✨12✨

816 52 3
                                    

Setibanya di ruang tamu, Jisung dapat melihat Lino yang sedang duduk memandang tv sambil berpeluk tubuh. Jisung mendekati Lino. Tempat di sebelah Lino di ambil. Lino menjarakkan badannya menjauhi Jisung. Jisung mendekati Lino lagi. Sekali lagi Lino menjarakkan badannya. Semakin Jisung mendekat, semakin Lino menjauh sehingga lah tiada ruang untuk dia bergerak.

"Awak..." Panggil Jisung meleret. Lino hanya diam tidak membalas. Jisung memasamkan wajahnya apabila panggilannya tidak berjawab.

"Awak..." Panggil Jisung lagi. Kali ini dia menggoncangkan badan Lino. Lino menepis tangan Jisung.

"Ishh. Nak apa?!" Kata Lino kasar. Masih lagi melayan rajuknya itu. Jisung memuncungkan bibirnya.

"Merajuk ke?" Soal Jisung. Lino menjeling Jisung.

"Takde lah. Tak merajuk pon" Kata Lino lalu menjeling Jisung semula sambil memuncungkan bibirnya. Jisung menggigit bibirnya. Ingin sahaja dia ketawa.

"Sabar Han. Jangan ketawa. Nanti lagi teruk dia merajuk"

Bisik hati Jisung. Nasib comel. Jisung memegang bahu Lino tetapi ditepis.

"Awak..." Panggil Jisung meleret. Lino hanya menggumam. Lemah bila Jisung memanggilnya begitu. Nasib dia tidak memandang wajah Jisung. Jika tidak pasti dia tidak jadi merajuk.

"Ala...janganlah merajuk. Benda kecik je" Kata Jisung. Lino menolak Jisung sehingga terbaring di sofa. Lino berada di atas badan Jisung terus merenung wajah Jisung yang sedang menayangkan wajah terkejut.

Perlahan wajah Lino ingin mendekati bibir Jisung. Jisung hanya memejamkan matanya. Lino tersengih sinis melihat Jisung memejamkan mata. Lino terus bangun dari terus berada di atas badan Jisung.

"Kenapa tu kejam mata?" Soal Lino lalu mengekek ketawa kerana dapat mengenakan Jisung. Jisung terus membuka mata. Dia terus bangun memukul bahu Lino yang sedang mentertawakan dirinya.

"Jahat tau" Kata Jisung dengan wajah memerah. Malu. Lino tersengih sinis.

"Kenapa? Nak ke?" Soal Lino. Baru sahaja dia ingin mendekati Jisung, Jisung sudah lari.

"Pervert!!" Jerit Jisung lalu berlari memasuki bilik mereka. Lino tergelak melihat Jisung. Kepalanya digelengkan berkali kali.

"Nasib baik aku sedar tadi. Kalau tak. Haih terlajak rasanya"

Bisik hati Lino. Lino berlalu masuk ke dalam biliknya untuk melihat apa yang sedang Jisung buat. Suka dapat menyakat Jisung.

Ini adalah cerita bl. So jangan marah kalau ada scene ii macam ni😂

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now