya dalam hati.

"Tengok tu i cakap dengan you pun you tak bagi reaction apa apa. You diam je. Kenapa? Oh you chat scandal you ke dari tadi sebab tu syok semacam?" Sinis sahaja nada suara Melissa membuatkan Tengku Aydeen hanya mengerutkan dahinya. 'datang mana pulak scandal ni? Aku layan kau sorang je pun dah boleh buat gila. Inikan pulak nak pasang dua memang tak lah' Kata Aydeen dalam hati sebelum dia memandang wajah Melissa yang tak ubah seperti singa betina kelaparan.

"Mana ada, sayang. Ni i tengok kerja i lah. Tak ada masa i nak pasang 2, 3 ni. You ingat i ni lelaki kaki perempuan ke?" Kata Tengku Aydeen sebelum dia terus mengambil beg yang dicampak oleh wanita itu ke lantai. Tajam saja padangan wanita itu arah lelaki di hadapannya. Tengku Aydeen menghulurkan beg tangan itu kepada teman wanitanya sebelum dia terus mengeluarkan Silk card miliknya sebelum diserahkan kepada wanita itu.

"Take this and pay. I'm sorry sebab abaikan you tadi. Lepas ni kita pergi makan okay?" Kata Tengku Aydeen untuk memujuk wanita singa itu. Lambat lambat wanita itu menggapai huluran beg tangan dan kad itu lalu terus melangkah ke arah kaunter bayaran. Tengku Aydeen hanya memerhati sosok tubuh yang melangkah pergi itu sebelum keluhan berat dilepaskan.

"I should tell him" Kata Tengku Aydeen perlahan sebelum nombor seseorang didail. Tengku Aydeen meletakkan telefon bimbitnya itu di telinga sambil menunggu panggilannya itu diangkat.

"Hello? Kenapa bro?" Soal Luthfan dalam panggilan telefon itu membuatkan lelaki itu hanya memandang ke arah kaunter untuk memastikan keberadaan wanita itu. Apabila melihat teman wanitanya itu masih berada di kaunter bayaran, dia menghembuskan nafas berat.

"Luth, kau tolong settlekan kerja kerja aku hari ni. Aku rasa aku tak dapat masuk ofis lah" Kata Tengku Aydeen lalu terus mematikan panggilan telefonnya.

"Call siapa?" Soal Melissa yang baru sahaja selesai membayar di kaunter mengejutkan lelaki itu. Dia terus menoleh ke belakang melihat figura gadis itu sebelum dia menggapai huluran kadnya daripada pegangan Melissa.

"Ada lagi ke you nak beli dekat kedai ni?" Soal Tengku Aydeen cuba mengalihkan topim yang disoal oleh wanita tadi. Melissa hanya menggelengkan kepalanya.

"I nak beli kasut pulak. Boleh kan, baby? I bosan asyik pakai kasut yang sama hari hari" Adu wanita itu sebelum lengan lelaki itu diusap perlahan untuk memujuk Tengku Aydeen bersetuju dengan permintaan berangannya itu.

"Alright sayang. Ikut you. Dekat mana kedai kasut tu?" Soal Tengku Aydeen membuatkan Melissa sudah tersenyum lebar sebelum dia menarik tangan lelaki itu ke arah yang hendak ditujunya.

"That's why i love you, baby. You sentiasa buat i happy kalau jalan jalan macam ni. Kedai kasut tu kat depan tu je" Jari telunjuknya di tunjukkan ke arah sebuah kedai kasut mewah Golden's Grace's membuatkan lelaki itu hanya menganguk perlahan lalu mengikuti langkah wanita itu ke arah kedai yang hendak ditujunya.

Dhaniyah melangkah masuk ke dalam rumah sebelum matanya tertumpu ke arah satu susuk tubuh seseorang. Lelaki separuh usia yang sedang duduk di meja makan bersama dengan Dato Norman dipandang lama. Dia terus melangkah ke arah dua orang lelaki itu.

"Asalamualaikum papa, Dhaniyah dah balik" Ucap Dhaniyah kepada Dato Norman membuatkan lelaki itu secara automatik memusingkan kepalanya menghadap ke arah anak gadisnya yang baru sahaja pulang ke rumah. Senyuman yang manis dihadiahkan kepada gadis itu sebelum dia dibalas pula dengan senyuman lelaki yang sedang duduk bertentang dengan bapanya.

"Dhaniyah, ini Tengku Fazir. Malam tadi kan Dhaniyah dah jumpa dengan anak dia Tengku Aydeen masa majlis malam semalam. Hari ni parents dia yang datang. Itu Datin Faizurah, mak kepada Tengku Aydeen" Terang Dato Norman kepada anak gadisnya itu sebelum menunjukkan ke arah dua orang wanita yang sedang duduk dihujung meja ruang tamu sambil menjamu kek yang dihidangkan oleh Datin Safiya. Dhaniyah melemparkan senyuman mesra kepada dua orang tetamu itu.

"Hello, uncle dan aunty. Sorry lambat sebab Dhaniyah baru balik keluar dengan kawan sekejap tadi. Tak sempat nak sambut Uncle dengan aunty datang" Ucap Dhaniyah sebelum dia terus melangkah ke arah Datin Faizurah untuk menyalam wanita itu tanda hormat. Datin Faizurah tersenyum manis ke arah anak gadis Dato Norman dan Datin Safiya itu.

"Alah cantiknya anak awak ni. Sopan santun pulak tu. Memang bertuah lah siapa dapat buat menantu kan?" Puji Datin Faizurah membuatkan wanita itu hanya tersenyum kearah wanita tua itu.

"Eh tak ada lah Aunty. Aunty pun cantik jugak. Saya ingat Aunty muda lagi tau sebab muka Aunty nampak betul macam awet muda" Puji Dhaniyah membuatkan wanita itu sudah menukup mukanya malu.

"Ishh aunty ni dah berumur 50an pun kamu cakap awet muda ya? Pandai bodek budak ni" Kata Datin Faizurah sebelum mencubit pipi kanan gadis itu. Dia suka dengan cara layanan ramah Dhaniyah kepadanya.

"Betul lah Aunty, buat apa nak tipu. Patut lah uncle dari tadi curi curi pandang Aunty" Kata Dhaniyah membuatkan Tengku Fazir terus tersedak mendengar kata kata gadis itu. Dato Norman hanya tergelak kecil melihat wajah sahabatnya yang sudah merah menahan sedak.

"Ishh Dhaniyah ni, tengok tu suami Datin dah tersedak sebab mulut masin Dhaniyah" Kata Datin safiya sebelum dia menggeleng kepala Melihat anak daranya itu. 'suka betul menyakat orang budak ni'

Her last happinessWhere stories live. Discover now