Ketiga mereka masih lagi menanti dengan sabar. Hampir setengah jam mereka berada di situ.
Felix sudah tertidur dalam dakapan Changbin akibat lelah menangis.
Bangchan berjalan berulang-alik dihadapan wad kecemasan tersebut. Hatinya tak tenteram selagi tidak mendapat sebarang berita dari doktor.
Changbin mengeluh perlahan sambil mengusap perlahan rambut Felix. Kesian dia melihat mata Felix yang bengkak kerana menangis.
Changbin mengelap perlahan sisa air mata di pipi Felix. Kesian kekasihnya itu terpaksa melihat keadaan yang sungguh kucar-kacir tadi.
"Hyung. Duduk lah. Sabar okay?" Pujuk Changbin. Dia risau akan Bangchan yang dari tadi tidak senang duduk.
Bangchan akhirnya mengalah dan duduk di sebelah Changbin. Dia menyandarkan badannya sambil memeluk tubuh.
Sungguh dia memang mengharapkan doktor untuk cepat keluar.
Beberapa minit kemudian, lampu di wad kecemasan itu terpadam menandakan pemeriksaan atau apa sahaja yang para doktor dan jururawat di dalam lakukan telah selesai.
Para jururawat menolak katil Jisung, manakal Bangchan bangun menghadap doktor.
Changbin disuruh oleh Bangchan untuk duduk menjaga Felix.
"Macam mana keadaan Jisung doktor?" Soal Bangchan. Doktor itu memandang Bangchan sebelum menghelas nafas perlahan.
"Saya ada dua berita. Yang baik dan juga yang buruk. Yang mana awak nak dengar dulu?" Soal doktor tersebut. Bangchan termenung seketika.
Untuk menikmati kemanisan dan kegembiraan perlulah menempuhi kepahitan dan keperitan dulu bukan?
"Berita buruknya apa dok?" Soal Bangchan. Doktor itu tersenyum nipis.
"Pesakit sempat berada di tahap kritikal kerana kesulitan bernafas. Kami sempat mengatasi tahap tersebut namun sekarang pesakit sudah berada di kanser tahap ke-4" Terang doktor itu.
Jantung Bangchan bagaikan terhenti. Bibirnya bergetar menahan perasaan. Matanya bergenang dengan air mata.
"Be- berita baiknya doktor?" Soal Bangchan. Doktor tersenyum lebar.
"Kami mempunyai kaedah baharu yang mampu menyenbuhkan penyakit kanser paru-paru ini iaitu kaedah imunoterapi. Kaedah ini tidak seperti kaedah lama yang menyebabkan rambut gugur dan simptom-simptom lain" Terang doktor tersebut.
Bangchan menghela nafas lega.
"Cumanya kaedah ini tidak akan sembuhkan diri pesakit sepenuhnya. Tapi ia mampu memanjangkan jangka hayat pesakit selama 6 hingga 7 tahun" Terang doktor itu lagi.
Bangchan menganggukkan kepalanya tanda faham akan apa yang disampaikan oleh doktor tersebut.
"Tolong beri dia semangat untuk hidup. Dia masih lagi mempunyai peluang untuk sembuh. Oh sebelum saya lupa. Wad pesakit tadi di tingakat 4 no 579" Doktor itu menepuk perlahan bahu Bangchan sebelum berlalu pergi.
Bangchan terduduk sambil mengambil nafas yang dia tahan tanpa dia sedar.
"Oh my- Thanks god-" Bangchan bangun sambil tersenyum mendekati Changbin dan Felix.
Felix nampaknya sudah bangun walaupon wajahnya masih kelihatan mamai. Changbin masih lagi dengan wajah risau.
"Macam mana hyung? Doktor cakap apa?" Soal Changbin. Bangchan tersenyum lalu menyampaikan perkara baik kepada Felix dan juga Changbin.
Felix terus segar mendengar apa yang disampaikan oleh Bangchan. Changbin serta Felix tersenyum mendengar berita baik yang disampaikan oleh Bangchan.
Bangchan tersenyum melihat reaksi Felix dan Changbin. Biar lah berita buruk itu hanya dirinya sahaja yang tahu. Dia tidak mahu riak wajah yang muncul di wajah rakannya itu berubah.
"Jom kita pergi wad Jisung. Felix kalau nak sambung tidur pon boleh" Kata Bangchan disambut dengan anggukan ceria dari Felix dan Changbin.
Bangchan menunjukkan jalan ke wad Jisung sambil tersenyum.
*****
Hyunjin berada di rumahnya sambil melihat berita yang dihantar melalui pesanan dari Changbin.
Hyunjin mengeluh perlahan.
"Please Jisung. Tahan sikit je. Aku janji untuk balas dendam demi kau. Tolong bertahan. Toling teruskan hidup" Kata Hyunjin pada dirinya.
Di dalam kepalanya sudah dia rancangkan pelbagai benda, pelbagai cara.
Andai salah satunya tidak berjalan dengan lancar. Namun dia yakin yang semuanya akan berjalan seperti apa yang dia rancang.
"Selamat melahirkan anak di penjara Ms. Momo~" Bisik Hyunjin pada dirinya sambil tersengih sinis.
"Omma, tunggu Hyun okay?" Soal Hyunjin sambil menatap bumbung rumahnya itu seperti sedang berbual dengan ibunya yang setia menanti di atas.
"Kau tunggu lah Momo. Kau yang buatkan aku jadi macam ni dan aku takkan biarkan kau terlepas" Bisik Hyunjin sekali lagi sambil meratapi gambar Momo yang sudah dia hancurkan menggunkan pen merah.
Semoga rancangannya menjadi dengan sempurna tanpa ada salah sedikit pon.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...