A/n : lupa pulak a/n dah janji nak update harini
Bangchan membawa Jisung masuk ke dalam rumahnya. Bangchan membawa Jisung ke dalam bilik yang disediakan untuk Jisung.
"Ni bilik Han. Kalau nak apa apa nanti panggil je maid sebab hyung takkan ada kat rumah selalu" Kata Bangchan. Jisung menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
"Baju tu hyung letak je kat tepi. Nanti Han kemas" Kata Jisung.
"Takpe lah. Biar hyung kemas. Han rehat je. Kejap lagi Han kena makan lepastu boleh makan ubat" Kata Bangchan. Jisung terus memuncungkan bibirnya.
"Kalau tak makan, tak boleh ke?" Soal Jisung. Bangchan tersenyum nipis lalu menggelengkan kepalanya.
"Nope. Han kena makan ubat baru boleh sihat. Kalau dah sihat nanti, hyung belikan Han cheese cake banyak banyak. Nak?" Soal Bangchan. Jisung menganggukkan kepalanya dengan semangat sambil tersenyum gembira.
"Dah pergi tidur. Rehat je. Doktor dah nasihat yang Han tak boleh banyak bergerak. Tak boleh stress stress. Pergi tidur. Apa apa nanti panggil je hyung. Okey?" Soal Bangchan ingin kepastian. Jisung menganggukkan kepalanya sebelum berbaring melelapkan mata.
*****
Lino melihat mesej yang dihantar pada Jisung. Mesej itu dibacanya berulang kali.
"Kejam sangat ke?" Soal Lino pada dirinya sendiri.
"Ani. Mana ada kejam. Orang macam dia memang layak kena macam tu sebab dia takde maruah" Bisik hati Lino. Bagaikan ada orang lain yang menghasut dirinya sedangkan itu hanyalah sisi nya yang lain.
"Tapi aku sayangkan dia-"
"Itu bukan sayang. Tapi kesian"
"Arghhhh!!!" Jerit Lino. Kepalanya dihantukkan ke atas meja kerjanya yang bertimbun dengan pelbagai file.
"Mianhae" Kata Lino serba salah. Telephone di tangannya digenggam erat.
*****
"Tahniah! Puan disahkan hamil 2 minggu"
Perkataan itu terngiang ngiang dikepalanya.
"Sh*t!! Menyesal aku bagi badan aku kat dia. Bodoh punya jantan" Marah gadis itu. Giginya diketap kuat.
"Ini tak boleh jadi. Aku kena bertindak cepat. Lino, tak lama lagi kau akan jadi milik aku" Kata gadis itu sambil tersengih sinis.
Dikepalanya terdapat pelbagai rancangan yang akan dia laksanakan. Hanya perlu sedikit masa sahaja lagi.
*****
Hyunjin merehatkan kepalanya di kaki ibunya sambil rambutnya diusap lembut.
"Omma" Panggil Hyunjin. Ibunya menggumam lembut.
"Patut ke Hyun jujur?" Soal Hyunjin walaupon ibunya tidak tahu apa apa. Namun ibunya tetap tersenyum.
"Kalau Hyun rasa itu akan bawa kebaikan pada semua orang, jadi ianya patut" Kata ibunya. Hyunjin menundukkan kepalanya.
"Ye memang bawa kebaikan pada semua orang tapi bukan pada kita omma" Kata Hyunjin. Ibunya memandang Hyunjin.
"Maksud Hyun?" Soal Ibunya. Perlahan air mata mengalir di pipi Hyunjin.
"Nyawa omma boleh melayang kalau Hyun jujur. Hyun taknak kehilangan omma" Kata Hyunjin sambil menangis. Badannya menggigil teruk kerana menangis.
Ibunya menapis air mata Hyunjin. Bahu Hyunjin dipegang erat.
"Omma tak tau apa yang Hyunjin dah buat sampai melibatkan nyawa omma. Tapi kalau itu yang boleh buat orang lain tersenyum semula, Hyun kena jujur pada semua orang" Kata ibunya. Hyunjin menggelengkan kepalanya sambil menangis.
"Hyun taknak kehilangan omma!!" Tangis Hyunjin. Ibunya memeluk Hyunjin dengan erat.
"Lebih baik omma pergi daripada jadi beban pada Hyun" Kata Ibunya sambil tersenyum nipis. Hyunjin menggelengkan kepalanya.
"Tak!! Omma tak pernah jadi beban pada Hyun" Kata Hyunjin. Air matanya turun tanpa henti.
"Hyun. Kalau orang lain bahagia, Hyun pon akan gembira. Terutamanya bila orang tu adalah orang yang kita sayang" Kata ibunya sambil menatap mata Hyunjin. Hyunjin membalas pandangan tersebut.
"Omma taknak jadi beban pada Hyun. Dan omma taknak Hyun rasa serba salah dan tertekan. Hyun masih muda. Perjalanan Hyun masih jauh lagi" Pujuk sang ibu. Hyunjin terus memeluk ibunya sambil menangis.
"Mianhae" Bisik Hyunjin perlahan.
Dia nak minta maaf pada semua orang. Terutamanya pada Han dan Lino. Disebabkan dia, Han sakit. Disebabkan dia, Lino cederakan Han. Dan disebabkan dia, nyawa ibunya ditangan orang lain.
Lino : *hulur tisu dekat a/n*
A/n : kenapa aku buat scene ni??
Lino : mana lah aku tau
Bangchan : *hulur tisu dekat readers* *bisik* tolonglah nangis...a/n berusaha nak buat part sedih
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...