Masuk sahaja ke dalam rumah Jisung terus berlari ke dapur. Sinki dapur di tuju. Segala isi perut terus terkeluar. Dari dalam kereta lagi dia sudah rasa loya.
Lino berlari ke dapur mendapatkan Jisung. Belakang Jisung di urut.
"Hey okay tak ni?" Soal Lino. Jisung kelihatan lemah. Lino membantu menahan badan Jisung dari jatuh.
"Kita pergi hospital jom. Macam teruk je" Kata Lino. Jisung menggelenhkan kepalanya.
"Ani takpe. Kejap lagi ok lah tu" Kata Jisung dengan suara serak. Lino membawa Jisung ke ruang tamu. Badan Jisung di dudukkan di atas sofa.
"Betul ke ni?" Soal Lino risau. Jisung mengangguk perlahan.
"Takpe lah. Kejap lagi makan ubat okay lah tu" Kata Jisung memujuk Lino. Tidak mahu Lino risau. Lino hanya mengeluh perlahan.
"Duduk sini. Saya ambil ubat" Kata Lino. Jisung hanya mengangguk. Lino berlalu ke dapur untuk mengambil ubat hilang loya dan air.
Sedang Lino ke dapur Jisung terus memegang dadanya. Tidak tahu mengapa dadanya terasa sesak. Sakit di bahagian dada di tahan. Dadanya terasa sakit setiap kali ingin menarik nafas. Namun Jisung hanya biarkan sahaja. Baginya itu perkara biasa. Kerana sebelum ini dia pernah mengalami perkara ini.
"Sayang" Lino mendekati Jisung sambil membawa sebotol ubat dan air suam. Jisung terus menjatuhkan tangannya dari terus memegang dadanya. Dahinya berkerut sedikit menahan sakit.
"Thank you" Kata Jisung dengan suara serak. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Namun lain pula Lino. Dia memandang Jisung dengan perasaan risau.
"Betul ke ni okay? Jom lah kita pergi hospital. Kalau taknak hospital kita pergi klinik. Ambil ubat lain" Kata Lino risau. Risau bila kekasih hatinya kelihatan tidak bermaya.
"I'm okay Lino. Jangan risau. Okay?" Pujuk Jisung. Lino duduk di sebelah Jisung. Badan Jisung dipeluk oleh Lino.
"Macam mana saya tak risau? Heyy teruk tau tengok awak tadi" Memang jelas Lino kelihatan risau. Dia takut untuk rasa kehilangan.
"I'm okay lah. Jom lah masuk bilik. Saya penat" Kata Jisung. Memang betil dia penat. Badan Jisung kelihatan lesu dan itu membuatkan Lino perlu memapah Jisung.
Mungkin Jisung penat selepas mengeluarkan segala isi di dalam perutnya tadi. Itu sahaja yang mampu Lino fikir. Dia tidak sanggup untuk fikir lebih lebih. Cukuplah tadi dia fikir Jisung akan meninggalkan dirinya. Dia tidak suka perasaan itu hadir. Perasaan takut itu buat dia rasa tidak selesa.
Jisung di sebelah Lino hanya menahan dirinya daripada pitam. Dirinya terlampau lemah sekarang. Letih. Loya di tekak masih terasa tapi tidak lah sampai termuntah. Memandangkan tadi segala isi perut sudah terkeluar.
Masuk sahaja ke dalam bilik Lino membantu Jisung untuk baring. Selimut ditarik menutup badan Jisung. Rambut Jisung ditolak dari menutup dahi Jisung. Tamgan Lino terus melekap di dahi Jisung. Tak panas.
"Dah tidur lah" Kata Lino. Jisung mengangguk. Perlahan lahan matanya tertutup untuk berlalu ke alam mimpi. Lino mengeluh perlahan. Lampu ditutup lalu berbaring di sebelah Jisung. Badan Jisung di peluk sebelum dirinya mengikuti Jisung ke alam mimpi.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...