25/3/2016
Pelik. Kenapa setiap kali aku pandang lelaki jantung aku berdegup laju? Aku ni gay ke?Jisung yang membaca terus tergamam. Dia membuka helaian yang baru baru ini.
15/7/2018
Haih omma ni. Aku takde perasaan dekat perempuan macam mana aku nak cari menantu untuk dia?Jisung mengerutkan dahinya. Dia membuka muka surat seterusnya.
13/11/2018
Terpaksa aku terima calon omma. Wae??!!! Aku tak kenal dia pon. Kenapa aku kena bercinta dengan dia?Jisung termenung seketika. Dia memandang buku itu lama. Dia terasa serba salah membaca diari orang namun sudah hampir ke penghujung jadi dia akan habiskan.
12/01/2020
Dia fikir aku bodoh ke apa?? Dengan omma dia boleh lah tipu tapi dengan aku jangan harap. Dia fikir aku tak tau ke hah yang dia ni kaki kikis harta orang.Jisung berkelip mata berkali kali. Dia membaca balik ayat Lino di dalam diari tersebut.
"So maknanya dia pernah bercinta?" Soal Jisung pada dirinya sendiri. Helaian seterusnya diselak.
22/01/2020
Finally...freedom haha. Omma dah tau perangai perempuan tu. Tapi sedih lah. Aku dah jadi single balik huhuHampir sahaja Jisung tergelak. Dia membaca muka surat sebelah. Baru sahaja ditulis semalam.
25/01/2020
Kenapa aku pandang budak tu jantung aku berdegup? Betul ke aku gay? Han Jisung. Nama tu terngiang dalam fikiran aku. Aku akan dapatkan kau.Jisung tergamam membaca ayat yang ditulis oleh Lino sehingga tidak sedar pintu bilik itu dibuka.
"Han Ji- kau buat apa tu?!!!" Jerkah Lino. Jisung yang terkejut terus tercampak diari pada tangannya. Tilam yang dibawa oleh Lino dicampak ke tepi. Dia terus mengambil diarinya itu.
"Kau baca?" Soal Lino. Dadanya turun naik menahan kemarahan. Jisung terundur kebelakang melihat reaksi Lino yang lebih menakutkan daripada sebelum ini.
"Siapa yang izinkan kau baca hah?!!" Jerit Lino. Pipi Jisung dicengkam sekuatnya. Jisung mengerang kesakitan. Air matanya mengalir dengan laju. Lino melepaskan cengkaman tersebut dengan kuat sehingga badan Jisung terhempas di lantai."Arkk appo!!" Erang Jisung. Lino mengambil tali pinggang yang terdapat di dalam laci almari tersebut.
"Sini aku ajar kau cara hormat privasi orang" Kata Lino. Dia mendekati Jisung. Jisung terus melutut merayu.
"Ani...tolonglah jangan. Saya taknak. Jebal!" Rayu Jisung namun rayuannya di abaikan. Badannya terus dilibas menggunakan tali pinggang. Meraung Jisung apabila tali pinggang tersebut terkena tepat pada badannya. Setiap kali dia mengundur pasti Lino akan menarik kakinya supaya tidak dapat lari jauh.
"Tak sampai satu hari duduk sini dah pandai ceroboh privasi orang kan" Kata Lino dengan marah.
"Ani jebal. Tolonglah berhenti. Appo" Kata Jisung sambil menangis. Lino mencampak tali pinggang tersebut ke tepi tangga. Jisung menjauhkan dirinya jauh dari Lino. Dia memeluk lututnya dengan erat. Badannya menggigil ketakutan. Lino meraup rambutnya dengan kasar. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik dihempas kuat. Jisung dapat dengar Lino mengunci pintu tersebut menggunakan mangga lalu menjerit sekuat hati.
*****
Keesokan harinya Lino masih lagi belum datang ke bilik dimana keberadaan Jisung walaupon sudah petang. Jisung memegang perutnya yang yang dari tadi berbunyi. Tekaknya juga terasa kering kerana belum meminum air walaupon setitis. Sedang Jisung memeluk lututnya tiba tiba pintu terbuka. Jisung mengundur ke belakang.
"Hey hey jangan takut. Saya Chan. Kawan Lino" Kata Bangchan sambil tersenyum. Jisung memandang ke arah Bangchan.
"Mm...mana dia?" Soal Jisung dengan suara bergetar. Dia berasa takut untuk menyebut atau mendengar nama Lino.
"Ouh dia terpaksa balik ke rumah omma dia. So dia suruh saya jaga awak dan rumah ni" Terang Bangchan. Makanan di atas dulang diletakkan di hadapan Jisung.
"Makanlah. Saya tahu awak lapar" Kata Bangchan sambil tersenyum. Jisung menundukkan kepalanya sedikit.
"Tt...terima kasih" Kata Jisung. Bangchan tersenyum sambil mengangguk. Bangchan terlihat bibir Jisung yang pecah. Mungkin kerana semalam. Bangchan keluar dari bilik tersebut.
Beberapa minit kemudian Bangchan kembali dengan membawa peti kecemasan. Bangchan melihat Jisung yang hampir sahaja menghabiskan makanan. Susah untuk dia makan kerana pipinya masih sakit akibat dicengkam dengan kuat. Bangchan memandang Jisung dengan pandangan simpati.
"Dah habis makan?" Soal Bangchan. Jisung mengangguk perlahan.
"Sini. Saya rawat luka awak tu" Kata Bangchan. Jisung mendekati Bangchan perlahan lahan. Bangchan tersenyum melihat Jisung. Luka di bibir Jisung di rawat. Sesekali Jisung mengaduh kesakitan apabila kapas menyentuh bibirnya yang pecah.
"Haih Lino memang macam ni. Dia tak pandai nak kawal baran dia" Kata Bangchan lalu mengeluh perlahan. Jisung hanya diam memerhati Bangchan mengambil ubat untuk menyapu pada bahagian badannya yang terkena libasan semalam.
"Saya harap awak dapat bantu dia kawal baran dia. I know you can" Kata Bangchan. Jisung hanya terdiam. Lagipon semuanya memang berpunca dari dirinya sendiri. Salah dia kerana tidak menghormati privasi Lino. Dia tidak boleh nak salahkan Lino sedangkan dia yang mengundang kemarahan Lino.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...