"Jisung?" Bangchan membuka pintu bilik Jisung. Jisung yang terdengar namanya dipanggil segera memandang.
"Emm hyung?" Jisung bangun duduk di atas katil. Bangchan mendekati Jisung lalu duduk di sebelah Jisung.
"Dah tidur ke?" Soal Bangchan dengan lembut. Jisung menggelengkan kepalanya.
"Kenapa hyung datang?" Soal Jisung sambil menundukkan kepalanya. Dia masih lagi kekok dengan Bangchan.
"Ahh...hyung nak bagitau yang hyung takde esok. Ada meeting. So esok hyung minta tolong kawan hyung tengokkan Jisung. Boleh kan?" Soal Bangchan ingin kepastian.
"Emm" Gumam Jisung sambil menganggukkan kepalanya.
"Hyung takde berapa lama?" Soal Jisung. Segan juga kalau duduk rumah orang tapi tuan rumahnya takde.
"Sampai petang. Dalam pukul 3 lebih macam tu hyung balik" Kata Bangchan. Jisung menganggukkan kepalanya.
Gelang ditangannya dimain sambil kepalanya memandang gelang tersebut. Bangchan tersenyum sedih melihat Jisung. Belakang badan Jisung diusap dengan perlahan.
"Dah. Pergi lah tidur. Jisung kena cukup rehat baru cepat sihat" Kata Bangchan. Jisung menganggukkan kepalanya.
Perlahan dia berbaring semula di atas katil tersebut. Bangchan membantu menyelimutkan Jisung.
Kepala Jisung diusap perlahan. Dahi Jisung dicium lembut.
"Goodnight" Kata Bangchan sambil tersenyum.
"Goodnight hyung" Bisik Jisung sebelum memejamkan matanya. Bangchan hanya tersenyum lalu keluar dari bilik tersebut.
***
"Kiyowo~"
"Takpe ke kita masuk bilik tanpa izin?"
"Ala takpe. Chan hyung dah bagi kebenaran kan"
"Masalahnya dia bagi kebenaran kita masuk dalam rumah dia bukan dalam bilik"
"Shh bising lah kau ni"
"Ishh kenapa lah aku boleh suka kat kau"
"Sebab aku handsome"
"Kau kalau aku-"
Perlahan Jisung membuka matanya kerana keadaan yang bising.
"Dia dah bangun! Kau lah ni. Bising sangat!"
"Asal aku pula?"
"Ermm. Korang siapa?" Soal Jisung pelik.
"Aku Felix!" Kata lelaki yang bersuara kasar itu.
"And sebelah aku ni...boyfriend aku!" Kata Felix sambil menunding jarinya ke arah lelaki yang wajahnya seakan tiada perasaan.
"Kau kenalkan macam tu pahal? Nak suruh dia panggil hyung 'boyfriend Felix' ke?" Marah lelaki tersebut.
"Eeee intro lah sendiri!" Rengek Felix.
"Aku Changbin!" Kata lelaki tersebut sambil tersenyum nipis. Felix disebelahnya dijeling.
"Korang memang macam ni ke?" Soal Jisung sambil menggaru kepalanya. Bukan nak biadab, tapi dia keliru.
Boyfriend tapi kenapa macam musuh sejati?
"Maksud kau?" Soal Felix.
"Err...couple tapi gaduh-"
"Ahhh....itu perkara biasa. Kitorang tak macam pasangan yang biasa. Kitorang ni rare" Kata Felix. Belakang kepalanya dipukul oleh Changbin selepas dia menghabiskan ayatnya.
"Rare kepala otak kau. Sebenarnya dulu kitorang ni boleh dikatakan enemy" Terang Changbin. Jisung menganggukkan kepalanya sambil mulutnya mebentuk 'o'.
"Hyung je yang benci Lix" Kata Felix sambil memuncungkan bibirnya.
Changbin mencium sekilas bibir Felix sebelum bangun dari duduknya. Felix yang sedang memuncungkan bibirnya terus tersengih selepas mendapat ciuman tersebut.
"Binnie!! Nak lagi!" Rengek Felix. Changbin menunjukkan penumbuknya kepada Felix. Rengekan Felix terus terhenti melihat penumbuk tersebut.
Jisung tersenyum melihat pasangan kekasih tersebut. Changbin berdiri di sebelah katil Jisung.
Jisung hanya duduk sambil merehatkan badannya dikepala katil.
"Kau nak makan apa apa tak?" Soal Changbin. Jisung menggelengkan kepalanya.
"Aku takde selera" Kata Jisung. Changbin memandang Jisung dengan simpati.
"Kalau macam tu aku buat bubur. Buat alas perut untuk makan ubat. Takpe kan?" Soal Changbin lembut. Ye lah dengan orang sakit kena lah cakap baik baik.
Jisung hanya menganggukkan kepalanya membuatkan Changbin tersenyum kecil.
"Felux"
"Yes boss?!" Felix berdiri tegak sambil memandang Changbin.
"Jaga Jisung. Berbual dengan dia biar dia tak sunyi. Hyung nak masak. Understood?" Soal Changbin.
"Understand boss!!" Sahut Felix sambil membuat gaya tabik.
Changbin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia keluar dari bilik tersebut menuju ke dapur.
Jisung menahan tawanya melihat pasangan tersebut.
'Comel ' kata Jisung didalam hatinya.
Kalaulah dia dan Lino tidak bergaduh. Kalaulah dia tidak jumpa dengan bekas tunang Lino. Kalaulah dia tidak berjumpa dengan Lino langsung!
Jisung hanya menundukkan kepalanya memandang rantai di pergelangan tangannya.
"I miss you" Bisik Jisung.
Wassup guys!! I am back uwuu!!
Edit - kesilapan teknikal di bahagian nama. Asal takde yang bagitau a/n??
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...