LUTFIYA mengemas segala barang barangnya yang bersepah dan dimasukkan ke dalam begnya dengan kemas.
"Awalnya you balik? Tak nak rest dulu ke? Tak penat eh shooting?" Soal Andrea sebaik sahaja melihat kawannya yang sudah mengemas segala peralatannya sebaik sahaja mereka kembali ke bilik persalinan selepas dari shooting. Selalu wanita itu akan duduk untuk berehat lepas penggambaran.
"I ade kerja sikitlah. I kena balik awal" Balas Dhaniyah. Jam di tangannya dipandang sekilas. Masih ada masa ni! Terus mengambil begnya. Topi dan mask dipakai bagi mengelakkan diri daripada diserbu peminatnya.
"Alright babe i pergi dulu. Jangan lupa makan dan mandi ya. Love you" Sempat Lutfiya menghadiahkan flying kiss kepada kawannya itu.
"Pelik lah you ni. Iyalah i tak lupa. Take care, Lutfiya" Ucap Andrea. Lutfiya menganguk perlahan sebelum senyuman manis diberikan kepada wanita itu. Pintu bilik itu terus ditutup.
LEBIH 20 panggilan telefon tidak berjawab membuat Tengku Aydeen meraup kasar wajahnya. Kemana pulak isterinya ini pergi?
Barang barang di atas meja dikemas. Dia terus bangun dari kerusinya. Segala telefon dan barang barang penting diambil. Lelaki itu melangkah kaki keluar dari pejabatnya.
"Eh Tengku dah nak balik ke?" Soal Medina sebaik sahaja melihat kelibat bossnya itu yang sudah tergesa gesa mahu pulang.
"Haah saya nak balik. Tolong bagitau Luthfan untuk hantar dokumen dokumen yang saya dah sign dalam bilik" Pesan Tengku Aydeen sebelum dia terus meneruskan langkah kakinya menuju ke lift. Medina sekadar menganguk faham.
"Pelik betul. Baru pukul berapa tapi boss dah balik. Ada emergency ke?" Teka Medina. Beberapa minit kemudian muncul figura seseorang datang ke arah wanita itu.
"Mana Aydeen?" Soal Luthfan membuatkan Medina tersentak. Dia menoleh ke arah belakang.
"Oh Encik Luthfan. Boss dah balik dah. Dia mintak Encik Luthfan untuk hantar dokumen dokumen dalam bilik yang dia dah siap sign dalam bilik dia" Pesan Medina membuat lelaki itu menganguk faham.
"Dia pergi mana?" Soal Luthfan lagi namun Medina sekadar menjongketkan bahunya.
"Tak ada pulak dia bagitahu saya dia nak kemana. Saya rasa dia balik kot. Mungkin lah" Teka Medina. Lagipun Bossnya itu takkan pulang secara tiba tiba melainkan ada urusan keluarga. Jadi mungkin ada masalah teknikal yang berlaku dirumahnya.
"Okay lah kalau macam tu. Saya nak pergi ambik dokumen yang Aydeen suruh tu dulu ya" Terus sahaja lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Aydeen. Medina sedikit pelik dengan perangai PA bossnya itu. Hari ni lelaki tu nampak nak cepat sangat. Dah kenapa?
"Ah lupakan je lah. Dia nak siapkan kerja cepatlah tu. Mana tahu ada benda penting nak buat malam ni" Teka Medina lalu dia menyambung kerja kerjanya di kaunter utama.
TENGKU AYDEEN keluar dari perut kereta. Kaki tinggi lampai ini menapak laju untuk masuk ke dalam rumah. Dapat dilihat keadaan rumah yang gelap gelita.
"Dhaniyah" panggil suara garau itu namun tiada sahutan dari wanita itu. Tengku Aydeen menjenguk ke ruang tamu namun kelibat wanita itu masih tidak kelihatan. Dia terus melangkah ke arah dapur namun hambar. Masih sama. Tiada sosok tubuh yang dilihat. Dia mengeluh perlahan.
"Dhaniyah kau dekat mana, sayang?" Panggil Tengku Aydeen lagi sebelum tiba tiba.
ZASSSSA
Satu balingan pisau hampir hampir sahaja terkena bahunya. Terus dia menoleh ke arah belakang. Dapat dilihat sosok tubuh isterinya yang sudah kusut masai. Wajah wanita itu ditutup sepenuhnya dengan rambut panjang itu.
YOU ARE READING
Her last happiness
RomanceSemua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia...