Bab 60

18 3 0
                                    

HOTEL MEWAH itu kelihatan sangat meriah dengan kehadiran para tetamu yang hadir. Ini merupakan majlis rasmi antara beberapa buah syarikat termasuklah syarikat Tengku Aydeen dan juga Dato Norman.

"Cantik lah sayang malam ni. Dekat rumah taknak pulak pakai baju baju gaun ni semua" Ejek Tengku Aydeen sambil memandang ke arah sosok wanita yang berdiri di sebelahnya. Wanita itu memakai gaun putih beserta tudung putih. Mukanya yang berseri itu memperlihatkan lagi keayuannya.

"Eh, Aydeen. Awal kau datang" Kata satu suara itu menbuatkan Tengku Aydeen terus menoleh ke arah belakang. Dapat dilihat sosok tubuh yang cukup dikenalinya melangkah datang ke arahnya.

Luthfan dan Melissa??

"Hey Aydeen seronok dapat jumpa you" Ucap Melissa. Dia merangkul erat lengan Luthfan yang berdiri disebelahnya.

"Kau dengan Melissa?" Soal Aydeen membuatkan mereka berdua menganguk perlahan.

"Alah bro kau dah ada isterikan. Bagilah aku ambik Melissa ni. Aku akan jaga dia lebih baik dari kau jaga tau tak. Kau jangan cenburu pulak" Sengaja dia mengapi apikan keadaan apabila melihat Dhaniyah yang sedang berdiri di sebelahnya lelaki itu. Wajah Dhaniyah sudah berkerut mendengar kata kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Sorry, but this girl next to me is more than enough and I don't feel jealous at all. Don't worry about that" Kata suara garau itu. Dia perasan dengan perubahan mimik wajah isterinya yang berada disebelah.

"So let's go, sayang. Abang tahu sayang dah lapar kan?" Soal Tengku Aydeen lembut sambil memandang tepat ke arah anak mata hazel milik isterinya itu.

"Abang?" Soal Melissa. Terkejut apabila mendengar perkataan itu keluar dari mulut Tengku Aydeen.

"Yes. The call my wife gave to me. Soundcute isn't it? I really like it. No no i mean i love it. So now let's go my dear wife" Ajak Tengku Aydeen. Tangannya memimpin erat tangan kecil isterinya itu. Mereka terus melangkah pergi meninggalkan dua orang pasangan itu yang masih terpinga pinga berdiri tegak di tengah jalan.

"Dah lah jom kita pergi makan jugak. Duduk sini pun takde guna" Ajak Luthfan sebelum tangan wanita itu ditarik kasar untuk mengekorinya.

"You sakitlah!! Slow lah sikit. Ingat i ni robot ke?" marah Melissa. Suka hati dia je nak tarik tarik tangan orang.

                 "NAK NI?" Soal Tengku Aydeen namun Dhaniyah menggelengkan kepalanya perlahan. Tengku Aydeen meletakkan kembali tart telur yang berada di penyepit makanan itu.

"Kalau yang ni?" Soal Tengku Aydeen lagi sambil menunjukkan tart buah yang disepitnya itu. Laju Dhaniyah menganguk apabila melihat buah strawberry yang berada di atas tart buah itu.

"Ambik banyak banyak. Tapi buah lain abang makan tau. I nak strawberry aje" Lengan suaminya masih dipeluk erat. Tak mahu dilepaskan.

"Ye lah ikut awak lah, sayang. Asalkan awak bahagia" Tengku Aydeen meletakkan beberapa biji tart buah itu dipinggan sebelum melangkah pergi untuk melihat juadah lain yang disediakan.

"Tu apa tu?" Dhaniyah menunjukkan ke arah satu minumam bewarna hijau yang menarik perhatiannya.

"Arak" Balas suata garau itu membuatkan Dhaniyah terus memukul tangannya sendiri.

"Oh alah. Nasib baik i tak ambik lagi. Macam mana you tahu ni arak?" Soal Dhaniyah. Laju sahaja jari telunjuk lelaki itu menunjukkan ke arah papan tanda yang terang terang tertulis kat situ.

NON HALAL

"Ishh mana lah i nampak. Jom jom kita kena jauh jauh dengan benda tak halal macam you ni" Perli Dhaniyah membuat Tengku Aydeen terus melangkah sedikit jauh dari isterinya. Dhaniyah menjongketkan keningnya. Kenapa?

Her last happinessWhere stories live. Discover now