✨03✨

977 67 0
                                    

Sedang Jisung menangis tiba tiba dia terdengar bunyi pintu terbuka. Cepat cepat dia mengelap air matanya. Lino masuk sambil membawa dulang yang terdapat makanan untuk Jisung makan.

"Nah makan lah. Takde alah dengan apa apa kan?" Soal Lino lembut. Jisung menggeleng perlahan. Lino tersenyum. Kepala Jisung diusap lembut. Lino bangun dan ingin menuju ke arah tangga.

"Kenapa encik culik saya?" Soal Jisung. Lino hanya tersenyum. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Jisung mengeluh. Makanan di depannya di ambil. Perlahan lahan makanan itu disua ke dalam mulutnya. Dia melihat sekeliling. Bilik bawah tanah yang tidak mempunyai tingkap. Jisung mengeluh perlahan.

*****

Selesai sahaja makan Jisung terus menolak dulang tersebut ke tepi. Dia duduk memeluk lutut. Kepalanya disandarkan di tiang bilik tersebut. Sesekali dia cuba membuka rantai ditangannya namun sangat sukar. Pintu bilik tersebut sekali lagi dibuka.

"Dah habis makan?" Soal Lino dengan lembut. Jisung mengangguk perlahan. Lino mengambil dulang tersebut.

"Kenapa encik culik saya?" Soal Jisung. Lino hanya diam.

"Encik tolonglah bagitau kenapa encik culik saya" Jisung terus mendesak Lino menjawab soalannya. Dulang di tanagn Lino terus dihempas ke atas meja yang terdapat dalam bilik tersebut. Jisung tersentak melihat perangai Lino tiba tiba sahaja berubah.

"Dengar eh. Aku tak suka orang ulang soalan yang sama banyak kali dekat aku. Kau nak tau kenapa aku culik kau? Hah?" Lino terus mencengkam pipi Jisung. Air mata Jisung mengalir apabila diperlakukan sebegitu.

"Nak tau sangat kan? Kalau aku cakap...aku culik kau sebab aku nak badan kau. Puas hati?" Soal Lino. Cengkamannya dilepaskan kasar. Jisung terus mengundur ke belakang sambil memegang pipinya yang sakit dicengkam.

"Encik tolonglah lepaskan saya" Rayu Jisung masih lagi tidak berputus asa. Sekali lagi pipinya dicengkam namun kalini rambutnya juga dicengkam. Jisung mengerang kesakitan.

"Aku akan lepaskan kau dengan syarat kau takkan lari dari sini atau aku akan buat lebih teruk dari ni" Kata Lino. Jisung memandang Lino dengan air mata yang mengalir.

"But not now darling" Kata Lino. Cengkaman dilepaskan. Lino mengambil dulang lalu keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik tersebut dimangga. Jisung memeluk lutut dan terus menangis. Pipinya dipegang akibat sakit dicengkam dengan sangat kuat. Kepalanya terasa berdenyut akibat cengkaman yang diberikan oleh Lino sebentar tadi. Dia terus menangis memikirkan nasibnya. Dirantai dan dikurung tanpa mengetahui di mana lokasinya sekarang. Menangis. Hanya itu yang mampu seorang Han Jisung lakukan. Sehinggalah dia tertidur.

Lino yang berada di luar terus menumbuk dinding namun dia tidak perasaan akan luka yang muncul pada tangannya. Lino memaki dirinya sendiri kerana tidak mampu mengawal barannya.

*****

Jisung membuka matanya. Dia ternampak seseorang sedang berdiri di hadapannya. Segera dia menjarakkan dirinya apabila mendapati orang tersebut adalah Lino.

Lino menghampiri Jisung. Dia mencangkung di hadapan Jisung. Rambut Jisung dibelai lembut. Jisung memejam mata akibat ketakutan. Lino terus memeluk Jisung.

"I'm sorry" Kata Lino dengan lembut. Jisung terus menangis. Dia takut yang dirinya akan di apa apakan jika terlebih lama dengan Lino.

"I'm sorry. Can you forgive me?" Soal Lino. Tangan Jisung dipegang. Sebelah tangannya membelai pipi Jisung. Jisung tertunduk ketakutan. Dia ternampak luka yang terdapat pada tangan Lino.

"Kenapa tangan encik luka?" Soal Jisung. Lino terkejut melihat luka ditangannya.

"Biarkan. And please don't call me 'encik'" Kata Lino. Jisung mengangguk perlahan.

"Awak dah maafkan saya ke belum?" Soal Lino. Jisung mengangguk perlahan. Dalam dirinya masih lagi mempunyai perasaan takut namun dia tau Lino sudah okay kembali.

"Lapar tak? Nak makan?" Soal Lino. Jisung menandang Lino lalu menggeleng.

"Habistu nak apa?" Soal Lino. Jisung menggelengkan kepala.

"Saya memerlukan jawapan lisan dan bukannya gelengan atau anggukan" Kata Lino. Jisung menggigil ketakutan.

"Tt...taknak" Kata Jisung. Lino tersenyum. Kepala Jisung diusap perlahan sebelum bangun menuju ke arah pintu bilik tersebut. Lino tersenyum ke arah Jisung. Selepas sahaja dia melihat Jisung membalas senyumannya baru lah dia menutup pintu.

Jisung terus bangun dari duduknya apabila terdengar pintu bilik itu dikunci menggunakan mangga. Jisung berjalan di sekeliling bilik tersebut. Sebuah almari di dalam bilik itu menarik perhatiannya. Jisung membuka pintu almari tersebut. Gambar dan anugerah yang pernah Lino dapat sejak sekolah rendah hinggalah habis sekolah. Dan semuanya adalah anugerah nyanyian. Jisung membuka laci yang terdapat di dalam almari tersebut. Sebuah diari milik Lino mungkin. Jisung membuka muka surat hadapan.

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now