✨21✨

622 45 7
                                    

Sampai sahaja di rumah Lino, Hyunjin menekan loceng rumah tersebut. Pintu pagar terbuka secara automatik. Tanpa berlengah, Hyunjin terus masuk ke dalam. Dia tahu nasib dirinya sebentar lagi.

Hyunjin masuk ke dalam rumah dan terlihat Lino sedang berjalan sambil berpeluk tubuh. Mukanya jelas menampakkan kerisauan.

"Macam mana Han boleh hilang??" Soal Lino menahan sabar. Dia tahu dia perlu menahan amarahnya untuk menyelesaikan masalah ini. Hyunjin menundukkan wajahnya.

"Saya minta maaf tuan. Saya yang salah. Saya yang terlampau leka bermain telephone tadi" Kata Hyunjin serba salah.

Ya memang dia rasa serba salah kerana bersetuju demi kebaikan dirinya dan ibunya. Dia tau dia pentingkan diri sendiri. Tapi dia taknak kehilangan ibunya.

"Aku percayakan kau Hyunjin. Aku percaya yang kau boleh jaga Han" Kata Lino. Belum sempat Hyunjin berkata apa apa, pintu rumah Lino terbuka. Terpampang wajah kerisauan Bangchan.

"Macam mana Han boleh hilang?" Soal Bangchan. Hyunjin menundukkan kepalanya.

Bangchan menghampiri Lino lalu menggosok belakang belakang Lino menyuruh Lino agar bersabar.

"Macam ni lah. Kita tunggu dulu sampai 24 jam. Kalau takde juga baru kita report polis" Kata Bangchan. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Mana boleh hyung. Kita dah yakin kan yang Han kena culik. Kenapa nak kena tunggu 24 jam??" Soal Lino dengan marah sambil bercekak pinggang.

"Kau ada bukti ke yang Han kena culik?"

"Ini buktinya!!" Jari Lino ditundingkam ke arah Hyunjin. Dadanya turun naik menahan amarah. Hyunjin hanya menundukkan kepalanya memandang lantai rumah Lino.

"Sabar lah Lino. Kalau kau terus nak marah je, benda ni takkan settle tau tak?!!" Bangchan meninggikan suaranya agar Lino bukan bersabar.

Lino menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Dia meraup wajahnya kerana beban di kepalanya.

"Mana kau pergi Han??" Rintih Lino. Hyunjin melutut lalu memegnag kki Lino.

"Saya minta maaf tuan" Rayu Hyunjin. Lino memandang ke arah lain.

"Aku kecewa dengan kau Hyunjin" Kata Lino sedih. Bangchan menyuruh Hyunjin bangun.

"Bukan salah kau" Kata Bagchan memujuk Hyunjin. Hyunjin hanya mengangguk lemah.

"Aku rasa better kau balik dulu. Dah nak malam ni" Kata Bangchan pada Hyunjin. Hyunjin mengangguk lalu berjalan lemah ke arah pintu untuk keluar. Dia memandang Lino dengan serba salah.

"Mianhae" Bisik Hyunjin sebelum melangkah keluar.

🍭🍭🍭

Lino masih lagi jalan mundar mandir memikirkan keberadaan Han. Selematkah dia? Sudah makan kah dia? Semua itu buatkan Lino serabut. Lebih serabut lagi apabila waktu hampir jam 11 malam. 

Bangchan hanya mampu melihat Lino berjalan tanpa henti. Dia cuba menjejaki telephone Han,tapi telephonenya termati. Dan lokasi terakhirnya adalah di perhentian bas tempat Han dan Hyunjin menunggu.

Rupa rupanya telephone Han terjatuh di situ dan pecah. Mereka hanya perlu menanti sehingga 24 jam berlalu.

Lino terus berlari ke pintu apabila terdengar loceng rumah berbunyi. Pintu dibuka lalu langkahnya dibuka dengan pantas ke arah pagar.

"Hann!!" Terjerit Lino apabila terlihat jasad Jisung terbaring lemah dengan wajah yang pucat.

Bnagchan yang terdengar jeritan Lino terus berlari ke arah Jisung. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat keadaan Jisung.

"Dah tepi. Biar hyung angkat dia" Kata Bangchan. Lino mengangguk lalu beralih ke tepi. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

Bnagchan segera mendukung Jisung dan dibawa masuk ke dalam rumah. Jisung dibaringkan di atas sofa yang terletak di ruang tamu.

Lino segera ke dapur mengambil bekas untuk mengisi air dan sapu tangan.

Sapu tangan dibasahkan lalu diperah. Wajah Jisung dibersihkan kerana terdapat luka luka kecil di wajah Jisung.

Sekali lagi sapu tangan itu direndam dan diperah lalu diletakkan di atas dahi Jisung.

Bangchan hanya memerhati sahaja perlakuan Lino. Lino terduduk lemah melihat keadaan Jisung.

Bangchan mengusap belakang Lino menyuruhnya bersabar.

Uhukkk...heyyo...miss me? Ofc not.

Ok just nk ckp...yng otak aye ni dh lame tak kena rendam dengan clorox so maybe ada adegan yng x sesuai...but adegan tu just 15+ so don't worry...ngehehe

Author mu yng baik ni dh ingatkan tau so jangan marah yee

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now