"Sayang" Jisung yang sedang berbaring di peha Lino terus memandang wajah Lino. Mereka berdua sedang khusyuk menonton tv.
"Awak tak terfikir ke nak belajar semula?" Soa Lino. Jisung memandang Lino dengan terkejut.
"Macam man-" Tidak sempat Jisung menhabiskan ayatnya Lino sudah pintas."Sebelum saya culik awak lagi saya dah selidik semuanya" Kata Lino sambil tersenyum. Jisung bangun dari pembaringannya. Dia memandang Lino sebelum mengeluh.
"Tak perlu kot. Lagipon takkan saya nak ke sekolah dengan umur yang dah cecah 20 tahun. Dan saya mana ada duit nak tampung yuran sekolah" Kata Jisung. Kepalanya ditunduk memandang lantai. Lino tersenyum sedikit.
"Siapa kata awak perlu pergi ke sekolah? Saya boleh je upah mana mana guru ajar awak dekat rumah. Saya pon boleh tolong kalau awak tak faham. About yuran tu semua jangan risau lah. Saya boleh bayar" Kata Lino lalu tersenyum nipis. Jisung yang tadinya menunduk terus memandang ke arah Lino.
"Takpe lah. Tak perlu susahkan diri awak. Saya okay je" Kata Jisung. Lino mengeluh perlahan.
"Okay look. Saya nak awak belajar semula sebab saya nak tengok awak berjaya. Lagipon sebelum saya 'culik' awak pon memang saya bercadang nak tampung semua ni" Terang Lino. Tangannya menepis air mata yang jatuh di pipi Jisung. Jisung yang terkejut terus mengundur. Pipinya yang basah dipegang. Entah bila dia menangis pon dia tidak sedar tapi sungguh dia memang terharu dengan apa yang Lino katakan. Selama ini tiada siapa yang kisah tentang dirinya. Lino terenyum kecil melihat Jisung.
"Terima please" Rayu Lino sambil membuat muka comel. Jisung mengeluh sebelum mengangguk. Lino tersenyum gembira melihat Jisung setuju dengan cadangannya.
"Kajja kita masuk tidur" Ajak Lino. Jisung memgangguk. Lino terus mengangkat Jisung seperti mengangkat pengantin. Terjerit kecil Jisung dibuatnya. Mengekek Lino ketawa kerana dapat menyakat Jisung.
*****
Malam esoknya Jisung dan Lino duduk di hadapan tv. Muka Jisung masam tetapi tidak dilayan Lino.
"Awak tolonglah cari cikgu yang lain" Jisung memujuk Lino sambil menggoyangkan lengan Lino.
"Kenapa pula? Dah okay lah cikgu yang tu" Kata Lino. Jisung menggeleng kepala laju.
"Taknak. Cari lah cikgu lelaki. Cikgu tu dia punya tu besar lah" Rungut Jisung. Lino pandang Jisung dengan laju.
"Heyy saya suruh belajar bukan tengok cikgu tu punya" Kata Lino. Jisung membuat muka hampir menangis. Dia menggeleng kepala laju.
"Taknak!!! Tadi cikgu tu rapatkan dia punya tu dekat saya!! Tolonglah!!" Raung Jisung. Badan Lino digoncang berkali kali. Mana taknya. Sudahlah mereka berdua sahaja di rumah walaupon ada pengawal di luar. Lagi pula cikgu tu sengaja rapat rapat dengan Jisung. Lino yang malas mahu mendengar raungan Jisung mengeluh.
"Ye lah. Esok saya cari cikgu lelaki. Tapi jangan nak menggatal eh dengan cikgu tu nanti" Lino terus memberi amaran. Jisung mengangguk laju. Dia tidak kisah yang penting bukan dengan cikgu perempuan itu.
"Dah jom masuk tidur. Saya nak peluk awak kuat kuat malam ni" Kata Lino. Dia terus menarik tangan Jisung menaiki tangga ke arah bilik mereka berdua. Jisung hanya mengikut tanpa membantah.
*****
"Ok Jisung this is your new teacher. Hwang Hyunjin" Kata Lino pada Jisung. Jisung hanya mengangguk melihat Lino dan Hyunjin. Hyunjin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Jisung. Jisung hanya menyambut huluran tersebut sambil diperhatikan Lino.
"Dah aku nak pergi kerja. Ajar dia elok elok bro" Kata Lino. Hyunjin hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Lino bergerak ke arah Jisung.
"Saya pergi kerja dulu tau. Jangan nakal nakal" Nasihat Lino. Jisung mengangguk laju. Lino mencium lembut dahi Jisung tanpa Hyunjin perasan. Lino terus bergerak meninggalkan mereka.
*****
Kini malam telah muncul. Lino dan Jisung berada di dalam bilik mereka. Jisung sudah terbaring namun Lino masih lagi menumpukan perhatian pada telephonenya sambil menyandarkan kepalanya di kepala katil. Lino menyuruh Jisung untuk memeluknya dan seperti biasa Jisung hanya menurut tanpa membantah.
"Awak" Panggil Lino. Jisung hanya menggumam membalas panggilan Lino.
"Janji dengan saya yang awak takkan lari dari saya" Kata Lino. Jisung memandang Lino lama. Jujur dulu dia memang terfikir untuk melarikan diri tapi sekarang tidak lagi kerana Lino melayannya dengan sangat baik. Jisung terus mengangguk. Lino tersenyum nipis. Tangannya mengusap lembut rambut Jisung.
"Esok saya belikan awak telephone. Saya tahu awak bosan duduk dekat rumah kan?" Soal Lino sambil tangannya masih mengusap rambut Jisung. Jisung hanya mengangguk dengan soalan Lino kerana matanya sudah semakin layu.
"Tapi jangan gunakan telephone tu sebagai peluang untuk awak larikan diri. Boleh kan?" Soal Lino. Jisung mengangguk sebelum terlelap. Lino masih lagi meneruskan usapan tersebut. Dia memandang ke arah Jisung.
"Tidur dah" Kata Lino sambil tersenyum nipis. Selimut di ambil untuk menghalang badan Jisung daripada kesejukan.
"Please always stay by my side" Bisik Lino. Dia tersenyum lemah memandang Jisung.
"Walau apapun yang berlaku. Saranghae" Bisik Lino sebelum matanya terpejam. Tangannya memeluk erat tubuh Jisung. Malam itu mereka berdua tidur dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...