Jisung dan Lino kini berada di hadapan tv. Kepala Jisung berada di atas peha Lino memandangkan Lino ingin bermain dengan rambut Jisung. Hampir sahaja dia ingin terlelap Lino terus menepuk pipinya. Jisung terus memandang ke arah Lino dengan kening yang berkerut.
"Nak apa?" Soal Jisung dengan wajah mengantuk. Sesungguhnya seorang yang bernama Han Jisung tidak boleh baring atau dia akan tertidur.
"Jangan lah tidur. Teman saya" Kata Lino sambil tangannya masih lagi bermain dengan rambut Jisung.
Tiba tiba mereka berdua terdengar seperti seseorang sedang cuba membuka kata laluan pintu rumah Lino. Jisung dan Lino memandang sesama sendiri.
Pintu terbuka dari luar dan terserlah lah wajah Bangchan sedang membawa makanan. Bangchan memandang Jisung dan Lino bersilih ganti.
"Kenapa korang pandang hyung macam tu?" Soal Bangchan. Lino dan Jisung menghembus nafas lega.
"Kitorang ingatkan pencuri tau tadi" Kata Lino. Jisung disebelah menganggukkan kepalanya.
"Nah. Hyung bawa makanan" Kata Bangchan apabila tiba di hadapan Lino dan Jisung sambil tangannya menghulurkan bungkusan makanan itu. Jisung menyambut bungkusan tersebut.
Batu sahaja Jisung ingin berlalu ke dapur, Bangchan sudah menahan lengan Jisung.
"Kenapa muka pucat ni?" Soal Bangchan sambil membelek wajah Jisung.
"Demam sikit" Kata Jisung singkat.
"Betul ni? Taknak pergi klinik?" Soal Bangchan. Jisung hanya menggelengkan kepalanya lalu berlalu ke dapur.
"Asal tak bawa Han pergi klinik?" Sola Bangchan lalu duduk di sofa. Lino mengeluh.
"Puas dah hyung. Dia yang taknak. Alasan nanti baik" Kata Lino. Bangchan menggelengkan kepalanya perlahan.
"Kenapa hyung dengar macam bising sangat dekat atas tu?" Soal Bangchan sambil matanya memandang ke tingkat atas.
"Ada soonie, doongie dengan dori" Kata Lino. Bangchan mengangguk.
"Ouhh. Bila kau pergi ambil diorang dekat rumah omma?" Soal Bangchan. Dia memang memanggil ibu Lino dengan pnaggilan omma memandangkan mereka sudah lama kenal.
"4 hari yang lepas" Kata Lino sambil tersengih. Jisung dari dapur terus memanggil mereka berdua untuk makan.
*****
"Aku nak kau bantu dia esok" Kata seorang gadis yang berpakaian seksi itu.
"Apa yang perlu aku buat?" Soal lelaki yang berbadan tegap di sisi Hyunjin.
"Nothing. Aku cuma nak kau bawa kereta dan ikut je ke mana budak Jisung tu pergi. Dan kau perlu umpan budak tu keluar. Tak kisah lah kau nak buat apa pon. Dan pasti kan Lino tak akan salah kan kau" Kata gadis itu.
"Kau nak buat apa dengan dia?" Soal Hyunjin ketakutan. Gadis itu tersenyum sinis.
"Kau tak perlu tau. Kau cuma perlu ikut arahan aku kalau kau nak omma kau selamat" Kata gadis itu lalu meninggalkan Hyunjin keseorangan di sebuah bilik perjumpaan mereka.
Hyunjin menggenggam rambutnya. Serabut dibuatnya. Dia tidak mahu memusnahkan hubungna orang lain tapi dalam pada masa yang sama dia tidak mahu keselamatan ibunya itu terjejas.
Lebih berisiko lagi apabila ibunya di dalam hospital. Sudah tentu gadis itu mampu lakukan macam macam perkara terhadap ibunya.
Hyunjin kini dibelenggu dengan rasa serba salah dan ketakutan.
*****
Keesokan harinya, sepertia biasa Lino akan pergi ke kerja. Jisung membetulkan tali leher Lino.
"Awak" Panggil Jisung. Lino menggumam sambil membetulkan butang kemeja di pergelangan tangannya.
"Boleh tak awak tak payah pergi kerja harini?" Soal Jisung. Pergerakan Lino terhenti lalu matanya memandang ke arah Jisung.
"Wae?" Soal Lino. Jisung menurunkan tangannya.
"Saya rasa tak sedap hati lah" Kata Jisung. Wajahnya yang kelihatan pucat membuatkan Lino lebih risau.
"Saya kalau boleh memang taknak pergi. But i can't. Dah berapa hari saya cuti. File file dekat pejabat tu pon dah bertimbun. I'm sorry okay" Kata Lino. Jisung mengangguk lemah.
"Okey macam ni. Saya janji yang saya akan cuba habis kan kerja awal. Siap je kerja tu semua saya terus balik" Pujuk Lino. Jisung memandang wajah Lino lama sebelum mengangguk lemah.
Lino mencium bibir Jisung sekilas.
"Bye baby" Kata Lino miang lalu tersengih. Jisung tersengih malu lalu memukul bahu Lino lembut.
"Gatal" Kata Jisung lalu berpusing ke arah lain untuk menyembunyikan wajahnya yang kian memerah. Lino tersengih.
Buka sahaja pintu, Hyunjin sudah berdiri di hadapan pintu.
"Ouh Hyunjin. Awal sampai" Kata Lino. Hyunjin membongkokkan badannya tanda hormat.
"Heee saya bangun awal tadi. Tu yang datang awal" Kata Hyunjin. Lino hanya meng-ouh-kan sahaja.
"Ahh tuan. Sebelum saya lupa. Bileh tak saya nak bawa Jisung keluar pergi beli barang lepas habis kelas?" So Hyunjin dengan sopan. Lino tersenyum nipis.
"Mestilah boleh" Kata Lino. Hyunjin tersenyum sebelum badannya ditundukkan sekali lagi.
"Terima kasih tuan" Kata Hyunjin. Lino mengangguk.
"Saya pergi dulu" Kata Lino lalu berjalan masuk ke dalam kereta. Keretanya terus meluncur keluar dari perkarangan rumah.
Finally. Hahaha sorry lama tak update. Bukan takde idea tapi tangan ni malas nk menaip ermmm.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...