~tokk tokk tokk
Lino yang sesang berbaring di atas katil sambil bermain telephone segera bangun. Dia membuka pintu dan terpampang wajah Jisung di hadapan pintu. Lino tersenyum nipis.
"Masuk lah" Kata Lino. Jisung masuk ke dalam bilik Lino untuk tidur memandangkan hari sudah malam.
"Ermm saya tidur dekat bawah je boleh tak?" Soal Jisung. Lino memandang Jisung sambil mengangkat kening.
"Why? Tak sudi nak tidur dengan saya?" Soal Lino. Jisung menggeleng perlahan.
"Habis tu? Tak selesa?" Teka Lino. Jisung menundukkan kepalanya terus mengangguk perlahan. Lino menarik Jisung menuju ke katilnya.
"Please tidur dengan saya. Katil ji besar. Tak selesa lah tidur sorang" Kata Lino seakan memujuk Jisung. Jisung mengeluh sedikit sebelum mengangguk perlahan. Tidak sampai hati ingin menolak. Lino tersenyum. Dia terus berbaring. Tangannya menarik Jisung untuk baring sekali. Wajah mereka menghadap sesama sendiri. Lino tersenyum lembut.
"Kenapa kita tak pernah kenal dari dulu?" Soal Lino. Tangannya bermain dengan rambut Jisung. Rambut Jisung merupakan temoat kegemaran Lino kerana rambutnya sangat lembut.
"Mungkin takde jodoh" Kata Jisung menjawab pertanyaan Lino tadi. Walaupon dia tahu soalan itu bukan dituju padanya namun dia tetap jawab kerana tidak mahu soalan Lino sebentar tadi tergantung. Lino tersenyum.
"Awak pakai shampoo apa hah sampai lembut macam ni?" Soal Lino seperti kegeraman. Jisung memandang Lino dengan mata tidak berkelip.
"Pakai shampoo awak lah" Kata Jisung. Lino membuat muka tidak puas hati.
"Tapi rambut saya tak macam tu pon. Ish tak adil" Kata Lino. Jisung tertawa kecil.
"Jom lah tidur" Kata Jisung. Tangan Lino terus berhenti dari bermain rambut Jisung.
"Kiss dulu" Kata Lino dengan selamba.
"Hah?" Jisung terkejut mendengar kata kata Lino. Lino tertawa kecil melihat reaksi Jisung yang kelihatan sungguh terskejut.
"Gurau je lah" Kata Lino. Dia terus memeluk badan Jisung yang lebih kecil darinya. Nampak sahaja badan Jisung ini besar tetapi badannya lebih kecil berbanding Lino dan lebih ringan.
Lino mencium dahi Jisung sebelum di letakkan pada dadanya.
"Goodnight" Bisik Lino sebelum memejam mata untuk tidur. Jisung terkejut dengan tindakan Lino yang mencium dahinya. Perlahan dia membalas pelukan Lino. Hangat. Hanya itu yang dapat digambarkan oleh Jisung. Lino tersenyum kecil apabila merasakan tangan Jisung membalas pelukannya sebelum dia terlelap. Mereka berdua terus tertidur sambil berpelukan. Terasa hangat walaupon cuaca di luar sengguh sejuk.
*****
Lino terjaga dari lena. Dia menepuk tilam untuk memeluk seseorang. Mata Lino terus segar apabila merasakan Jisung tiada di sebelahnya.
"Oh shiet" Kata Lino. Dia terus bangun dan mencari Jisung di dalam bilik mandi. Kosong. Lino menggaru kepalanya kasar. Dia merengus kegeraman. Lino terus turun ke bawah untuk mencari Jisung di ruang tamu namun tiada. Sampai sahaja di dapur dia ternampak Jisung sesang memasak sarapan. Lino menghembus nafas lega. Sikit sahaja lagi dia ingin mengamuk.
Lino menghampiri Jisung. Baru sahaja dia ingin memeluk Jisung secara tiba tiba Jisung pusing kebelakang sambil tangannya memegang pisau. Lino terus mengundur ke belakang untuk mengelak dari terkena pisau. Dia tidak dapat mengimbangkan badan dan terus terjatuh. Terbuntang mata Jisung melihat Lino.
"Aduh" Lino mengaduh kerana punggungnya terhentak dengan kuat. Jisung meletakkan pisau sebelum mendekati Lino.
"Awak ok tak? Tu lah kenapa tak tegur awal awal. Kan dah kena macam ni" Bebel Jisung. Lino hanya pasrah. Sudah lah dia sedang sakit tetapi Jisung boleh pula membebel.
"Ala orang nak bagi surprise je" Kata Lino sambil memuncungkan bibirnya. Perlahan dia bangun dengan bantuan Jisung. Punggungnya digosok kerana sakit. Jisung membantu Lino ke arah meja makan.
"Tu lah lain kali nak bagi surprise tengok juga keadaan. Nasib sempat elak. Kang tak pasal pasal saya dituduh nak bunuh awak" Bebel Jisung. Lino terus menutup mulut Jisung.
"Okay okay. Sorry okay? Dah jangan bebel lagi. Awak masak apa?" Soa Lino mengubah topik. Tidak sanggup dia ingin mendengar Jisung membebel lagi.
"Nasi goreng kimchi" Kata Jisung. Lino mengangguk.
"Pandai ke masak?" Soal Lino. Jisung memuncungkan bibirnya.
"Eh mestilah pandai. Awak je yang tak tau" Kata Jisung. Lino tergelak kecil.
"Nak air tak?" Soal Jisung. Lino mengangguk sedikit.
"Tea or coffee?" Soal Jisung. Lino berfikir sambil menggumam panjang.
"Coffee" Kata Lino. Jisung mengangguk sebelum menghidangkan minuman untuk Lino. Dia terus menyambung memasak sarapan untuk mereka.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...