A/n : nah amik hah amik...a/n update awal...selamat membaca
Bangchan menghentikan kereta di hadapan rumah Lino. Jisung menggenggam kedua tangannya dengan erat.
"Hyung yakin Lino takde dekat rumah?" Soal Jisung. Bangchan menganggukkan kepalanya.
"Hyung yakin. Lagipon kereta Lino pon takde" Kata Bangchan. Jisung mengnggukkan kepalanya.
"Jom turun" Kata Bangchan. Mereka berdua keluar dari kereta menuju ke rumah Lino.
Bangchan membuka pintu rumah Lino memandangkan dia tau kata laluan pintu rumah Lino.
Jisung menaiki tangga menuju ke biliknya bersama Lino. Bangchan hanya mengikut dari belakang.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, mereka ternampak beg baju Jisung betul betul dihadapan pintu bilik.
"Benci betul dia dekat Han kan" Kata Jisung dengan sedih. Bibirnya dipaksa untuk mengukirkan senyuman.
Bangchan menepuk belakang badan Jisung perlahan.
"Hyung bawak beg ni masuk kereta dulu tau" Kata Bangchan. Jisung menganggukkan kepalanya.
Jisung membuka pintu bilik mereka setelah Bangchan pergi. Jisung melangkah masuk.
Dengan perlahan dia duduk di atas katil itu. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
Perlahan air mata jatuh mengalir di pipinya.
"Apa salah saya Lino?" Soal Jisung perlahan. Air matanya dikesat kasar.
Jisung berjalan menuju ke meja belajarnya di bilik itu. Buku bukunya sudah tiada di situ. Mungkin Lino sudah masukkan sekali ke dalam beg bajunya.
Di atas mejanya terdapat sebuah balang yang dipenuhi dengan origami.
"Awak!!" Jisung berlari ke arah Lino yang baru sahaja pulang dari kerja.
"Ada bekas tak?" Soal Jisung. Lino memandang Jisung pelik.
"Bekas apa?" Soal Lino. Jisung menggaru kepalanya.
"Bukan bekas. Tapi balang. Ada tak?" Soal Jisung. Kini giliran Lino menggaru kepalanya.
"Awak nak letak gula gula ke dalam tu?" Soal Lino. Jisung menggelengkan kepalanya.
"Ada tak?" Soal Jisung.
"Takde pula. Saya ni bukannya selalu ada dekat rumah" Kata Lino. Jisung memuncungkan bibirnya membuatkan Lino tersenyum nipis.
Kepala Jisung ditepuk perlahan.
"Takpe. Nanti saya beli tau. Awak nak buat apa dengan balang tu?" Soal Lino. Jisung tersengih.
"Adalah. Rahsia" Kata Jisung. Lino menggelengkan kepalanya sambil tersengih melihat kecomelan Jisung.
Jisung tersenyum sedih mengingatkan perkara itu. Air matanya jatuh kembali.
"Saya harap awak gembira Lino" Kata Jisung. Jisung mengambil sehelai sticky note.
Pen di atas meja di ambil.
Hye awak. Ermm hyung?
Saya rasa better hyung kan? Memandangkan kita dah takde apa apa.
Han cuma nak cakap terima kasih untuk segalanya. Han dah maafkan hyung walaupon susah. Han harap hyung maafkan Han walaupon Han tak tau apa salah Han.
Chan hyung cakap yang hyung cuma salah sangka je. Takpe. Han dah maafkan hyung. Han cuma nak cakap yang Han tetap akan sayangkan hyung.
Kalau hyung rasa yang hyung masih sayangkan Han, tolong simpan gelang tu. Kalau hyung taknak anggap sebagai hubungan yang dulu, anggap lah sebagai kawan. Simpan gelang tu sebagai tanda persahabatan kita.
Kalau hyung rindu Han, buka lah origimi yang ada dalam balang tu.
Sekali lagi Han nak ucap terima kasih untuk segalanya. Han akan rindukan semuanya. I Love You.
"Han!! Lama lagi ke?!!" Laung Bangchan.
"Sekejap hyung!! Kejap lagi Han turun!!" Laung Jisung. Sticky note itu ditampal di atas meja. Kerusi dimasukkan ke dalam meja.
"Saya akan rindu kan semua ni" Kata Jisung. Dia kemudiannya berjalan keluar dari bilik. Pintu bilik itu ditutup dengan rapat sebelum dia berjalan keluar.
Jisung berlari memeluk badan Bangchan sambil menangis. Bangchan terkejut tetapi tetap membalas pelukan tersebut.
Belakang badan Jisung digosok perlahan.
"Dah jom kita pergi rumah hyung. Lepasni, Han tinggal dekat rumah hyung je" Kata Bangchan.
Jisung menganggukkan kepalanya lalu meleraikan pelukan. Air matanya dikesat.
"Jom" Kata Bangchan sambil membuka pintu kereta. Jisung memandang ke arah rumah Lino sebelum masuk ke dalam kereta.
Tak lama kemudian, kereta tersebut hilang dari kawasan rumah Lino. Seseorang melihat dari jauh sambil tersengih sinis.
'Berambus pon kau'
A/n : hello beautiful people...miss me?? *wink*
Lino : siapa je nak rindu kau
A/n : diam ah kau. Bagi lh aku acah femes kejap. Heh
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...