✨17✨

708 42 0
                                    

Dua orang lelaki memaksa Hyunjin untuk duduk di atas kerusi yang disediakan di sebuah bilik yang dirinya sendiri tidak tahu di mana. Hyunjin kelihatan terpinga pinga.

"Apa korang nak dengan aku?" Soal Hyunjin. Namun, kedua dua lelaki itu hanya diam. Mereka berdiri di sisi Hyunjin agar Hyunjin tidak lari.

Tiba tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Seorang gadis melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Hyunjin hanya memandang tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Hye boy" Kata gadis itu sinis. Hyunjin memandang gadis itu.

"Apa kau nak dari aku?" Soal Hyunjin tidak puas hati. Sudah lah dia hendak membeli barang tiba tiba sahaja kena culik. Namun gadi di hadapannya itu hanya tersenyim sinis.

"Aku nak kau tolong aku" Kata gadis itu. Hyunjin memeluk tubuhnya.

"Tolong apa?" Soal Hyunjin sombong. Kenal pon tak tiba tiba nak minta tolong. Bukannya tak boleh minta baik baik.

"Tolong aku dapatkan Lino" Kata gadis itu sambil tersengih sinis. Hyunjin yang mendengar kata kata gadis itu terus terkejut namun dia masih mengawal riak wajahnya.

"Kalau aku taknak?" Soal Hyunjin. Gadis di hadapannya itu sekali lagi tersengih sinis.

"Mak kau yang dekat hospital tu akan mati" Kata gadis itu. Kali ini wajah terkejutnya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Macam mana kau tau mak aku ada dekat hospital?" Soal Hyunjin. Gadis di hadapannya itu hanya  hanya menayangkan wajah tenang sambil meniup niup kukunya yang berkilau itu.

"Well. Petik jari je aku boleh tau semuanya termasuk penyakit mak kau. And sekelip mata je mak kau boleh mati kalau aku arahkan" Kata gadis itu tenang. Dia memandang wajah Hyunjin yang kelihatan ingin meluahkan rasa marahnya. Namun gadis itu masih tenang. Buat apa dia mahu takut?

"Kau jangan sesekali sentuh mak aku!" Tegas Hyunjin. Gadis di hadapannya itu berdecit.

"Then. Kalau kau taknak mak kau di apa apakan. Ikut cakap aku" Ayat terakhir gadis itu berubah tegas.

Nafas Hyunjin kelihatan tidak teratur. Dadanya turun naik disebabkan rasa marah dan takut. Mengapa dia perlu takut? Dia takut sebab dia tau yang dia bakal musnahkan hidup orang lain.

"Kalau kau ikut cakap aku. Aku akan tolong kau bayar bil bil hospital yang tertunggak tu" Kata gadis itu agar Hyunjin bersetuju dengan dirinya. Hyunjin mengeluh. Dia tiada pilihan selain bersetuju. Perlahan laha  dia mengangguk.

Lagipon dia memang memerlukan wang. Bukannya gaji dia mengajar Jisung itu tidak cukup. Cukup sahaja tetapi duit itu dia gunakan untuk membeli barang rumahnya. Lagipon bil yang tertunggak sebelum ini tidak akan terlangsai dengan duit gajinya.

"Ok good" Kata gadis itu. Hyunjin menundukkan kepalanya. Gadis itu memandang ke arah dua orang lelaki di sisi Hyunjin.

"Bawak dia balik ke rumah-"

"Ani. Hospital" Kata Hyunjin. Gadis itu hanya mengangguk. Dia mengarahkan dua orang lelaki itu menghantar Hyunjin ke hospital.

"Ingat jangan cuba untuk lari dari aku. Aku akan hubungi kau kalau aku perlukan kau" Kata gadis itu namun hanya dibalas dengan anggukkan dari Hyunjin.

Kedua dua orang lelaki itu membawa Hyunjin ke kereta sebelum kereta di pandu keluar dari kawan tersebut menuju ke hospital.










   Pintu wad dibuka perlahan. Hyunjin melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Dia menuju ke arah omma nya yang sedang terbaring dengan alat bantuan pernafasan. Hyunjin memegang tangan omma nya itu.

Sudah hampir sebulan omma nya itu terlantar di katil ini dengan bantuan alat pernafasan. Omma nya hanya bergantung pada alat itu sahaja.

Doktor beritau jika dalam masa dua minggu dan omma nya masih belum sedar, dia perlu mencabut alat tersebut. Lagipon bagi Hyunjin jika itu yang terbaik dia akan buat. Dia tau omma nya akan terseksa dengan alat itu tetapi dia tidak sanggup ingin melihat omma nya pergi.

Sejak appa meninggalkan dirinya, omma dia lah yang membanting tulang mencari kerja untuk menyara dirinya. Dan kini adalah masanya untuk dia membalas jasa omma nya itu.

"Omma" Panggil Hyunjin perlahan. Tangan omma nya itu di genggam erat.

"Betul ke apa yang Jinnie buat ni?" Soal Hyunijn pada omma nya. Walaupon omma nya tidak mampu membalas tapi dia yakin omma nya dengar luahannya itu.

Sedang sibuk dia melayan perasaan, tiba tiba omma nya membalas genggamannya itu. Terkejut Hyunjin di buatnya. Kelihatan mata omma nya itu bergerak gerak seakan ingin terbuka. Hyunjin segera berlari keluar dari wad lalu memanggil doktor yang bertugas.

Hah 1 chapter untuk kisah Hyunjin.

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now