"Kau buat apa kat sini?" Soal Jisung. Hyunjin tersenyum kecil lalu mengambil tempat di sebelah katil Jisung.
"Aku lawat omma aku tadi. Lepastu aku dengar doktor sebut nama kau. Sebab tu aku datang" Kata Hyunjin. Jisung menganggukkan kepalanya.
"Kau ok?" Soal Hyunjin. Jisung tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya.
"Kau gaduh dengan tuan kan?" Soal Hyunjin ingin kepastian.
"Macam mana kau tau?" Soal Jisung pelik.
"Tadi aku datang rumah kau. Dia cakap kau dah tak duduk dengan dia" Kata Hyunjin. Tangannya digenggam sekuat hati.
Dia tak sangka perempuan tu bertindak awal.
Jisung hanya mengngguk untuk menjawab soalan Hyunjin tadi.
"Aku akan tolong kau berbaik dengan tuan Lino semula" Kata Hyunjin. Jisung hanya tersenyum kecil.
"Thanks Hyun" Kata Jisung. Hyunjin menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Pintu wad Jisung dibuka dari luar. Bangchan melangkah masuk sambil membawa makanan Jisung.
"Siapa ni?" Soal Bangchan. Hyunjin bangun lalu menundukkan badannya sebagai tanda hormat.
"Annyeonghaseyo" Bangchan tersenyum memandang Hyunjin.
"Ni Hyunjin. Dia lah yang ajar Han masa kat rumah tu" Kata Jisung. Bangchan menganggukkan kepalanya.
"Lepasni kalau nak jumpa Han, datang je rumah hyung" Kata Bangchan. Hyunjin terkejut kerana Bangchan membahasakan dirinya sebagai "Hyung".
Namun perlahan lahan senyuman terukir. Hyunjin menganggukkan kepalanya.
" Ermm ok lah. Saya pergi dulu. Nak beli makanan untuk omma" Kata Hyunjin. Bangchan menganggukkan kepalanya.
"Aku pergi dulu tau. Semoga kau cepat sembuh" Kata Hyunjin sambil tersenyum ke arah Jisung.
Jisung membalas senyuman Hyunjin lalu menganggukkan kepalanya.
*****
Hyunjin duduk di tepi katil ibunya yang masih lagi dibuai mimpi. Tangan ibunya diusap lembut.
"Omma. Kenapa Hyun rasa serba salah? Salah ke niat Hyun untuk lindungi omma?" Soal Hyunjin kepada ibunya walaupon dia tau ibunya sedang tidur.
"Hyun buat semua tu demi kebaikan kita tapi orang lain terseksa. Hyun gembira atas penderitaan orang lain" Kata Hyunjin.
Dia gembira ibunya sudah tidak menjadi ugutan mereka lagi tapi orang lain yang terseksa.
"Apa patut Hyun buat? Hyun taknak orang lain terseksa sebab Hyun" Kata Hyunjin. Air matanya menitis mengalir di pipi.
"Hyun tak pernah berniat pon nak pisahkan diorang tapi Hyun terpaksa. Hyun taknak kehilangan omma. Hyun sayang omma" Kata Hyunjin lagi. Dia melentokkan kepalanya di atas katil hospital itu sambil menangis.
Tak lama kemudian, ibu Hyunjin mengesat air matanya. Hyunjin terus terbangun.
Dia membantu ibunya untuk duduk. Ye lah ibunya sudah lumpuh separuh badan. Tidak mampu untuk duduk sendiri.
"Hyun. Tak salah kalau kita nak selamatkan orang yang kita sayang. Tapi salah bila kita buat orang lain menderita" Kata ibunya membuatkan Hyunjin semakin diselubungi perasaan serba salah.
"Tapi Hyun tak berniat pon nak pisahkan diorang. Apa yang patut Hyun buat?"
"Cuba buat mereka berbaik semula. Buatkan diorang bersama semula. Omma tau anak omma ni anak yang baik" Pujuk ibunya.
Hyunjin tersenyum kecil mendengar pujian ibunya. Badan ibunya dipeluk.
"Terima kasih omma" Kata Hyunjin. Ibunya tersenyum nipis lalu mencium lembut kepala anaknya itu.
"Omma nak jalan jalan tak? Hyun bawak omma naik kerusi roda. Jom?" Ajak Hyunjin. Ibunya hanya mengangguk sambil tersenyum.
A/n tau korang keliru sama ada nk benci atau kesian dengan hyunjin.
Jangan risau sebab chapter akan datang lagi teruk. Why? Sebab korang tak tau sama ada nak benci atau kesian pada lino, hyunjin dan perempuan pengacau tu.
Semoga korang tabah. Siapa suruh tak vote. Tiberr
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...