✨49✨

399 40 2
                                    

Beberapa hari kemudian, Changbin mengarahkan anak buahnya untuk membawa Momo ke gudang lama seperti yang disuruh oleh Hyunjin.

Hyunjin mengajak Changbin untuk berjumpa di rumah Changbin sendiri.

Hyunjin tiba di hadapan rumah Changbin sambil tersenyum. Dia tidak mahu hyungnya yang seorang itu risau akan dirinya.

"Hyun. Masuklah" Ajak Changbin. Hyunjin mengikuti langkah Changbin. Hyunjin duduk di sofa yang terletak du ruang tamu rumah Changbin.

"Felix mana?" Soal Hyunjin. Changbin mengambil tempat duduk berhampiran dengan Hyunjin.

"Dia dekat Hospital. Tolong Chan hyung jaga Jisung" Terang Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Macam mana Jisung sekarang? Dia dah ok ke?" Soal Hyunjin. Changbin tersenyum kecil.

"Dia dah start terapi. Paru-paru dia pon doktor cakap dah tak lemah macam sebelum ni" Kata Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Baguslah kalau macam tu" Kata Hyunjin. Changbin menganggukkan kepalanya setuju.

"Tapi, takde cara lain untuk buat dia sembuh sepenuhnya ke?" Soal Hyunjin. Changbin membuat raut wajah berfikir.

"Derma paru-paru maybe. Gantikan bahagian yang terkena sel kanser. Tapi sel kanser tu takkan mati sepenuhnya. Entah lah. Mungkin doktor tau kot cara nak matikan kanser tu kalau ada yang derma satu lobe paru-paru" Terang Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Kenapa tanya?" Soal Changbin. Hyunjin kelihatan seperti tersentak akibat terkejut dengan soalan Changbin.

"Ahh- tak- takde pape. Saje je tanya" Kata Hyunjin lalu tersengih. Changbin menganggukkan kepalanya.

"Kenapa Hyun nak jumoa ni sebenarnya?" Soal Changbin tak senang hati. Bagaikan ada perkara buruk yang bakal berlaku.

"Saja je tanya pasal Jisung. Plus jumpa hyung buat kali terakhir" Kata Hyunjin. Changbin mengerutkan keningnya.

"Kali terakhir? Wait- hyung tak faham" Kata Changbin. Dia sudah mulai risau memandangkan dia sudah menganggap Hyunjin sebagai adiknya. Begitu juga dengan Jisung.

"Mana tau tiba-tiba plan tak jadi and Hyun kena tangkap. Kita tak tau kan" Jawab Hyunjin dengan tenang.

"Hyun~" Changbin mula berasa tidak sedap hati. Ingin sahaja dia menyuruh Hyunjin menghentikan rancangan mengarutnya itu.

"Hyun- Hyun tau kan hyung dah anggap kau macam adik hyung sendiri?" Soal Changbin dengan nada sedih.

Hyunjin menggigit bibirnya menahan tangisan. Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Dia memandang Changbin dengan mata berkaca. Begitu juga dengan Changbin.

Hyunjin mendepakan tangannya meminta pelukan dari Changbin.

Changbin tanpa banyak bunyi berjalan mendekati Hyunjin. Dia duduk di sebelah Hyunjin lalu memeluk badan Hyunjin dengan erat.

"Hyung sayang kau tau" Kata Changbin. Air matanya terus mengalir apabila merasai kehangatan badan Hyunjin.

Hyunjin juga sama seperti Changbin, sudah mengalirkan air mata.

Changbin adalah satu-satunya manusia yang ada sewaktu dia sangat memerlukan duit.

Changbin adalah orang yang menawarkannya bekerja menjadi pelayan di club miliknya.

Changbin juga lah yang membantu membayar kos perubatan ibunya yang tertunggam dahulu sehingga lah dia mampu untuk membayarnya sendiri.

"Hyun akan rindukan hyung" Kata Hyunjin lalu membalas pelukan Changbin dengan erat.

"Jaga Felix dengan Jisung elok-elok. Cakap dengan diorang Hyun sayang diroang. Dan bagitau Minho hyung untuk jaga Jisung elok-elok. Lepastu, tolong peluk Chan hyung untuk Hyun. Hyun rindu pelukan dia" Pinta Hyunjin.

Changbin melepaskan pelukannya lalu mengangguk. Dia mengelap pipi Hyunjin yang dipenuhi dengan air mata sambil tertawa kecil. Hyunjin juga mengelap pipi Changbin yang sudah basah dengan air matanya sendiri.

Changbin secara tiba-tiba mendapat panggilan dari anak buahnya. Dia menjawab panggilan tersebut untuk beberapa saat kemudian memandang Hyunjin.

"Diorang kata diorang dah selesai. Tinggal tunggu Momo bangun je" Kata Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya sambil air matanya masih lagi mengalir.

Changbin tertawa hambar lalu mengesat air mata Hyunjin.

"Dah jangan nangis. Nak lawan musuh kena lah nampak kuat. Baru lah musuh takut" Kata Changbin cuba menahan air matanya dengan membuat lawak.

Hyunjin tersenyum nipis lalu memegang tangan Changbin.

"Hyun sayang hyung. Hyun sayang semua orang yang ada dengan Hyun termasuk Jisung, Chan hyung, Felix and Minho hyung" Kata Hyunjin. Changbin menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Ingat pesan hyung, jangan sampai diri Hyun cedera. Hyung taknak ada segores luka sekali pon" Kata Changbin. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

Dia tidak mampu untuk membuka suara. Dia tidak mampu untuk berjanji dengan Changbin.

Dia harap semua orang bahagia dengan keputusan yang dia buat sekarang ni.




Cerita ni dah nak habis. Berapa chapter lagi tu heh i don't know. a/n hanya mampu menaip dan publish. itu sahaja.

berdasarkan pengiraan a/n, lebih kurang dalam 3/4 chapter. tengok je lh

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now