✨48✨

404 57 4
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak Jisung dimasukkan ke dalam hospital.

Dia masih lagi di hospital dalam pemantauan doktor. Sesekali dia memerlukan bantuan pernafasan kerana paru-parunya yang lemah.

Sakit di dadanya sudah berkurang namun masih lagi terasa kadang-kadang.

Kini, Hyunjin dan Changbin sedang berjumpa. Changbin menyerahkan sebuah file kepada Hyunjin.

"Dalam tu ada semua maklumat yang kau nak" Kata Changbin. Hyunjin melihat segalanya.

Latar belakang Momo. Latar belakang pengikutnya. Serta gambar-gambar yang menunjukkan perlakuan Momo dan pengikut-pengijutnya.

Entah bagaimana Changbin mampu lakukan semua ini dalam masa yang singkat, dia juga tidak tau.

"Hyung boleh tolong Hyun untuk kali terakhir?" Pinta Hyunjin pada Changbin.

Changbin mengangkat sebelah keningnya. Pelik dengan permintaan Hyunjin namun dia abaikan.

"Tolong apa?" Soal Changbin.

"Tolong culik Momo" Kata Hyunjin dengan wajah datar.

"Hahh?!?!" Terkejut Changbin dibuatnya apabila mendengar permintaan Hyunjin.

"But she's still pregnant Hyun" Kata Changbin cuba menyedarkan Hyunjin.

Dia sangka Hyunjin akan membuat salinan untuk semua biodata dan gambar yang berada di dalam file itu dan serahkan kepada Minho dan juga polis.

Namun, apa yang dia fikirkan sangat bertentangan dengan rancangan Hyunjin. Kenapa Hyunjin mesti merumitkan keadaan yang sudah semula jadi senang?

"Hyun tau hyung. Tapi ni je cara untuk Hyun tamatkan semuanya" Kata Hyunjin. Tanpa Changbin sedar, Hyunjin telah memikirkan cara lain.

"But why? Hyun boleh je buat salinan bukti ni and bagi dekat polis dengan Lino. And semuanya selesai. Kenapa Hyun nak merumitkan benda ni?" Soal Changbin mengeluarkan isi hatinya.

Hyunjin menggelengkan kepalanya.

"Benda tu takkan memuaskan Hyun. Lagipon, Hyun dah rancang segalanya and hyung cuma perlu culik dia" Beritahu Hyunjin.

Changbin nampak seperti masih lagi tak puas hati dengan jawapan Hyunjin.

"Tapi Hyun, kau boleh je bagi bukti tu dekat polis and siap. Polis tangkap Momo and sumbat dia dalam penjara. Lino akan dapat bukti and dia akan balik pada Jisung again" Changbin mengeluarkan pendapatnya.

"Kalau hyung taknak tolong takpe. Hyun boleh buat sendiri" Kata Hyunjin mengambil file di depannya.

Baru sahaja dia ingin bangun, Changbin memegang pergelangan tangan Hyunjin menyuruhnya untuk duduk semula.

Hyunjin duduk di hadapan Changbin sambil mengeluh perlahan.

Changbin juga turut mengeluh sambil mengurut kepalanya.

"Hyung akan tolong. But Hyun yakin benda ni akan berkesan?" Soal Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Hyun yakin hyung. Please trust me" Pujuk Hyunjin. Changbin menghembuskan nafasnya sambil pipinya mengembung.

"Please. Hati-hati. Hyung taknak kau cedera sikit pon ok?" Pinta Changbin. Hyunjin mengangguk sambil tersenyum lemah.

Changbin yang ternampak senyuman itu hanya diam dan mengabaikannya seperti tiada apa yang berlaku.

*****

Jisung duduk sambil bersandar di kepala katilnya dengan Bangchan di sebelah sedang mengupas kulit buat epal agar mudah untuk Jisung makan. Risau kulit epal itu boleh tersangkut di kerongkong Jisung.

Felix berbaring di sofa wad Jisung sambil bermain game. Wajahnya tidak beralih dari telefon itu walau seinci pon.

Jisung hanya menggeleng perlahan melihat Felix.

"Hyung~" Panggil Jisung. Bangchan yang sedang memotong buah itu menjawab panggilan Jisung dengan gumaman.

"Bila Jisung boleh buat imunoterapi tu?" Soal Jisung. Sudah seminggu dia terbaring di atas katil ini tanpa berbuat apa-apa.

Perasaan bosan sudah mula mengusai dirinya.  Bangchan tersenyum kecil lalu menghulurkan sepiring buah epal yang sudah dipotongny itu tadi.

"Doktor cakao kalau paru-paru Jisung tu dah baik, boleh lah start terapi tu" Kata Bangchan. Jisung mengangguk sambil menerima buah yang dihulur oleh Banghan.

"Felix! Nak tak?" Pelawa Bangchan. Jisung mengangkat kepalanya dari telefon menghadap Bangchan.

"Nak!" Kata Felix. Telefonnya dimatikan dan diletakkan di atas sofa itu. Dia berjalan mendekati katil Jisung lalu menerima huluran buah dari Bangchan.

Jisung tersenyum melihat Bangchan dan Felix.

Biar lah jika Minho sudah benci pada dirinya. Bangchan, Felix dan juga Changbin boleh menjadi penyemangat untuk dorinya meneruskan hidup.

Cuma, dia berharap Minho yang berada di sisinya sekarang ni.

Dia berharap Minho yang akam mengupas dan memotong epal untuk dirinya itu.

Tapi tidak mengapalah. Adanya Bangchan, Felix dan juga Changbin yang sudah dianggap abang oleh dirinya itu sudah cukup memadai.




tripple update. puas? hah vote ah. dah vote tu pergi stream thunderous.

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now